Wednesday 21 December 2016

Indahnya Akhlak Rasulullah Dalam Berdakwah, Nabilah Binti Syed Abdul Wahab, UNIMAP

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


Nabilah Binti Syed Abdul Wahab

Universiti Malaysia Perlis

TAJUK :INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH DALAM BERDAKWAH

Pernah atau tidak kalian merasa bahawa anda adalah manusia yang paling malang di dunia ini kerana selalu ditimpa musibah? Anda merasakan bahawa Allah tidak lagi menyayangimu kerana banyak musibah yang datang menimpa dalam pelbagai aspek, sehinggakan ada yang menyalahkn Allah di atas segala apa yang telah berlaku. Subahanallah jika ada di antara kita terdetik atau pernah befikiran seperti itu, saya sarankan anda segera beristifar dan memohon taubat kerana Allah sentiasa membuka pintu taubat utuk hambaNya.
Sebenarnya apa yang dugaan saudara/saudari hadapi sekarang ini amatlah kecil dan tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang telah Baginda Rasulullah SAW telah hadapi dalam usaha Nabi untuk menyebarkan Islam dan menegakkan Islam di muka bumi ini. Bayangkan betapa sedihnya dan peritnya apa yang Nabi Muhammad SAW  lalui, Baginda ditentang sendiri oleh kaum kerabatnya.
 Abu Lahab  beserta istrinya tidak menerima kebenaran Islam, lalu mereka memusuhi Islam. Itu semua bermula ketika semua Nabi Muhammad SAW mengumpulkan penduduk Mekkah di Bukit Safa dan mengatakan bahawa Baginda adalah sebagi pemberi peringatan dan Allah memerintahkannya mengajak semuanya untuk memeluk Islam. Khutbah tersebut, telah membuat ramai orang marah, termasuk Abu Lahab. Bahkan dia mengatakan : “Celakalah engkau wahai Muhammad! Untuk inikah engkau mengumpulkan kami?”. Maka sebagai balasannya Allah Menurunkan Surah Al- Lahab ayat 1-5 yang artinya : “ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak ia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula ) isterinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya ada tali dari sabut.

Subahanallah sungguh kental hati Nabi dalam menyampaikan dakwah Islam di Makkah. Walaupun dicaci oleh kaum kerabatnya sendiri tapi, baginda langsung tidak goyah mahupun berdendam dengan mereka dalam usaha menyebarkan dakwah Islam. Cuba bayangkan, jika kita sendiri yang mengalaminya? Mampukah kita bertahan seperti Nabi Muhammad SAW? Tepuk dada dan tanyalah iman.

0 ulasan: