Saturday 18 February 2017

RUU AKTA 355 : DAULAT ISLAM AGAMA NEGARA


RUU AKTA 355 : DAULAT ISLAM AGAMA NEGARA
=======================
بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Nukilan ini adalah pandangan saya daripada perspektif sebagai seorang mahasiswa dan belia Islam. 

Ada apa dengan RUU 355 sebenarnya? 

Islam merupakan nakhoda bagi negara yang menjadi Islam sebagai agama Rasmi. Pengistiharan ini sudah lama diungkap dan dijunjung generasi demi generasi oleh bangsa Malaysia yang cintakan Islam. Namun, adakah Islam telah diletakkan sebagai panduan yang paling tertinggi? Masih belum sampai ke tahap itu!

Jika kita mengimbau kembali 1000 tahun yang lalu sejak zaman pemerintahan insan agung Rasulullah S.A.W sehingga zaman berzaman diteruskan oleh para sahabat dan khalifah Islamiyyah yang memdaulatkan Islam dengan  penuh dengan nilai dan penghayatan.

Pelaksanaan Islam dalam setiap aspek telah mewujudkan masyarakat yang penuh hormani ketika itu. Ini membuktikan kesempurnaan Syariat Islam tidak ada tolak bandingnya. Kesempurnaan syariat Islam ini adalah unik sehingga sentiasa sesuai diamalkan disetiap zaman beradaban manusia

Sehinggalah pada tahun 1924 bermulanya Pemerintahan Islam dijatuhkan. Maka tiada lagi Khalifah ketika itu yang menjadi tempat bergantungan perjuangan masyarakat Islam.

Sejarah membuktikan Syariat Islam sebagai kekuatan kesatuan masyarakat Islam.

Yang menjadi persoalan adakah kita generasi belia ini menjadi pendokong kepada perjuangan ini?

Mengapa kita? Mengapa belia?

Kerana kita lah anak muda yang merupakan tunjang kekuatan jatuh dan bangunnya kegemilangan sesebuah bangsa dan negara. Kita lah generasi yang merupakan kekuatan yang hilang dalam sejak ratusan tahun dahulu. Kita generasi yang merupakan harapan setiap tamadun kegemilangan ummat.

Mengapa Syariah perlu diperkasakan?

Jatuhnya umat Islam adalah kerana hilangnya semangat dan kesatuan ummat bagi terus tekad dalam memperjuangkan kedaulatan Syariah Islamiyyah ini. Hilangnya kedaulatan syariat Islam maka akan melahirlah generasi yang lemah dan mudah terpengaruh dengan anasir yang merosakkan bangsa dan negara.

Oleh itu, saya menyeru kepada Belia dan Mahasiswa ayuh kita mengikut langkah para pendokong syariah Islamiyyah dengan berusaha bersama sama mengangkat hukum Allah (Syariat Allah) dengan menyokong RUU355 ini kerana:-

1. Bidang kuasa mahkamah syariah hanya sedikit dikuatkuasakan
2. Orang Islam terlibat dengan banyak jenayah yang berluasa
3. Kuasa makhamah syariah lebih rendah dari mahkamah rendah civil
4. Syariat Islam boleh menghidupkan hati manusia dengan Islam

SAUDARA ALI ALHASANI BIN AB RAHMAN
PRESIDEN,
MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN,
SAHABAT YADIM 2016/2017

#SampaikanDarikuWalauSatuAyat
#SahabatYADIMCakna
#GenerasiBeridealismeIslamiyyah
#MajlisPresiden
#MPKSY

0 ulasan: