Tuesday 20 December 2016

INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH, ASYRAF BIN RAMLEE, USM

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


ASYRAF BIN RAMLEE
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULLULAH DALAM DAKWAH
Penulisan kali ini melihat satu sifat pemaaf dan pemberi kebebasan kepada sesiapa pun yang pernah menyakitinya. Sifat ini yang telah diajarkan kepada Muhammad S.A.W  melalui wahyu dari Surah al-Araaf ayat 199 “Jadikanlah engkau pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”. Sifat Muhammad S.A.W yang tidak cepat marah diriwayatkan pernah satu ketika Rasullah pulang dari masjid beliau diludahi oleh seorang kafir sehinggalah suatu hari Rasullulah mengetahui orang itu sakit ia bergegas untuk melawatnya kerana itulah ajaran agama Islam. Selain itu, perjalanan dakwah baginda  ke Taif, Rasulullah S.A.W diuji dengan sifat pemimpin Tsaqif yang menolaknya, kemudiannya dilempari dengan batu oleh kanak-kanak dan orang-orang sehingga kakinya berlumuran darah. Ketika itu Malaikat Jibril menawarkan untuk membinasakan mereka tetapi sifat pemaaf Rasulullah menolak tawaran tersebut dan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah S.W.T.

Kini manusia diuji dengan pelbagai cabaran membuatkan kian mudah merasa marah hingga timbul sifat kebencian hingga berpecah belah tidak kira, kaum agama dan bangsa. Kemanakah sifat kesabaran Rasulullah S.A.W yang menjadi ikon umat Islam pada hari ini. Adakah kita sedar sifat ini bukanlah ajaran kepada umatnya. “ ..Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran: 134). Dalam Al-Quran juga menyebut dalam kehidupan kita di dunia semaikan nilai kemaafan dalam diri sebagaimana contoh nabi ikutan kita Muhammad S.A.W. Sesungguhnya Inilah sifat-sifat beliau yang penuh dengan kesabaran, kerendahan hati, mengalah, dan bersahabat.


0 ulasan: