Friday 26 May 2017

PERUTUSAN PRESIDEN MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017 SEMPENA RAMADHAN 2017/1438H


 [PERUTUSAN PRESIDEN MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017 SEMPENA RAMADHAN 2017/1438H]

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” (al baqarah: 183)

🔸 Segala pujian-Pujian yang Maha Besar Hanya kepada Allah. Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izinNya pada tahun ini sekali lagi kita dapat dalam umur kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan yang menawarkan pengampunan & rahmat bagi hambaNya yang benar- benar ikhlas melaksanakan ibadah & mengharapkan pahala daripada Allah. Persoalan kebimbangan adakah kita sempat untuk bertandang ke bulan Ramadhan telah terungkap. Alhamdulilah.

🔸Bulan Ramadhan ialah bulan perjuangan. Perjuangan kita melawan nafsu selama sebulan & akhirilah dengan kemenangan yang sebenar. Berjuanglah dengan ambillah peluang untuk mentarbiyah jiwa & rohani kita dengan penuh penghayatan. Penghayatan penyucian jiwa daripada dosa dosa lalu & seterusnya membentuk jiwa yang benar-benar mengharapkan Rahmat & Pengampunan Allah. InsyaaAllah

🔸Manfaatkan masa sepenuhnya untuk membuat lebih banyak peluang-peluang kebaikan & amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah kerana bulan ini menjanjikan Pahala yang limpah banyaknya. Maka ini lah peluang untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala-pahala kebaikan tersebut. Kesempatan Ramadhan ini juga berusahalah memperbaiki diri kita menjadikan insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Rugilah kita jika tidak manfaatkan Ramadhan ini untuk menjadi lebih baik kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadhan seterusnya.

عن أبي هريرة ؛ عن النبي صلى الله عليه وسلم : ((من صام رمضان إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من  ذنبه، ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من ذنبه))  متفق على صحته

Daripada Abu Hurairah ; daripada Nabi Muhammad S.A.W : bersabda :

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman dan mengharap balasan dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa yang solat pada malam Lailatul Qadr dengan iman dan mengharap balasan dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

🔸Bulan Ramadhan ini juga adalah bulan untuk para pendakwah membina semula kekuatan semangat meneruskan perjuangan yang tiada hentinya iaitu menyebarkan kebaikan & Islam. Oleh itu, wahai sahabat-sahabat pendakwah muda sekalian marilah kita menjadikan Bulan Ramadhan peluang untuk kita membina semula keikhlasan hati & kekuatan jiwa bagi meneruskan sunnah besar Nabi Muhammad s.a.w ini.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru menuju Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. [Fussilat : 33].


 "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DARIPADA KAMI MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017"

Tulus Ikhlas,
MOHAMAD ALI ALHASANI BIN AB. RAHMAN,
PRESIDEN,
MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017

0 ulasan: