Catatan Inspirasi Sahabat
YADIM
Tajuk : Aku pengejar
Cinta Siapa? Dia yang Maha Besar atau hamba Sang Pencipta?
Peringatan : Jika hati
anda senipis bawang jangan baca ni. Sumpah anda akan menyesal!
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'laikum
Bertemu kita lagi dalam siri
Catatan Inspirasi. Cetusan hati, letusan inspirasi. Moga saya dan kalian semua
mampu terinspirasi dengan kacak bergaya dek kerana iman dan tarbiyah. Pasti
kemanisannya iman dan keindahan tarbiyah ini mampu buat jiwa kita bikin sentiasa
tenang selalu ibarat setenang ketika kita lepak di tepian pantai yang ditiup
angin lembut sepoi-sepoi bahasa membelai pipi yang gebu sambil menikmati jus nanas
dan goreng pisang cheese dibawah pokok kelapa. Fuhhh!
Kedamaian dan kekayaan hati ini tak
mampu didapati dimana-mana mahupun di kedai sebar aneka sekitar Ibu Kota Kuala
Lumpur nun disana ataupun di tepi kedai-kedai runcit sepanjang highway
Utara-Selatan. Ehh ehh. Namun ianya hanya dapat didapati dengan kesungguhan
hati dan usaha diri yang tak kenal putus asa untuk mencari si cantik jelita
Hidayah milik Sang Pencipta semesta Alam.
إِنَّكَ
لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya
engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau
suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)
Ketika memiliki hati yang kaya dengan iman dan tarbiyah maka pasti
dan mesti akan timbulkan rasa syukur kepada Sang Pencipta yang tidak pernah
alpa mencurahkan kasih dan sayang buat hambaNya. Walaupun hambaNya sendiri
selalu melupakanNya dikala senang dan gembira apabila dapat sedikit nikmat. “Ketika
wifi yang share dengan housemates tiba-tiba laju sebab depa balik kampung mula
la hang naik gila meroyan layan movie online tak ingat nak solat tetapi bila
susah gelisah keputusan exam teruk barulah mula nak cari sejadah menyeru nama
Tuhan” Itu baru 1 contoh je.
Allahu. Jadi mari kita mengejar Cinta Ilahi ini tanpa berbelah bagi dengan
sepenuh jiwa kita sepanjang detik hidup ini tidak mengira dikala susah
mahupun senang. Ayuh!
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
“ Maka
igatlah kepada Ku, niscaya Aku akan ingat kepadamu ,Bersyukurlah
kepada Ku ,Dan janganlah kamu ingkar kepada Ku “.
( Qs. Al
Baqarah : 152)
Catatan kali ini saya terdetik hati kecil saya ini untuk berkongsi
dengan kalian tentang isu yang agak kontroversi tapi boleh meningkatkan
Prestasi, insyaAllah iaitu Ukhuwah Vs Ikhtilat, Ehwah ehwahh.
Ramai sangat abam-abam dan hakak-hakak
yang sedang melayani garis masa muda selalu sangat leka dan terlupa dengan
mudah hal ni. Diimbau dengan akal fikiran yang kita ada ni memang nampak ringan
ibarat gula-gula kapas je yang boleh ditiup angin. Fuhh. Tapi, jangan rasa
selamat dulu. Itu ringan hanya dipandangan akal fikiran . Ingat! Pandangan akal fikiran semata-mata
kadang kala keliru!
Jom kita faham dan hadam dengan
mata hati dengan kefahaman al-Quran dan Hadis pasti kita akan terasa seperti
sedang menghiris bawang sambil menitis air mata kerana sedih seperti
ketika sedang layan cerita 7 Hari mencintaimu di babak kematian Buntat ditikam
ketika menyelamatkan Mia. Sedih kan. Huwawaaa. Huahua
Hello, hello adakah anda masih
bersama saya. Ingatkan anda lari masuk bilik cari tisu tak menahan kesedihan.
Huhu. Simpan air mata tu untuk bersedih dengan terus baca nukilan saya ni.
Banyak lagi babak sedih. Sabar! Sabar! Hahaha
Sahabat semua yang dikasihi, apa
maksud Ukhuwah sebenarnya Dan apa maksud ikhtilat? Kita boleh buat kecoh
dalam ni sampai satu kampung berhimpun tapi tak tahu apa benda ukhuwah dan
ikhtilat ni. Apakah apakah. Huhu
Sahabat, saya ambik satu ayat Quran
nak jelaskan kat hangpa tentang ukhuwah ni yang berbunyi :
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya
bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu
itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat: 10)
Dan apa maksud ikhtilat pula?
Ulama Fiqh mendefinisikan ikhtilat sebagai satu
keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di
suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku
mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia
melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai khalwat.Ikhtilat
boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.
Dah jelas dah sejelas spotlight
apa itu ukhuwah dan ikhtilat?
Jom kita bincang secara profesional
dan matang tentang isu ni. Mengapa saya kata perlu profesional dan matang? sebab kita sedang bicarakan dripda sudut seorang dai' . Orang yang mengaku
pendakwah. Seorang Daie perlu sentiasa di
aras berfikiran profesional dan matang. Tiada masa layan perkara picisan semata
yang boleh menghalang daripda melakukan sunnah besar ini. Dakwah!
Jom kita bincang satu persatu
bagaimana seorang daie ketika berhadapan dengan Isu ukhuwah dan ikhtilat ni ;
1. Ketika perlu berjumpa atau berhubung sesama bukan mahram untuk
sesuatu urusan.
Bila mana terjadi perkara begini mungkin kita tak boleh elakkan
untuk berhadapan dan berbual. Tapi tidak menjadi satu kesalahan pun berjumpa
dan berbual. Namun yang jadi salah ialah kita tak pandai nak jaga diri daripada
Fitnah! Fitnah dripda pandangan dan tanggapan orang. Zaman sekarang dah maju!
Fitnah juga boleh jadi dalam macam-macam laman sosial seperti whatsapp,
Facebook, intagram, wechat, twitter dan banyak lagi yang saya tak sebut.
Saya sebut ni sebab saya Install yang ni je. Hihahiha. Apa yang kita taip dan update
status boleh jadi fitnah bila-bila masa sahaja bila kita tak bijak guna
ayat daripada fitnah orang yang baca dan lihat. Kemon lah gais! Bijak elakkan
fitnah.
Bila berjumpa pula apa salahnya ajak beberapa orang kawan-kawan
lain datang berbincang sama-sama dan jumpa ditempat yang terbuka. Dekat padang
ke, sebagai contohnya. Ekk. Hua hua. Tak kisah lah dimana yang penting tak boleh timbul sedikit pun
fitnah. Ingat! bila jadi fitnah akan hilang kepercayaan orang kepada anda
sebagai pendakwah!
أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنْصَحُ لَكُمْ
وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Artinya: “"Aku sampaikan kepadamu
amanat-amanah Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari
Allah apa yang tidak kamu ketahui.” Al A’raf:62.
2. Pandangan-pandaangan tajam!
Lelaki tidak pandai jaga pandangan tajam anda. Grrr degusan marah
si wanita. Eh eh jap. Ni yang hangpa salah faham ni, memang jaga pandangan tu
selalunya di mention pada lelaki je. Tapi ingat wanita pun selalu je buat dosa
ni tanpa sedar! Wuu wuu wuu. Kalau tidak, tak jadilah ada seorang gadis yang
meroyan jumpa lelaki korea sampai tahap sanggup peluk lelaki korea tu. (Konon
lah hensem grr). Semoga dia dah dapat hidayah lah kan. Amen. Nah! tu satu je
contoh. Bagaimana wanita-wanita yang lain yang tak habis-habis layan cerita
korea dan k-pop sebab asyik layan tengok laki-laki korea hensem putih gebu(eleh
ingat laki melayu tak cukup hensem ke grr) huhahua
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ
أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ
خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Artinya:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
(An-Nur: 30
Ingat dengan mata yang dosa kecil
je boleh jadi dosa yang besar bila-bila masa. Pakcik syaitan dimana-mana bersedia
mengoda kita. Ingat!
3. Bila kita nak wujudkan ukhuwah dengan sahabat-sahabat bukan sama
jantina.
Jangan sesekali wujudkan ukhwah ibarat kulit popia yang digoreng,
rapuh! rapuh!. Bila-bila masa je boleh jatuh pecah. Bila ayat-ayat si lelaki
manis belaka jangan ingat semua perempuan tak akan cair seperti batu dijemur
bawah matahari terik. Ingat wanita biasanya hati mereka lembut. Selembut awam
putih. Walaupun mgkin tak semua. Mungkin lah kan? (Haha lariii). Point nya
ialah guna ayat yang matang dan profesional bila berbicara dgn bukan jantina.
Jangan sampai ayat-ayat anda boleh jadi harapan palsu pulak!
kadang kala anda berbual-bual dalam
whatsapp misalnya dan anda tahu sudah masuk melarut sembang perkara-perkara
yang tak perlu. Anda tak perlu terlampau layan sampai tengah malam. Huhu
4. Seorang Pendakwah perlu sentiasa matang dan rasional dalam menghadapi ujian perasaan. Jangan sekali guna emosi dan perasaan anda yang rapuh tu untuk
bertindak sesuka hati!
Gais! Perasaan suka tu memang tak diundang
dan boleh datang
bila-bila masa sahaja terbang masuk kedalam hati awak. Tapi ingat adakah
perasaan tu perasaan yang kerana Allah? Ataupun hanya perasaan suka sebab dia
comel gebu putih melepak? Muhasabah balik gais!
Dalam organisasi pimpinan misalnya yang bercampur wanita dan
lelaki kadang-kadang perkara ini tidak boleh dielak. Tambahan pula matlamat dan
tujuan organisasi adalah sama. Maka mudah untuk berputik perasaan si mat bunga.
Wuu bestnyaa. "Kita dalam persatuan dakwah apa salahnya kita bersatu
nanti kita boleh bina keluarga muslim bahagia" amboiii berangannnn!!
Kejap, jangan seronok dulu!
Sebenarnya tak salah pun nak suka sama suka tapi yang salahnya kita tak pandai
menjadi matang dan profesional untuk mengurus perasaan tu. Akhirnya yang jadi
masa fitnah adalah persatuan dakwah itu. Habis kebabom. Apakah apakah apakah!
Sometime.. bila mana datang masalah
berkaitan perasaan itu. Ketika orang yang hang suka tak suka hang mula lah nak meroyan sehingga
memberi kesan kepada komitmen dalam organisasi dakwah. Allahu. Mana akhlak
sebagai pendakwah! Habis rosak!
Sahabat-sahabat hingga ke syurga sekalian. Kita adalah anak muda
yang menjadi harapan setiap generasi zaman berzaman. Hancur lebur sesebuah
agama dan negara adalah disebabkan kita anak muda! Marilah kita sama-sama
pegang erat berganding jiwa dan raga membina ummat yang berjiwa dan
beridealisme Islamiyyah yang kukuh dan padu melangkah mengapai kejayaan ummat
yang kian hilang sejak ratusan tahun dahulu. Ayuh! Tajdid niat dan perbaiki
langkah mencipta inspirasi bersama. InsyaaAllah. Ayuh!
Penulis : Lajnah Penyelidikan Dan Pembangunan, MPKSY 2016/2017
COMING SOON EVENT!
SEMINAR TRANSFORMASI PERMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
ANJURAN BERSAMA SAHABAT YADIM IKSIM
TARIKH : 4 MAC 2017 (SABTU)
MASA ; 8.00AM-5.00 PM
TEMPAT : AUDITORIUM SERI NEGERI, AYER KEROH MELAKA
DAFTAR DI UNIVERSITI ANDA SEKARANG!
PERNYERTAAN ADALA TERHAD!
SEBARANG PERTANYAAAN :
019-5630446 (SAIFUL NIZAM )
017-4129440 (SYAHIDATU NAJJAH)