Thursday 8 December 2016

#SHARENOTE : UCAPAN PERASMIAN YB SENATOR DATO' DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI SEMPENA KONVENSYEN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016.


#SHARENOTE
UCAPAN PERASMIAN YB SENATOR DATO' DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
SEMPENA KONVENSYEN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016,
DI UIAM, 3 DESEMBER 2016
Oleh : Lajnah Penyelidikan & Pembangunan, MPKSY 2016/2017

1.      Terima kasih kepada YADIM kerana masih ingat saya  untuk sudi menjemput merasmikan Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2016. Program seperti ini sudah pasti diberi keutamaan. Apatah lagi ini merupakan satu agenda yang besar maknanya dan juga mempunyai hala tuju yang juga besar.
2.      Pernah saya sebut kepada Dr. Yusri Mohamad. Saya tidak minta apa-apa sebelum saya meninggalkan Sahabat YADIM kecuali 2 perkara iaitu yang pertama projek atau program Sahabat YADIM dan yang kedua ialah Felo Muda Dakwah. Ini saya tidak menanggap satu legasi tapi suatu agenda besar kita nak membina generasi khairun ummah ataupun generasi ulul albab yang akan mewarisi Negara kita dan yang lebih penting mempunyai jiwa dan ruh Islam yang tulen demi kemaslahatan ummat Islam secara keseluruhannya.
3.      Dr. Yusri Mohamad dibawa oleh saya dalam YADIM  salah satunya supaya untuk membantu saya dalam program yang disebutkan sebagai program pembinaan generasi muda. Saya pernah menyebut kepada Perdana Menteri Malaysia ingin melaksanakan program sebagai satu projek Negara kerana ini merupakan program yang penting untuk masa depan Negara. Kita mahu melihat Negara kita pada masa akan datang lebih cemerlang dan lebih seimbang yang bukan sahaja hebat dari segi kekuatan material, kebendaan, prasarana, kemodenan dan sebagainya tapi juga ada jiwa dan ruh Islam. Kita tidak boleh mengharapkan dasar-dasar yang hari in mengfokuskan pembangunan modal insan yang berintegrasi dan bersifat holistik.
4.      Kita melalui sistem pendidikan yang berasaskan Falsafah Negara yang yang dibangunkan kerajaaan berasaskan untuk melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek berpandukan kepada rukun Negara dan perlembagaan kerana Negara  kita yang unik. Keunikan Negara kita itu Islam diletakkan dalam tahap yang tertinggi. Kita memberi tafsiran dan makna kepada Negara kita dengan meletakkan Perkara 3 dalam perlembagaan yang menjadi asas kepada apa jua agenda dalam memartabatkan dan membangunkan Negara. Tetapi dasar ini hanya mampu diterjemahkan dalam bentuk yang berkesan jika kita mempunyai pembuat-pembuat dasar dan pelaksana-pelaksana dasar yang benar-benar menjiwai aspirasi .

5.      Masalah yang dihadapi Negara pada masa ini ialah mungkin kita mempunyai dasar yang cantik tetapi apabila kita mahu melaksanakan dasar-dasar ini ia tidak dijiwai sepenuhnya oleh kelompok masyarakat. Dimana silapnya? Ini tiada silapnya. Cuma ini sebagai ujian yang Allah beri kepada kita kerana bukan mudah untuk membangunkan sebuah tamadun, tidak mudah untuk kita membina generasi dan tidak mudah juga untuk kita bina sebuah Negara. Kalau kita meletakkan matlamat menegakkan kalimah Allah paling tinggi ataupun mendaulatkan Islam dan memartabatkan Islam sebagai satu asas yang penting ini bukan satu perkara yang mudah.Walaupun Nampak mudah. Mungkin kita akan kata, “oh! kita sudah ada kuasa politik mengapa kita tidak laksanakannya?”. Hakikatnya hanya dengan kuasa politik tidak cukup sekiranya kita tidak mempunyai جيل قرأني فريد apa yang diistilahkan Syed Qutd dalam bukunya maa’lim Fil Torib yang mengambarkan sebagai generasi yang penting dalam membina tamadun ialah generasi Quran yang dinamik dan unik. Ini lah antara cabaran besar Negara pada hari ini.

6.      Dasar Negara sahaja tidak akan bermakna yang jika akhirnya pekerja-pekerja didalam agensi-agensi kerajaan yang pelbagai adakah mereka mempunyai ruh dan jiwa serta memahami apa itu Islam yang sebenar? Apakah ada nilai takutkan Allah melebihi segala-galanya?, ataupun akan terbabas dan terpesong daripada landasan Islam sehingga didominasi oleh gejala manusiawi yang hanya mahukan suatu sifat yang material, kekayaan, pangkat dan harta serta berkaitan aspek keduniaan semata-mata yang mudah mengelicirkan kita. Dan ini yang berlaku dalam konteks Negara kita hari ini. Dasar sahaja belum tentu cukup. Apatah lagi pembuat dasar itu pun belum tentu mempunyai jiwa dan ruh Islam. Tidak kira kita bercakap tentang parti pemerintah atau parti-parti yang ada pada hari ini sebab yang kita mahu ubah ialah sebuah Negara. Sebenarnya saya pada awalnya dan para sahabat-sahabat yang berada dihadapan ini melalui proses pentarbiyahan melalui usrah yang mengimbau buku-buku Ikhwanulul Muslimin seperti buku apa erti saya menganut Islam?, tulisan Fathi Yakan, yang mengambarkan sebuah falsafah untuk membina sebuah tamadun dan Negara Islam.
7.      Disebutkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, perlu dimulakan dengan individu-individu Islam yang berjaya menjadikan individu-individu ini takut kepada Allah maka dengan sendirinya mereka akan membentuk keluarga-keluarga Islam yang juga takutkan Allah. Seterusnya jika keluarga-keluarga ini menjadi keluarga yang Islamik ia akan membentuk komuniti yang Islamik dan masyarakat yang Islam serta akan membentuk sebuah Negara yang Islamik. Seterusnya, jika Negara-Negara Islam ini Islamik akhirnya akan membentuk Daulah Islamiyyah.
8.      Daulah Islamiyyah ini lah yang mula-mula menjadi gagasan pengerak Islam awal seperti Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 setelah jatuh Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1923. Sebenarnya Daulah Islamiyyah ini wujud pada era abad 20-an ke atas. Istilah Daulah Islamiyyah ini diperkenalkan sekitar tahun 1870-an oleh Sheikh Jamaludin Al-Afghani dan selepasnya Sheikh Mohamad Abduh dan juga Sheikh Rasyid Reda. Istilah ini wujud disebabkan era pada zaman itu berlaku penjajahan yang bergitu dasyat sehingga beratus tahun. Walaupun ada Kerajaan Turki Uthmaniyyah  tapi bukanlah sebuah kerajaan yang kuat dan mempunyai khalifah-khalifah serta penguasa-penguasa yang lemah. Khalifah-khalifah yang terkemudian yang banyaknya adalah tidak amanah dan juga didokong oleh ulama-ulama yang juga tidak amanah yang hanya justifikasi apa yang khalifah mahukan. Akhirnya berlaku pertembungan dengan Negara-Negara penjajah yang di bahagikan-bahagikan oleh British, Itali dan Perancis sebagai Negara bangsa. Wujudnya Negara Yaman, Syria, Jordan dan sebagainya. Namun pada waktu itu juga kerajaan-kerajaan ini merasakan Turki Uthmaniyyah tidak boleh dijadikan Negara sandaran. Ada sentimen Arab Vs Non Arab juga kerana kerajaan Uthmaniyyah ini juga kerajaan yang berbangsa Turki bukannya berbangsa arab. Jadi waktu itu berlaku pertembungan nilai nasionalisme arab yang kuat dan kelompok yang memperjuangan nasionalime arab ini pula terpengaruh dengan kemajuan moden barat. Dianggap sebagai pembina tamadun yang besar. Penjajah ini akhirnya merencanakan untuk merosakkan identiti-identiti Negara Arab itu. Akhirnya diringkaskan kita memerlukan satu bentuk sentimen Daulah Islamiyyah. Disitu bermulalah daripada Sheikh Rasyid Reda memperkenalkan istilah Daulah Islamiyyah atau Negara Islam ketika itu.
9.      Pada tahun 1923 ketika jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah berlaku pertembungan antara kelompok sekular seperti yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Al-Tartuk melihat Turki Uthmaniyyah didokong oleh golongan-golongan Islamis atau golongan ulama’ yang tidak amanah ini adalah menjadi penghalang kemajuan maka Kamal Al-Tartuk mengambil jalan yang lebih esktrim menjadi Turki sebagai sebuah Negara sekular.  Pada masa yang sama di Negara-Negara arab mereka lebih terpengaruh dengan elemen sekular berbanding Islamik maka pada tahun 1928 terbangunlah sebuah gerakan yang lebih berstruktur yang dinamakan Jemaah Ikhwanulul Muslimin yang digagaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau cuba membawa idea Daulah Islamiyyah itu satu gagasan supaya dapat melihat keluarga Islam yang lebih original.
10.  Bagi As-syahid Imam Hassan Al-Banna sebuah Negara Islam tidak boleh terbangun tanpa membangunkan individu muslim kerana objektif sebuah Negara Islam ialah untuk kita membina ummah Islam yang benar-benar beriman dan bertakwa. Disebabkan itulah kita digariskan untuk membina individu-individu, keluarga, masyarakat dan Negara kerana dengan sendirinya matlamat membina Daulah Islamiyyah itu akan tercapai. Tetapi sepanjang jalan kita melihat sejarah Ikhwanulul Muslimin ditekan dan ditindas sehingga Imam Hassan al-Banna dibunuh pada tahun 1949 maka berlaku perpecahan Ikhwanulul Muslimin terbahagi kepada dua iaitu satu dinamakan global Ikhwanul atau Ikhwanul A’lami dan satu lagu Ikhwanul Jihadi yang mana kelompok-kelompok yang merasakan mereka ditindas. Ramai anggota Ikhwanul Muslimin yang ditindas, dibunuh dan yang lari ke US, UK dan sebagainya. Akhirnya yang tinggal adalah golongan yang tidak tahu buat apa-apa. Golongan ditindas merasakan proses pentarbiyahan As-Syahid Imam Hassan al-Banna ini lambat maka terjebaklah mereka dengan kelompok-kelompok jihadi. Bagi mereka perlu angkat senjata dan lawan.
11.  Saya sebutkan hal ini kerana ianya masuk kedalam konteks Malaysia. Namun konsep yang Ikhwanulul Muslimin Mesir yang dibawa ke Malaysia tidak mampu menukar dan mengubah model di Malaysia kerana di Malaysia pemerintah daripada awal lagi mengambil tangungjawab melaksanakan Islam kerana Islam itu dipaksikan dalam perlembagaan. Perkara 3 Islam sebagai agama persekutuan. Maka daripada awal kemerdekaan kerajaan menjadikan tangungjawab ini sebagai aulawiyat atau keutamaan dalam membasmi buta huruf kerana tahap orang yang kurang pendidikan buta huruf hampir 60% ketika itu.Kadar kemiskinan pun hampir 60%. Jadi fokus ketika itu ialah membasmi kemiskinan dan membasmi buta huruf. Dasar ini juga adalah dasar Islamik kerana dasar ini dekat dengan Islam. Kalau kita miskin kita akan dekat dengan kekufuran. Begitu juga dengan buta huruf. Kita kena pastikan rakyat kita mendapat pendidikan kerana dalam Quran pun Allah menyebut iqra’. Bahkan dalam prinsip asas awalundin makrifatullah. Permulaan agama ialah mengenal Allah. Itu adalah asas agama kita. Maknanya kena ada ilmu dan pendidikan. Oleh sebab itulah, kita melihat Negara kita berlaku proses Islamilisasi sejak kita merdeka dan kita laksanakan secara bertahap.
12.  Hari ini kita dapat lihat perkembangan Islam di Malaysia makin berkembang. Perkembangan yang cukup hebat. Cuma kita ada cabaran lain. Cabaran bagaimana kita mahu pastikan jati Ummat Islam sentiasa kuat dan kental. Adakah kita mempunayi generasi permimpin yang mempunyai ruh dan jiwa Islam sebab itulah idea Sahabat YADIM ini dicetuskan. Kita mahu daripada sekolah lagi kita boleh membangunkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jiwa dan ruh Islam. Mempunyai tasawur Islam yang jelas mereka mesti menjadi ejen-ejen pencetus ummah, ejen transformasi ummah, agent of changes, ajen pembaharuan, ejen Islah, ejen perubahan dalam masyarakat.
13.   Pada zaman saya hanya 11 dan 12 kampus yang mempunyai pengerak Sahabat YADIM. Saya dimaklumkan sekarang sudah mencecah 30 kampus dan 27 buah politeknik semua ada cawangan-cawangan Sahabat YADIM. Saya dimaklumkan Sahabat YADIM akan menandatangani MoU dengan pihak berasrama penuh di Kementerian Pendidikan. Ini adalah agenda penting kerana kita mahu lahirkan generasi yang mempunyai tasawur Islam, fikrah Islam, jiwa Islam dan ruh Islam apabila mereka melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi dan Universiti Awam. Akhirnya peranan kita adalah diluar sana dalam masyarakat. Tidak kira apa jua peranan kita. Termasuklah dalam sektor politik, pentadbiran kerajaan, sektor swasta atau apa jua penglibatan dalam bidang masing-masing tapi yang paling penting kita mempunyai jiwa untuk menegakkan Islam.
14.  Apa yang saya lihat, tidak kiralah melibatkan dalam apa jua parti politik sekali pun tapi jika mempunyai tasawur Islam yang jelas maka tidak akan mengamalkan politik yang kotor. Politik yang kita tengok pada hari ini yang begitu mengelisahkan kita. Apa yang saya lihat golongan ahli politik pada hari yang mempunyai fikrah Islam mereka bukan politikus-politikus yang tidak matang tetapi mereka mempunyai jiwa-jiwa yang besar, matang dan berlapang dada serta setuju untuk tidak bersetuju. Ijtihad saya mungkin berbeza dengan mereka tetapi kami masih boleh duduk berbincang.
15.  Dalam Sahabat YADIM ini lah objektif kita ialah kita nak melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin. Bukan sahaja pemimpin politik tetapi pemimpin dalam pelbagai ruang, bidang dan lapangan sektor, agensi, swasta. Akhirnya kita mahu melihat cahaya-cahaya pembaharuan pada masa akan datang inilah bakal-bakal pencetus ajen-ejen perubahan.
16.  Saya ucapkan sekali lagi syabas dan tahniah kepada YADIM kerana meneruskan agenda besar ini. Saya ucapkan tahniah kepada pimpinan baru Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM 2016/2017. Saya mengharapkan pimpinan baharu belajarlah daripada pimpinan yang lama dan yang paling penting laksanakanlah program-program yang ada manfaatnya dalam komuniti dalam kampus kita dan boleh membangunkan diri kita sebab prinsip dalam Sahabat YADIM ini ada dua iaitu “Asleh nafsak, Wad’u Ghairak”. Kita memperbaiki diri kita dan pada masa yang sama kita melatih diri untuk memperbaiki orang lain dengan menyampaikan dakwah dan kebaikan kerana ini adalah proses pendidikan dan menjadikan kita pemimpin yang bersifat lebih dinamik pada masa akan datang.
17.  Sepanjang berada di Universiti ambil peluang terlibat dalam program-program Sahabat YADIM seperti ini kerana anda tidak akan dapat peluang kali kedua bila keluar daripada universiti. When you left University you miss every moment. Percayalah bahawa ia akan menjadikan kita lebih berjiwa besar dan matang serta mampu menghadapi arus apabila kita keluar daripada universiti. Menjadi manusia yang benar-benar seperti mana yang disebutkan sebagai ejen perubahan kepada orang lain dan ejen pemberi manfaat kepada orang lain seperi mana hadith Nabi Rasullulah S.A.W : “Sebaik-baik manusia ialah mampu memberikan manfaat kepada manusia lain.”


Disediakan Oleh : Lajnah Penyelidikan & Pembangunan, MPKSY 2016/2017

0 ulasan: