Sunday 11 December 2016

#SHARENOTE : ADAKAH MENYAMBUT MAULIDURASUL ITU BID’AH ?

#SHARENOTE :
ADAKAH MENYAMBUT MAULIDURASUL ITU BID’AH ?
OLEH :  Ustaz Engku Ahmad Fadzil (Felo Kanan IKSIM)
Editor : Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan, MPKSY 2016/2017

Sudah menjadi kebiasaan bila tiba Maulidurasul pada 12 Rabiulawal akan wujud suara golongan yang suka membid'ah sesatkan amalan ummat Islam dengan alasan perbuatan tersebut tidak dilakukan oleh Rasullulah S.A.W kerana sikap mereka mengharamkan perbuatan-perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasullulah S.A.W. Hanya semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Rasullulah S.A.W. Sebenarnya merupakan bid'ah yang sesat di dalam agama kerana mereka cipta sesuatu yang tidak ada asas di dalam agama malah bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri dan termasuk di dalam perbuatan keji mengharamkan sesuatu yang tidak haram di dalam agama.

Oleh kerana ada sahabat-sahabat yang bertanya berkaitan poster recycled ini dan "logik kedai kopi" yang tidak bersandarkan kaedah fiqhiyyah sebenar ini dicampur aduk dengan penyelewengan fakta yang dikitar semula saban tahun, maka saya copy paste perbualan saya dengan seorang pengikut Wahhabi di dalam sebuah Group Telegram mungkin sekitar 2 tahun yang lalu ketika saya masih aktif melayan perbincangan di dalam Group Telegram. Semoga ada manfaatnya kepada mereka yang Allah SWT bukakan hati mereka untuk mencari kebenaran.

1.      Siapa yang mula-mula menyambut Maulid Nabi, adakah Abu Lahab ?
Kalau Abu Lahab sambut Maulid Nabi Muhammad S.A.W pun apa masalahnya? Adakah kerana sesuatu perbuatan yang baik dilakukan oleh orang-orang kafir, maka perbuatan itu jadi buruk? Kalau ada orang-orang kafir yang hormat kepada ibubapa, membantu orang-orang miskin, maka perbuatan itu jadi buruk. Wahhabi yang membid'ah dholalah kan sambutan maulid Nabi Muhammad S.A.W seakan terlupa puasa 10 Muharram asalnya amalan orang-orang Yahudi tetapi oleh kerana baik mengikut kayu ukur syarak (menzahirkan kesyukuran atas keselamatan Nabi Allah Musa a.s. daripada ancaman Firaun)  maka diiktiraf, dianjurkan dan diamalkan oleh Rasullulah S.A.W. Mereka juga lupa antara orang yang paling awal menyambut Maulid adalah Rasullulah S.A.W sendiri yang menyambut hari kelahiran Baginda. Mereka lupa dan menyambut Maulid insan bernama Muhammad bin Abdul Wahhab pengasas gerakan Wahhabi, tetapi apabila yang disambut Maulid itu namanya Muhammad bin Abdullah SallalLaahu 'alaihi wa sallam maka jadi bid'ah dholaalah masuk neraka. Wahhabi bukan sahaja ada masalah dari segi ilmu, hatta kalau ada ilmu sekalipun racun Wahhabi yang menyerap di dalam hati dan fikiran mereka mematikan kebolehan mereka untuk berfikir secara adil dan konsisten.

2.      Hujah Rasulullah Menyambut Maulid Baginda pada setiap minggu.
Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
Maksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.                                                           
(Riwayat Muslim, no. 1162)                                                                                                    
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda S.A.W berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda S.A.W, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain. (Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-) bakri, Mufti Wilayah Persekutuan)   
Hujjah bagi orang-orang yang Allah SWT masih tutupkan mata hatinya dengan ketaksuban terhadap kecenderungan Wahhabi yang suka membid'ah dholalah kan amalan-amalan ummat Islam yang mempunyai dalil dan sandaran seolah-olah sefahaman mereka sahaja yang betul tidak boleh tersalah.



3.    Sambutan Maulid pada setahun sekali mana hujahnya ?
Tak jumpa hujjah, bukan bermakna tiada hujjah, carilah, mengajilah, kembangkan lah kefahaman, jangan disempitkan dan perluaskan ilmu. Ijmak ulama tidak wajib berpuasa setiap Isnin . “Mengambil hukum adalah daripada keumuman lafaz, bukan dengan kekhususan sebab”
Ini ialah kaedah. Yang pasti daripada hadis, jelas boleh menzahirkan kesyukuran atas kelahiran Rasulullah S.A.W. Adakah mesti setiap minggu? Adakah mesti dengan cara berpuasa? Ijmak ulama bahawa kedua-dua itu tidak wajib. Maka ummat bebas menzahirkan kesyukuran mereka dengan apa-apa cara yang mereka mampu selagi mana tidak melanggar batas-batas syarak. Berselawat, menjemput Ustaz-ustaz memberi tausiah dan tazkirah, menjamu makan semuanya masih termasuk di dalam perkara-perkara yang dianjurkan oleh Islam. Wahhabi yang suka menyempitkan apa yang Islam perluaskan.

4. Siapakah orang yang pertama menyambut Maulid Nabi???
Sambutan peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri.

5.     Sejak bilakah sambutan Maulidurasul ini diadakan?
Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata: “Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya”.
Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya. Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan Maulid Nabi, beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.
Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi Daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, Raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.
Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sesuatu yang baik. Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ; al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H) al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H), Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H), al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H), SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H), al-Imam al-Nawawi (W. 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H), mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H). Terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan Maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.

6. Adakah haram menyambut Maulidurasul setiap tahun ?
Dalil dan istidlaal pun tak tahu beza tapi mahu menghukum orang-orang lain sesat dan bid'ah. Semoga Allah SWT lindungi kita dan zuriat kita daripada kebebalan dan kedegilan menerima kebenaran. Mana pula dalil haram menzahirkan kesyukuran atas kelahiran Rasullulah S.A.W setahun sekali? Kalau tak mampu bersyukur setiap detik, sekurang-kurangnya setahun sekali, takkan jadi haram masuk neraka?
Dalil ada yang qhatie dan ada yang zhonni, kedua-duanya diterima di dalam skop masing-masing. Wahhabi suka pusing2 cakap. Kalau tak haram sambut maulid tahunan selesai masalah, tak perlu lah ikut fatwa Ibn Uthaimin yang mengharamkan sambutan Maulid Nabi tetapi menghalalkan Maulid Muhammad bin Abdul Wahhab. Hujjah dalam beribadah tak perlu dalil qathie. Qathie dari segi thubut dan dalaalah, begitu juga zhonni.

7.      Siapakah wahhabi sebenarnya ?
Wahhabi tu dalam bahasa Arab ditulis وهابي. Apa fungsi huruf ي dihujung perkataan Wahhabi? Kalau yang itu pun tak faham, no wonder selalu keluar ayat "Jangan tuduh orang Wahhabi macam-macam". Sedangkan tak ada pengikut imam Syafie atau Imam Ahmad yang melenting atau sensitif bila dipanggil Syafie atau Hanbali. Kasihan yang ikut pola fikir dan pegangan Muhammad bin Abdul Wahhab tetapi menuduh orang-orang lain tidak berakhlak semata-mata kerana memanggil dia Wahhabi (pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab).
Surah Al-Furqan, Ayat 63:
 “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik”

8.      Melarang sesuatu perbuatan semata-mata kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasullulah S.A.W adalah bid'ah yang buruk.
 Panduan sebenar dari Al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Hashr, Ayat 7:
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua YANG BAGINDA LARANG kamu melakukannya maka hendaklah kamu berhenti dari melakukannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)”
Al-Quran menetapkan agar kita berhenti dari melakukan apa yang DILARANG oleh Rasullulah S.A.W. lalu ada golongan yang menyempitkan kebaikan-kebaikan yang luas dengan menetapkan bahawa kita mesti berhenti melakukan apa yang TIDAK DILAKUKAN oleh Rasullulah S.A.W. Apa yang Rasullulah S.A.W. tidak lakukan tidak semestinya Baginda larang, bahkan ada perbuatan-perbuatan yang baginda tidak lakukan, namun baginda memuji apabila dilakukan oleh para sahabat. Begitu juga hadith sahih daripada Nabi S.A.W. riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Sayyidinaa Abi Hurairah r.a.
Di dalam riwayat Imam Bukhari:
 “Maka apabila aku telah MELARANG kamu daripada melakukan sesuatu maka hendaklah kamu jauhinya dan apabila aku menyuruh kamu dengan suatu suruhan, maka hendaklah kamu lakukan semampu kamu”
Di dalam riwayat Imam Muslim
“Apa yang aku telah LARANG kamu daripadanya, maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku telah perintahkan kamu melakukannya, maka hendaklah kamu lakukan semampu kamu”
Sekali lagi, Rasullulah menyuruh kita berhenti daripada melakukan apa yang baginda LARANG. Ahli bid'ah sayyiah menokok tambah di dalam agama sesuatu yang bukan daripada agama iaitu memaksa ummat Islam berhenti melakukan sesuatu yang baginda TIDAK LAKUKAN sedangkan baginda TIDAK LARANG!
Surah Yunus, Ayat 58:
"Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".

Kurniaan Allah adalah Al-Quran dan rahmat Allah adalah Islam. Kedua-duanya datang melalui Rasullulah S.A.W. Malah ada yang menafsirkan rahmat Allah sebagai Rasullulah S.A.W. sendiri. Kita diperintahkan bergembira tetapi tidak ditetapkan cara bergembira lalu kembali kepada kaedah asal boleh bergembira dengan apa cara sekalipun SELAGI MANA bukan dengan cara yang melanggar syarak. Sekian. WaAllahua’alam.

Editor : Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan, MPKSY 16/17

0 ulasan: