Wednesday 29 March 2017

WACANA ILMIAH

APA ITU WACANA ILMIAH ?

Wacana Ilmiah ini merupakan program yang diterajui oleh Sahabat YADIM dalam usaha merealisasikan misi menjadi peneraju pemikiran Islam yang benar dan terhindar daripada permikiran yang menyeleweng daripada aqidah Islam yang sebenar.

Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM mengambil insentif dalam kerjasama yang erat dengan pihak IKSIM dalam usaha melaksanakan program ini dengan bermatlamat memberi aspirasi transformasi pemikiran Islam melibatkan dikalangan mahasiswa-mahasiswi di seluruh Malaysia.

Perkembangan mutakhir kepada pengaruh pemikiran ekstrim dan menyeleweng daripada dasar aqidah Islam di kalangan anak muda semakin membimbangkan. Permikiran ekstrim menumbuhkan satu persatu bentuk gerakan ekstrim dalam pelbagai cabang pemikiran. Terdapat pecahan golongan manusia berdasarkan paksi sikap mereka terhadap jalan lurus kehidupan dan beragama. Kini sudah muncul golongan kanan ekstrim yang mengambil sikap berlebihan dan melampau didalam tindakan beragama mereka. Begitu juga dengan kemunculan golongan kiri ekstrim yang mengambil sikap melonggarkan serta mencuaikan dalam setiap aspek dalam tindakan beragama mereka.

Berdasarkan penelitian tehadap kekeliruan pemikiran ini Sahabat YADIM dengan kerjasama pihak IKSIM menerajui program seperti ini dalam melakukan transformasi pemikiran anak muda supaya menolak sebarang pemikiran ekstrim dan menyeleweng dalam kehidupan beragama dengan mengambil pendekatan wasatiyyah

OBJEKTIF WACANA ILMIAH
  1. Melahirkan peneraju pemikiran strategik dikalangan mahasiswa-mahasiswi yang utama dan berwibawa dalam agenda kedaulatan Islam.
  2.  Melahirkan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia sebagai pemangkin bagi kemajuan ummah yang mampu menghadapi pelbagai cabaran semasa dan berkemampuan untuk menangani permasalahan umat Islam secara berkesan.
  3. Mewujudkan mahasiswa-mahasiswi yang cakna dengan isu semasa Ummah.
  4. Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang memahami tentang isu semasa dalam mempertahankan akidah ummat Islam yang sebenar.
  5. Melatih mahasiswa-mahasiswi dengan ketokohan dalam mendaulatkan agama Islam dan negara.

0 ulasan: