Sunday 20 November 2016

USRAH BULANAN BERSAMA USTAZ ROSDI LONG FDN

images (4)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Isi penting dalam usrah kali ini ialah :

1. Mahu cari sahabat cari yang boleh jaga hak Allah. Kalau hak Allah dia tak boleh jaga maksudnya hak manusia pun dia tak boleh jaga. Sahabat mencerminkan siapa kita sebenarnya. Menjadi kebiasaan orang sekeliling akan dapat mempersepsi personaliti sebenar kita daripada dengan siapa kita berkawan. Ini disebabkan sahabat mampu memberikan kesan yang luar biasa kepada peribadi kita. Seorang sahabat mampu mempengaruhi cara kehidupan kita. Andai kita pandai memilih kawan yang sentiasa menjaga tanggungjawabnya sebagai hamba sang Pencipta maka sahabat kita itu juga akan mampu menunaikan hak kita sebagai sahabat

2. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yg dibawah. Kita mesti berusaha sebaik mungkin menjadi orang yang sentiasa mampu memberi manfaat kepada orang lain. Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang dalam jua bentuk manfaat sekali pun. Berkata Sheikh Nuruddin al-Banjari dalam sebuah kuliah yang disampaikan beliau "Siapa tahu yang kecil pada pandangan manusia itu besar disisiNya. Kecil besar tidak kisah, yang penting usahakan agar mendapat pandangan rahmat Allah & mengembirakan Rasulullah s.a.w". Ini mendalam ke dasar lautan bahawa biar kebaikan yang kita lakukan walaupun sebesar zarah yang pastinya Allah tetap menilai kebaikan itu. Biiznillah.
3. Nak latih sikap kepimpinan yg berkualiti, selalu lah beri penghargaan kepada orang lain dan diri kita. Kadang kala boleh terjadi bila mana kita berada di atas kita susah untuk menunduk kebawah. Seorang pemimpin perlu sentiasa tajdid niat dan refleksi dikala semakin melangkah ke atas kerana risau akan lupakan akar umbi perjuangan. Jangan wujudkan perbezaan sesama sahabat seperjuangan walaupun berbeza jawatan dan pangkat. Sentiasa menghormati dan memberi penghargaan kepada setiap orang yang sentiasa mendukung kita disetiap penjuru perjuangan. Kadang kala ucapan terima kasih dan ucapan memohon maaf yang mudah disebut dimulut tapi susah diluahkan andai dalam hati ada perasaan ego yang mengunung. Muhasabah!

4. Bangun tahajud adalah antara salah satu tanda kita mulia di sisi Allah. Tahajud merupakan kekuatan seorang perjuang. Ibarat nafas seorang pendokong agama Allah. Sentiasa terus menerus usaha menjadikan tahajud makanan rohani harian diri kita. Dikala malam Allah sengaja mengejutkan kita dengan sentakan mimpi dan gigitan nyamuk adalah untuk memanggil kita dengan panggilan kasih untuk bertahajud. Ingatan cinta Allah selalu ingatkan kita dengan kelembutan cintaNya. Tatkala kita lupakan Dia, Allah betulkan jalan dengan belaian kasih sayangNya untuk kembali mengingatiNya.

5. Sebagai umat Islam, selalulah berdoa kepada sahabat kita yg belum mendapat taufik dan hidayah drpd Nya.

6.RANKING solat sunat yg afdhal dilakukan :
 
   1- solar Rawatib (solat sunat sblm solat fardhu)
   2- solat sunat witir
   3- Solat sunat Tahajjud

7. Letakkan sepenuh kebergantungan dan pengharapan hanya pada Allah.

7. Rasulullah SAW sudah dikenali dengan sikap-sikap terpuji seperti seseorang yang sangat amanah, bertanggungjawab dan prihatin terhadap orang di sekeliling oleh masyarakat Quraisy Mekkah sebelum turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW lagi. Hal ini menunjukkan dakwah tidak semestinya bermula dengan menyampaikan ilmu, tetapi boleh bermula dengan menunjukkan akhlak yang baik kerana ia berpotensi mempengaruhi dan mewujudkan suasana Islamik dalam suatu komuniti sosial.

Credit : En. Zamani MK

0 ulasan: