Thursday 7 December 2017

Kenyataan Media Sahabt YADIM Berkenaan Kedudukan Baitul Maqdis






(Ayuh Anak Muda Bersolidariti menentang Kebiadaban Donald Trump)

PUTRAJAYA – Pertubuhan Sahabat YADIM menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan media rasmi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyeru umat Islam di Malaysia untuk meluahkan sokongan dan bersolidariti bagi menentang pengistiharan Donald Trump yang meletakkan Kedutaan Amerika ke Baitul Maqdis dan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Israel.

1.Kenyataan Trump yang terlalu biadab kerana berani mengeluarkan pengisytiharan tersebut walaupun sudah menerima amaran keras daripada pemimpin-pemimpin dunia terutamanya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Pengisytiharan tersebut juga dianggap sebagai bermulanya pra-perang Antara Islam dan Rejim Zionis di mana akan membangkitkan ummah untuk berjuang dan menentang habis-habisan bagi membebaskan kota suci ketiga itu. Malah dalam amaran Presiden Turki itu, Erdogan melaungkan amaran yang dikira langkah pertama iatu dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel yang baru sahaja terjalin setelah diputuskan 6 tahun lalu.

2.Status Baitul Maqdis atau Jerusalem tidak boleh ditentukan sesuka hati terutama apabila melibatkan mereka yang Yahudi sahaja kerana sudah sedia maklum dari dahulu lagi mereka cuba untuk berkuasa ke atas tempat suci ketiga ini demi melaksanakan agenda besar mereka sehingga melaksanakan ‘penyingkiran’ secara perlahan ke atas umat Islam seperti melarang untuk beribadah di sana.

3. Hakikat hari ini,Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel pada hari ini 86 peratus berada di bawah kawalan Israel dengan 200,000 penduduk Yahudi yang membuka petempatan haram di atas tanah yang diiktiraf dunia sebagai milik Palestin.  140,000 daripada penduduk Palestin yang sah di Baitulmaqdis sebaliknya dikepung secara kejam oleh tembok haram yang dibina Israel sejak 2002 tanpa akses terus kepada bekalan keperluan harian.

4.Dengan itu, atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam yang tidak berada di tempat mereka seharusnya melakukan sesuatu untuk menyatakan bantahan serta kebencian terhadap pengumuman dan tindakan Trump yang akan menggugatkan kestabilan dunia dan mencetuskan Perang Dunia ke-3 antara orang Islam dan Rejim Zionis (Yahudi). Seruan jihad Fisabilillah perlu disemarakkan walaupun dengan doa kerana ia adalah senjata yang tidak pernah tumpul dan lumpuh. Doa senjata umat Islam (Qunut Nazilah)

Muhammad Danial Bin Muhammad Anuar
(Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM)
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM

7 Disember 2017

0 ulasan: