Tuesday 20 December 2016

Pengaruh Dakwah Rasulullah, Asyraf Bin Ramlee, USM

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH



   Oleh : Asyraf Bin Ramlee
     Universiti Sains Malaysia

Tajuk : Pengaruh Dakwah Rasulullah

Menceritakan pengaruh dakwah mengenai dakwah Muhammad S.A.W amat luas dan mencakupi pelbagai jilid untuk diterjemahkan dalam sesuatu artikel. Artikel ini hanya memperjelaskan pengaruh dakwah melalui kehidupan baginda tersendiri. Pengaruh dakwah dari segi komuniti yang mengambil masa beberapa tahun hinggalah akhirnya sampai ke penghujung tanah Masyrik. Pengaruh dakwah melalui proses perubahan sesuatu umat hingga mengikuti sesuatu benda yang baru. Hal ini jelas dalam pengaruh dakwah terhadap bangsa Arab seketika dahulunya negeri yang tandus, menjadi penghinaan bangsa maju dan bangsa yang paling keterbelakang dari sudut kemajuan. Hasil dari pengaruh dakwah yang berterusan menyebabkan batu yang keras mula terhakis dengan air, seperti jiwa manusia yang hatinya seakan batu tetapi masih wujud rasa inginkan pendamaian, peraturan dan keadilan antara sesama makhluk.


Merujuk dari khutbah Muhammad S.A.W dalam khutbah Wada,nya menyatakan bahawa setiap manusia adalah sama dan semuanya ialah hak milik manusia. Manusia datangnya dari keturunan Adam yang berasalnya dari tanah tiada kelebihan orang Arab atau bukan Arab melainkan dengan ukuran amalan dan takwa mereka terhadap Allah S.W.T. Ucapannya telah mewujudkan satu undang-undang yang asalnya dari proses dakwah hingga tiada isu diskriminasi sesuatu kaum atau jenis bangsa. Pengaruh dakwahnya bertujuan dalam melenyapkan persaingan bagi meletakkan kebenaran sebagai asas penyebaran dakwah Islam dalam perkara kebaikan. Oleh itu, tersemailah perasaan rasa cinta akan kedamaian, sedangkan sebelum itu ia penuh dengan sifat kebencian dan persaingan. Demi dakwah tiada sesiapa pun yang mampu menghalang walaupun jumlah musuh yang banyak atau hingga nyawa dihujung tanduk selagi hayat dikandung badan, teruskan menyampaikan dakwah kerana ia adalah satu ketetapan dari Allah dan kepada Allah ketetapan itu kembali.

0 ulasan: