Wednesday 29 March 2017

CORETAN SEORANG DA'IE



CORETAN SEORANG DAIE
Oleh : RSM (Razlin Suraya Mahiyar)
Penat....
Ye, aku tahu kau penat,
Aku juga,
Ye, aku tahu kau letih,
Aku juga sama,
Kau hampir kalah,
Begitu jugak aku,

Sahabat....
Orang lain tidak sama dengan kita,
Aku tahu hati kita senantiasa meraung,
"Mengapakah aku?",
Lalu harus kita pujuk hati,
Mana mungkin Tuhan membebani sesuatu yang tidak sanggup kita bebani,
Mana mungkin Tuhan sengaja memberikan kita sesuatu tanpa sebab musabab,
Mana mungkin semua itu sahabat,
 melainkan hikmah yang terang mahupun tersembunyi,

Aku tahu kau sudah makin putus asa,
Putus asa daripada istiqomah berada pada landasan-Nya,
Aku juga sama ,
Pegang erat tangan aku,
Kita sama naik lurah yang berduri,
Meski pahit,
Meski sakit,
Meski sukar dilalui,

Tapi ingatlah sahabat....
Sejauh mana kita berpijak di bumi ini,
Kita semua khalifah,
Insan yang pasti senantiasa di uji,
Berat mahupun ringan,

Beruntunglah kita wahai sahabat,
Menjadi perantara menyampaikan risalah kalam-Nya,
Menjadi penyambung warisan Baginda,

Jika benar kau hampir kalah,
Renunglah sejarah perjuangan Baginda,
Senantiasa di uji oleh lawannya,
Senantiasa diherdik ,dikatakan gila,
Baginda menepis menguatkan iman-Nya,
Bahawa semuanya atas kehendak Yang Esa,
Menguji syukur atau berpaling pada-Nya,

Sahabat....
Pegang erat tangan aku,
Kau bukan bergerak seorang,
Kau bukan bersendirian,
Kau ada Allah yang sentiasa menemani setiap malam dan sepimu,
Setiap sedih dan tangismu,
Mengapa perlu futur,
Andai kau yakin Allah lah sebaik2 perancang.

Ingatlah....
Usah pandang amanat sebagai bebanan,
Pandang ia dengan rasa kegembiraan,
Gembira bila mana akulah antara penyambung dakwah Baginda,
Buat ummat akhir zaman yang makin alpa,

Senyumlah sahabat...
Kau perlu tahu,
Aku dan kau adalah sama......


Moga Allah memberikan kekuatan buat kita semua

0 ulasan: