Saturday 29 April 2017

Tajuk : Mahasiswa dan Hedonisme: Nikmat atau Bencana?


ARTIKEL BULANAN SAHABAT YADIM 2017
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tajuk : Mahasiswa dan Hedonisme: Nikmat atau Bencana?
Oleh :  Nor Azilah dan Nur Farhana, UUM
Siri 1, April 2017-rndSYUUM-

Artikel ini diterbitkan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua mahasiswa khususnya tentang maksud hedonisme serta perkara-perkara yang berkaitan.

وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ:وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim

Apa Itu Hedonisme?
    Hedonisme merupakan kebahagiaan dan keseronokan sebagai suatu permainan yang menjadi kefahaman dalam kalangan mahasiswa. Untuk berhibur adalah tidak salah, tetapi haruslah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Dalam berhibur, kita tidak boleh terlalu leka sehingga melambatkan kewajipan yang sepatutnya. Walaupun berhibur serta keinginan untuk hidup senang dan mewah merupakan sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun berhibur dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan menjadi budaya dalam masyarakat kita. Budaya hedonisme ini akan membawa kesan buruk khususnya dalam kalangan mahasiswa.


Bagaimana Hedonisme boleh menular dalam kalangan mahasiswa?
    Pertama, hilangnya ‘connection’ hati kita dengan Allah. Zaman remaja adalah suatu masa dimana seseorang remaja itu masih mencari identiti mereka yang sebenar. Remaja biasanya akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya pada masa itu. Oleh itu, pentingnya seorang remaja itu menjaga hubungan dan hati dengan Allah agar ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan budaya sekeliling.
    Kedua,  perbezaan antara generasi. Terdapat pelbagai generasi pada zaman moden ini, iaitu generasi X, generasi Y, serta generasi Z. Generasi X adalah golongan yang berumur 50 tahun dan ke atas. Golongan ini hidupnya terkongkong dimana mereka terlalu mengikut adat melayu melalui percakapan orang tua zaman dahulu, contohnya tidak boleh duduk di atas bantal kerana dikhuatiri akan bisul. Generasi Y pula ialah generasi yang banyak bertanya. Golongan bagi generasi Y ini kebiasaannya akan bertanya tentang soalan yang diluar jangkaan. Terdapat banyak persoalan yang bermain di minda mereka. Generasi Z pula merupakan generasi Alpha. Mereka adalah generasi yang pelik dan suka memberi alasan untuk tidak melakukan sesuatu pekerjaan itu. Generasi Z ini tidak duduk di alam realiti tetapi di alam fantasi dimana mereka mengekspresikan emosi mereka 4 bentuk emosi.  Golongan bagi generasi Z ini adalah bermula daripada anak-anak yang pada ketika ini berumur 2 atau 3 tahun. Ini bermakna, kita sedang menerima generasi yang baru, iaitu generasi Z.
     Ketiga, media hiburan. Dari segi mana media hiburan ini menular? Melalui 5S (song, smoke, sport, sex, scene). Melalui song adalah berbentuk konsert, hiburan dan nyanyian. Hiburan seperti ini tidak boleh sehingga melalaikan. Lirikya juga harus membawa maksud yang baik, tidak mengandungi lirik yang mensyirikkan. Melalui bersukan juga mempunyai unsur maksiat dari segi peraturan bersukan. Contohnya, peraturan bagi bermain bola sepak adalah perlu memakai seluar pendek sedangkan lutut adalah aurat bagi lelaki.

Apakah peranan mahasiswa bagi menangani hedonisme?
Pesanan buat perempuan, berhati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut seseorang lelaki. Lelaki adalah golongan yang suka bermanis mulut dengan perempuan dan kelemahan perempuan adalah mudah termakan dengan kata-kata manis tersebut. Aurat perempuan juga harus dipelihara. Allah telah memerintahkan perempuan menutup aurat bagi menjaga mereka. Pandangan mata lelaki adalah tajam dan berbahaya. Oleh sebab itu, telah disebutkan dalam Al-Quran.
Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).

Pesanan bagi lelaki pula, jika tiada niat untuk memiliki, jangan sentuh hati (perempuan) itu. Dan walau berapa ramai pun wanita yang anda kenal, peminat atau teman wanita, ibu tetap nombor satu. Letakkan ibu anda sebagai wanita yang paling utama dalam hidup anda.


Nor Azilah binti Khairuddin
(EXCO MULTIMEDIA DAN DOKUMENTASI)
Nur Farhana binti Amin Azman
(EXCO PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN)

ISNIN - 24 April 2017
Penceramah: Daie Izhar dan PU Yeop


0 ulasan: