Saturday 31 December 2016

PERUTUSAN SALAM TAHUN BARU 2017, PRESIDEN MPK SAHABAT YADIM 2016/2017




| PERUTUSAN SALAM TAHUN BARU 2017 |

Oleh : 
Saudara Mohamad Ali ALhasani Bin Ab Rahman
Presiden, MPKSY 2016/2017
1 JANUARI 2017

Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kita nikmat iman dan islam serta memilih kita untuk menjadi umat kepada Nabi Muhammad S.A.W penghulu dan penutup segala nabi dan rasul. Kedudukan umat ini dimuliakan lagi dengan Allah S.W.T menempatkan kita sebagai khaira ummah yang mana sifat utamanya ialah menyeru kepada ma'ruf mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah S.WT.

Alhamdulillah pada hari ini telah masuknya tanggal hari yang pertama bagi tahun 2017 menandakan berlalunya segala detik tahun 2016 yang menghidupkan hikayat kita pada hari ni. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang kita takpernah jemu untuk hadapi sepanjang 365 hari yang lalu. Semoga redha Allah mengiringi segala usaha yang telah kita korban dan perjuangkan selama ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Tahun Baru 2017 kepada semua khususnya bagi seluruh ahli Sahabat YADIM di setiap pelusuk negeri dan institusi.

Dalam usaha untuk mengenal kedudukan dan peranan kita sebaik-baik ummah, umat ini dianjurkan untuk menghidupkan amalan sunnah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.AW.
Berpandukan kepada sebuah hadis daripada baginda S.A.W yang menjadi tagline Sahabat YADIM sehingga kini, iaitu 'sampaikan dariku walau satu ayat' , terbukti bahawa kita diberi satu amanah untuk menyambung kalam dari lisan para anbiya' bagi terus menyebarkan dakwah dan memberi inspirasi kepada seluruh ummah.

Pada hari ini, Islam itu telah datang kepada kita dalam keadaan yang sempurna. Tugas kita untuk perjuangkan dan melapangkan sebahagian masa untuk berkorban demi agama serta memberi dorongan kepada orang lain sehingga mereka juga bersedia untuk memberi khidmat kepada agama dan menyebarkan Islam.

Teruskanlah menjadi qudwatul hasanah seperti angin yang datangnya lembut. Tapi dirasai oleh seluruh tubuh. Perjuangan dan dakwah itu adalah perkaitan yang paling besar dan merupakan satu taklifan secara tidak sedar, hadir dalam kehidupan

Di awal tahun 2017 ini, semoga niat yang baik dan istiqomah terus mengiringi perjuangan kita. Benarlah jika kita buat segala usaha ini kerana Allah semata, hatta bila kita tiada lagi di dunia ini, 'perjuangan' itu terus dirasai oleh hati-hati manusia pada hari ini.

Akhir kalam, ingin saya memetik satu kata-kata hikmah yang dinukilkan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib ; "Beruntunglah siapa yang hari ini lebih baik daripada semalam. Rugilah siapa yang hari ni sama sahaja seperti semalam. Dan celakalah siapa yang hari ni lebih teruk daripada semalam."

Wallahu'alam.

MOHAMAD ALI ALHASANI BIN AB RAHMAN
Presiden,
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM sesi 2016/2017

0 ulasan: