Thursday 15 December 2016

CATATAN NOTA KULIAH BULANAN USRAH MEDIA SIRI 1 SAHABAT YADIM 2016 “JOM BERSANGKA BAIK DALAM BERJEMAAH, MENGUNDANG RAHMAT ALLAH”

CATATAN NOTA KULIAH BULANAN USRAH MEDIA SIRI 1 SAHABAT YADIM 2016
“JOM BERSANGKA BAIK DALAM BERJEMAAH, MENGUNDANG RAHMAT ALLAH”
Oleh : Pengerusi Majlis Tarbiyah Kebangsaan Sahabat YADIM 2016/2017

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Alhamdulillahi robbil Alamin, wassolatu wassalammu ala Asyrafil anbiyai wal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain, Amma bakd, Alhamdulillah,sama-samalah kita hadratkan setinggi syukur kepada Allah swt kerana hari ini Allah masih lagi mengizinkan kita menikmati nafas serba percuma lagi tiada bayaran . Alhamdulillah juga kerana hari ini Allah masih memberi kita satu lagi nikmat dan peluang yang paling agung dalam hidup ini yang mana tak dapat kalau kita sudah terkubur bujur nanti yakni adalah nikmat menunaikan solat dan ibadah kepada pencipta kita, Allah swt. Allahu.
Baru tau sekejap je hidup ini rupanya. Hari ini saya terdetik untuk kongsikan beberapa nilai atau perkara yang penting ketika kita hendak bermuamalah mahupun ketika berukhuwah dalam organisasi, mahupun berada dalam jemaah sesama kita sekalipun. In shaa Allah, antara topik yang ingin saya kongsikan adalah topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita iaitu "husnu-dzon” atau bahasa melayunya adalah "berbaik sangka". Harini masyarakat kita telah disentimenkan didalam dimensi yang begitu mengerunkan iaitu dimensi "menilai atau melabel" sesuatu perkara yang berlaku itu dengan tanggapan "berburuk sangka". Inshaa Allah. SubhanAllah. Suka untuk saya berkongsikan ayat dari surah Al-hujurat ayat 12 di mana Allah berfirman:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَ
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka, sesungguhnya sebahagian buruk sangka itu berdosa. (Al-Hujuraat: 12)
Allahu, berdosa rupanya bila diri ini diajar dengan berburuk sangka. Jadi tuan-tuan, apakah perkara yang seharusnya kita buat untuk mengelakkan diri dari berburuk sangka apabila menerima sesuatu khabar atau berita yang belum tentu sahihnya. Jom kita lihat apakah yang termaktub Firman Allah dalam surah Al-hujurat ayat 6:    

يَـأيُّهَاالّذِيْن آمنـُوْا ِاٍنْ جـآءَكمْ فَاسقٌ بـِنَباٍ فتبيّنـُوْا أنْ تُصِبـوْا قوْمًـا بِجَهَالـةٍ فتُصْبِحُـوْا علَى مَا فعَلْتـُمْ نـدميـن
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang seorang yang fasik kepadamu membawa berita(yang belum sahihnya lagi), maka tangguhkanlah,SIASATLAH (hingga kamu mengetahui kebenarannya) agar tidak menyebabkan kaum berada dalam kebodohan (kehancuran) sehingga kamu menyesal terhadap apa yang kamu lakukan”
Imam Ibnu katsir berpendapat dalam tafsirannya bahawa ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt telah menggariskan untuk kita berhati-hati dalam menerima informasi dari orang-orang fasik, kerana mereka(fasik) hanya menginginkan terjadinya fitnah diantara kaum mukmin itu sendiri. Maka "SIASATLAH",SELIDIKLAH. Allahu, itu rupanya yang Allah perintahkan kepada kita apabila menerima sesuatu khabar atau berita. Biasalah namanya juga manusia, kerana manusia ini kita tidak lepas dari membuat kesilapan. Bahkan perkataan manusia itu juga berasal dari kalimah arab iaitu "nisyan" yang bermaksud "pelupa". Teringat juga apabila para salafus soleh juga ada mengatakan:
لا يسلم العالم من الخطأ، فمن أخطأ قليلاً وأصاب كثيراً فهو عالم، ومن أصاب قليلاً وأخطأ كثيراً فهو جاهل
"Tidak ada seorang alim pun yang bebas dari kesalahan. Barangsiapa yang salahnya sedikit dan benarnya lebih banyak maka dia seorang alim. Dan barangsiapa yang benarnya sedikit dan salahnya lebih banyak maka dia seorang jahil". (Jami' Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlihi: 2/48)
Dalam hal ini kita diunjurkan supaya usahlah bercakap apa yang kita tidak tahu atau yang tidak jelas, semata-mata hanya suka berprasangka, atau pun ingin mencela seseorang dengan hanya menurut hawa nafsu semata-mata tanpa ilmu dan penjelasan SubhanAllah Maka apa yang perlu kita buat adalah takutlah kita pada Allah swt dan keadilannya di akhirat nanti. Sebagaimana Allah firman dalam Surah Al-isra ayat 36:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Al-Isra': 36)
Maka sebab itu kita disarankan untuk berilmu kerana apabila ilmu menyentuh hati ianya akan menjernihkan lagi hati ketika mana kita ingin membuat sesuatu sangkaaan. Sebagaimana Rasulullah SAW juga telah bersabda:
العلم علمان : فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على اللسان فذالك حجة الله على ابن آدم
"Ilmu itu ada dua jenis: Ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam". (Hadith Riwayat Ibnu Syaibah dan Al-Khatib).
 Bahkan suka juga untuk saya memetik kata-kata Imam Al-Ghazali Rahimahullah: "Ilmu yang memberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; (ilmu) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNYA (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaitan dan tipu daya". (Dipetik dari Bidayatul Hidayah)
Ma shaa Allah, indahnya kalam tersebut. Maka, Khulasatul koul atau kesimpulannya, jika kita mahu menyuluh diri dan perilaku, suluhlah dengan ilmu yang memberi manfaat. Rapatkan diri kita dengan alquran dan para ulama. Sirami hati dan akal kita dengan ilmu nescaya kita akan sentiasa terpimpin insyaallah.. Saya doakan semua sahabat serta semua pimpinan mampu menjadi khalifah ,hamba dan daie yang mampu memberi manfaat kepada orang sekeliling dan masyarakat setempat .Wallahualam, teruskan perjuangan berbakti menjadi hamba yang diredhai Allah swt . Mudah-mudahan semua amal dan berkat usaha kita dalam berdakwah diterima oleh Allah swt. Ucapan kalam mahabbah:


Oleh : Pengerusi Majlis Tarbiyah Kebangsaan Sahabat YADIM 

#UnitMajlisTarbiyahSY16/17 #DakwahUntukSemua #SampaikanDarikuWalauSatuAyat #SahabatYADIM

0 ulasan: