Wednesday 21 December 2016

Indahnya Akhlak Rasulullah SAW Dalam Dakwah, Nur Nazifa Elisa, UiTM Tapah

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


NUR NAZIFA ELISA BINTI ABD HAMID
UiTM Tapah


TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM DAKWAH

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Wajahnya bagaikan bulan purnama. Pembaca sekalian, adakah anda dapat mengagak siapakah jejaka yang paling kacak yang dimaksudkan oleh lagu di atas?? Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin jugak ada yang masih keliru. Sambungan ayat untuk lagu di atas mungkin dapat menjelaskannya:
“Muhammad, khairukhalqi Allah”
Nah, dah tau kan siapakah gerangan yang saya maksudkan tadi. Ya!!! Dialah Nabi Muhammad S.A.W yg terpuji.
AKHLAK RASULULLAH SAW, “MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN”
Rasulullah SAW selalu memberi contoh  peribadi yang mencerminkan akhlakulkarimah  dalam kehidupan  sehariannya. Seperti kisah Rasulullah dan Pengemis Buta di mana akhlak Rasulullah membuatkan pengemis yang sangat membencinya terus memeluk agama Islam apabila dia tersentuh dengan akhlak terpuji rasulullah. Sebagai contoh, setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan dan menghaluskan makanan terlebih dahulu sebelum  menyuapi pengemis itu. Setelah Rasulullah wafat, Abu Bakar bertanya kepada Aisyah apakah sunah yang belum dilakukan olehnya? Lalu Aisyah menceritakan perihal Rasulullah terhadap pengemis buta itu. Lalu keesokannya, Abu Bakar membawa makanan dan menyuapi pengemis itu. Tiba-tiba pengemis itu marah sambil mengatakan bahawa dia bukanlah orang yang sama menyuapinya dulu. Abu Bakar mengaku dan menceritakan perkara sebenar berkenaan orang yang menyuapinya dulu, iaitu Rasulullah yang mana sebelum ini dibencinya. Keindahan akhlak Rasulullah terhadapnya membuatkan pengemis itu terharu dan terus memeluk Islam. Itulah salah satu bentuk keagungan seorang Rasul. Kebaikannya dan ketinggian akhlaknya tidak terbendung oleh kebencian dan cercaan bahkan  Nabi Muhammad s.a.w membalasnya dengan kebaikan.
Firman Allah ta’ala yang bermaksud :
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur” [al-Qalam : 4]
Contoh baik sikap dan pendirian beliau dalam berdakwah ialah kesabaran dan ketabahan menghadapi segala rintangan dan penentangan. Baginda Nabi s.a.w menyeru kepada orang-orang terkemuka Kota Thaif agar mentauhidkan Allah. Mereka bukan saja tidak menerima seruan itu tetapi juga mengerahkan pemuda-pemuda dan orang-orang jahat untuk mencaci-maki, menghina dan melemparkan batu ke arah baginda sehingga kepala beliau SAW berdarah. Pada peristiwa lain Rasulullah S.A.W. telah mendakwahkan Islam kepada orang ramai yang mengerjakan haji di Mekkah tetapi seruannya tidak diterima malah beliau disakiti.
Konklusinya, sebagai umat Muhammad kita mestilah meletakkan cinta yang agung hanya kepada Allah dan Rasulullah yang tercinta. Jadi, marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad:

Mawlayasalli wa sallimda’imanabadan
Ala habibikakhayrilkhalqikullihimi
Ya Rabbeesalli ‘aleeh
SalawatuAllahi ‘aleeh



0 ulasan: