SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

Thursday, 7 June 2018



















SHARE NOTES !!! 📣

Assalamualaikum☺

Program Wacana Ilmiah 3.0, yg telah berlangsung di Auditoriun Inos UMT pada 13/4/2018 baru² ini merupakan, 

Ahli Panel :
EFFI AIZAT & FARAH FAKHIRA

Tajuk : 
HALALKAH CINTA AKU

Antara perkongsiannya adalah 🤗:

Pertama🧐 :
Bagaimana cara untuk berhubung dengan Allah

1) Senantiasa dekatkan diri dengan Allah
2) Solat lima waktu jngn tinggal
3) Perbanyakkan mengaji Al-Quran
4) Sentiasa melakukan solat istikarah disaat kitaa buntu dan pintalah petunjuk dari-Nya
5) Sentiasa mencari masa utk solat berjemaah  
6) Banyakan belajar daripada kesilapan orang lain
7) Tutup pintu maksiat awal-awal kerna sekarang adalah zaman fitnah

Kedua🧐 :
Cinta Dalam Diam

1) Mesti mempunyai ilmu 
2) Jangan sesekali buka pintu maksiat , banyakkan buat solat taubat 
3) Yang bagi cinta adalah Allah , mungkin Allah akan uji balik dengan tarik balik perasaan orang itu dekat kita. Kita mestilah letak setinggi2 keyakinan kepada Allah

Ketiga 🧐:
Tips untuk Wanita High Class

1) Jangan sesekali ada masalah hati , once awk dah buka pintu hati dan pintu maksiat Allah akan gelapkan pintu hati dan sukar ilmu diserap
2) Allah datangkan ujian yang sama kerana Allah masih sayangkan kita
3) Apa yang kita buat sekarang , effectnya kemudian hari

Keempat 🧐:
Tips untuk Muslimah🧕🏻Masuk Syurga

1) Jaga solat ,puasa ,jaga aurat serta taat pada suami 

Kesimpulannya, moga apa yang dikongsikan, sama2 kita jadikan iktibar dan pedoman dlm hidup bagi menjadi muslim yg lebih baik. In shaa Allah😊

Disediakan oleh,
Pihak RND UMT sesi 17/18

#WacanaIlmiah3.0
#SahabatYadim
#RNDUMT17/18
#sampaikandarikuwalausatuayat

NIAT DAN KEPENTINGAN DAKWAH

            Islam adalah al-Din al-Samawi yang terakhir muncul selepas agama-agama lain yang sebelumnya. Agama Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bersifat universal dan syumul sesuai pada setiap tempat dan zaman. Allah s.w.t telah menurunkan agama kebenaran iaitu Islam kepada Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat Islam dan menyempurnakan segala risalah yang telah disampaikan, seperti dalam firman Alah s.w.t yang bermaksud “ Wahai Rasul Allah, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. (Surah al-Maidah 5 : 67)

            Niat dalam diri seorang pendakwah itu sangat penting kerana perintah ini bukan semata-mata untuk meneruskan kewujudan dan kemakmuran agama Islam tetapi adalah lebih kepada konsep ibadat iaitu taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Bagi mereka yang mentaati dan melaksanakan perintah ini, Allah telah menjanjikan ganjaran yang tinggi nilainya.

            Kesimpulannya, menurut al-Maududi (1982 : 11-12), perasaan kehambaan kepada Allah s.w.t dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya perlu dijadikan sebagai titik tolak ataupun objektif utama bagi kegiatan dakwah kerana perkara yang paling indah dan mulia disisi Allah adalah mentaati perintah Allah dengan penuh kerelaan dan keikhlasan dengan mewujudkan perasaan kehambaan yang mutlak (Mohd Amin 2007 : 12).


 Kepentingan dakwah antaranya adalah bertujuan mengajak manusia menuju kepada kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup dengan cara menghindarkan diri dari kekufuran dan mendekatkan diri kepada keimanan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaaNya, (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Surah al- Maidah 5 : 16)

            Apabila dilihat dari sudut masyarakat Malaysia yang mempunyai berbilang agama dan kaum, tujuan dakwah ini amat penting untuk menjana kepada keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Umat Islam diperintah supaya sentiasa berlaku baik dan toleransi terhadap golongan yang tidak sealiran dan tidak seagama. Rasulullah s.a.w sendiri telah melaksanakan perintah ini dengan sentiasa berbaik-baik dengan Ahli Kitab dengan cara berziarah, bersedekah serta mengamalkan sikap memberi dan menerima (Al- Qaradawi 1985 : 48).

            Tetapi perlu diingat toleransi Islam tidak boleh dianggap sebagai toleransi dalam akidah dan syariah. Islam juga tidak memberi ruang kepada sebarang bentuk toleransi keagamaan dan kepercayaan dengan ajaran Islam, hanya sekadar dalam hubungan kemanusiaan semata-mata (Mohd Amin 2007 : 25).

            Untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan umat manusia, para ulama’ dan pendakwah perlu menanamkan nilai-nilai murni dalam diri umat Islam supaya menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat bukan Islam yang lainnya. Dengan sikap berbaik-baik antara satu sama lain, secara tidak langsung akan memberi nama baik kepada Islam sebagai agama pembawa rahmat dan mampu memimpin manusia kearah kebaikan, kebenaran, keadilan dan kesejahtera.

Kejatuhan Turki Uthmaniyah: Berakhirnya Kegemilangan Khilafah Islam

Tulisan : Muhammad Danial

Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni.

Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah hasil dari kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah  membawa kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan.

 Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika.

Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Antara faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan.

1.Faktor politik

Perkara utama yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.

Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan(pemimpin), baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah.

 Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun.

Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

2.Ekonomi

Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan.

Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara.

 Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Perdagangan yang lemah menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan.

Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.

Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.

3.Sosial

Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan gejala rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah.

 Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata.

 Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi.

 Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba.

Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut.

Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar.

Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.

 4.Pengaruh Luar

Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku.

 Gerakan-gerakan renaissance  melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.

Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah.

Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah.

Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Kesan Terhadap Negara-Negara Islam

Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negara-negara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai negara republik.

Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.

Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam politik negara Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik negara Islam.

 Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam sistem politik Turki.

Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di negara-negara Islam.

Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah.

 Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, Herzegovina dan di tempat-tempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam.

Hal ini dibuktikan lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada negara-negara Islam yang lain.

Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam.

Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham.

 Selain itu, penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.

Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain.

Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam.

Penutup

Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah.

 Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik.

Di samping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang mementingkan hiburan dan keseronakkan.

 Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang.

Rujukan

Fadhlullah Jamil, 2007, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakkkan, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd.

Hamka, 1977, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara.

Marshall G.S Hodgson, 2004, Kebangkitan Islam, Gambaran & Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Sebuk Letupan dan Zaman Moden, Jilid III, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sunday, 29 April 2018

[5 Adab Berkempen Pilihanraya Mengikut Panduan Surah Al-Hujurat]


Prinsip  1
Selidiklah berita dahulu sebelum menyebarkannya
(TABAYYUN)
Hari ini pelbagai maklumat boleh dikongsi di dalam laman media sosial dengan mudah.
Sebelum kita sebar dan kongsikan sesuatu maklumat
TABBAYUN
Selidiklah sesuatu maklumat yang diperolehi berdasarkan sumber yang digunakan dan konten fakta yang dikemukakan.
Ini bertepatan dengan saranan Alquran dalam surah al hujurat ayat yang ke 6 ;
"Wahai orang-orang yang beriman,Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidiklah(untuk kamu menentukan kebenarannya)".

Prinsip 2
Jangan mencemuh & merendah-rendahkan
(LA YASKHOR)
Bersempena pilihanraya ini,setiap individu yang menjadi calon dan setiap parti yang bakal bertanding mempunyai kekuatan dan persiapan yang tersendiri.
Berkempen dan bersainglah secara sihat dengan mengemukakan manifestasi secara aman,sejahtera dan matang.
Hal ini diunjurkan Alquran dalam surah Al-Hujurat ayat 11 ;
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain,boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada puak yang lain".

Prinsip 3
Jangan Memanggil Atau Mengaibkan Antara Satu Sama Lain Dengan Gelaran Yang Buruk
(LA TALMIZU WA LA TANABAZU)
Salah satu kelakuan yang tidak diredhai oleh Allah SWT adalah
"Mengaibkan orang lain dan memanggilnya dengan gelaran yang buruk"
Justeru,hindarilah daripada kelakuan ini sepanjang berkempen pilihanraya supaya Allah redha dan pelihara segala urusan yang kita kerjakan.
Ini adalah sambungan dari Prinsip ke 2 dalam petikan  surah al hujurat ayat 11 juga;
"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggilnya antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat(dari perbuatan fasiknya)maka merekalah orang-orang yang zalim."

Prinsip 4
Janganlah mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain
(LA TAJASSASU WA LA YAGHTOB)
Lumrah manusia hari ini adalah bercerita dan berkongsikan sesuatu perkara dan maklumat dengan orang lain.
Yang menjadi kesalahan adalah bercerita dan berkongsikan tentang keburukan orang lain yang disandarkan hanya pada syak wasangka yang belum tentu lagi benar.
Hal ini telah di amaran secara keras oleh Allah swt dalam surah al hujurat ayat ke 12 ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan kamu dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani".

Prinsip 5
Jaga persaudaraan antara satu sama lain
(ASLIH BAYNA AKHUWAIYKUM)
Saranan yang terbaik bersempen pilihanraya ini adalah jagalah persaudaraan antara satu sama lain walau sekalipun berbeza pandangan dan berbeza penerimaan sudut pandang dalam kaca mata politik.
Setiap individu ada hak kebebasan untuk memilih,menyokong atau berkempen untuk mana-mana wadah yang di sukai.
Hal ini telah diseru Alquran dalam surah al hujurat ayat yang ke 10 ;
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah yang bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah)itu ; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.



Muhammad Danial Bin Muhammad Anuar,
Presiden
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM
13 Rejab 1439

Kalam Presiden :
Bismillahhirohmanirrohim .. Bersempena kemunculan pilihan raya umumke 14(PRU 14) yang bakal menjelang tiba,

Saya menyeru semua ahli dan semua saf pimpinan Sahabat YADIM yang berumur 21 tahun ke atas yang telah sahlayak untuk mengundi, lunaskan tnggungjawab anda turun mengundi bagi PRU 14 ini.

Anda mempunyai hak kebebasan untuk mengundi sesiapapun dan akhirnya pilihan yang anda tentukan menatijahkan pembelaan kepadaa nasib agama, bangsa dan negara kita ke arah kebaikan yang aman makmur dan sejahtera secara berterusan.

Ayuh turun mengundi Pilihan Raya Umum ke 14 ini dengan niat dan iltizam memastikan negara kita digagaskan dengan kecaknaan anak muda terhadap isu semasa dan pembangunan negara yang harmoni di masa hadapan.

Muhammad Dania Bin Muhammad Anuar
Presiden
Majlis Pimpinan Kebangsaan
Sahabat YADIM  

Tuesday, 24 April 2018

[Sharenote Wacana Ilmiah: What Israel Wants?]

Intipati Wacana

Oleh : En Muhammad Zulfikar Azlan b Mohd Shariff (Pengurus Aman Palestin Berhad Cawangan Melaka)

     Palestin merupakan tanah milik seluruh umat Islam. Tanggal 29 dan 30 Ogos 1897 adalah tarikh terbentuknya Negara Yahudi. Filem SULTAN ABDUL HAMID menceritakan saat-saat akhir Khalifah Uthmaniah sebelum kehilangan tampuk pemerintahan dan Filem SULTAN SULAIMAN, menceritakan tentang agenda-agenda Yahudi untuk jatuhkan Islam. Jika diperhatikan peta bumi Syiah sama dengan peta zionis . Ini menunjukan jelas adanya kesepakatan antara dua puak ini. Di tanah melayu, sekitar Februari 1915 - Ramai askar Melayu Islam ditembak mati kerana menyokong sahutan daripada Khilafah Usmaniah pada ketika itu. Sir Henry Gurney antara penjajah tanah melayu, juga dalang zionis pertama yang terlibat menghancurkan Palestin dan mewujudkan negara Israel. Titik hitam bagi negara palestin bermula pada 15 Mei 1948

          Palestin merupakan jantung bagi negara-negara Islam, maka umat islam perlu  mengutamakan dan menyelamatkan negara ini agar yang lainnya akan selamat (ibarat jantung sebuah jasad, sekiranya jantung rosak apa akan jadi pada jasad?). Di dalam surah Isra' ayat 1 ia jelas membuktikan Allah SWT memberkati Masjid Aqsa. Di Masjid Aqsa juga, Rasulullah SAW menjadi imam untuk para Rasul dan Anbiya' ketika peristiwa israk mikraj. Kemuliaan negara palestin juga terserlah dengan kelahiran Imam As-Syafie di gaza.

          Antara skuad ketenteraan yang mengawal kesejahteraan di Palestin adalah Bridged al-Qassam. Syarat untuk menjadi anggota tentera Bridged al-Qassam ialah subuh berjemaah 6 bulan berturut-turut , hafal 30 juzuk dan 40 hadis sohih bukhari dan muslim , serta mepunyai pendidikan ijazah (siangnya mereka orang yang berkerjaya, malamnya mereka bersama-sama mempertahankan tanah air mereka)

Ramai yang membicarakan tentang bagaimana dan apakah umat islam yang lemah seperti kita mampu lakukan ? Berikut merupakan antara panduan pertolongan atau sumbangan  yang boleh disalurkan umat islam sebagai tanda keprihatinan terhadap Palestin :
🌸Tingkatkan iman dan amal , bersatu dan elakkan gaduh tentang perkara remeh dan salurkan bantuan dan doa
🌸 Berusaha memboikot coca cola , nestle , starbucks dan mcd (walaupun mereka ada sijil halal seperti yang dikatakan, tetapi mereka menyumbang kepada Yahudi. Kalau Yahudi mampu mengubah sejarah dunia, inikan pula perkara yang remeh temeh )
🌸Tontonlah movie 5 BROKEN CAMERAS yang memaparkan kisah benar yang berlaku di Palestin
🌸Jangan terlalu sibuk berbahas tentang ilmu tapi amal kita ke laut , kena seimbangkan keduanya


Sumber : Exco Penyelidikan & Pembangunan
Sahabat YADIM Kolej Universiti Islam Melaka
[Sharenotes Wacana Ilmiah]

" ANCAMAN KEDAULATAN UMAT ISLAM (LGBT) "


[LGBT : Ancaman Kedaulatan Umat Islam Akhir Zaman]

Intipati Wacana Ilmiah

Muqaddimah
        LGBT merupakan sebuah penyakit berkaitun naluri manusia yang melanda umat islam iaitu singkatan kepada Lesbian,Gay,Biseksual dan Transgender. Kini, dianggarkan lebih 100,000 lelaki di Malaysia  terlibat dengan LGBT. Lebih serius , statistik menunjukkan kadar jangkitan HIV kepada golongan LGBT di Malaysia adalah 65%. 

        Terdapat 2 jenis ancaman LGBT. Yang pertama adalah ancaman fizikal yang mana ianya jelas, boleh dilihat dan kita masih lagi boleh mengelak serta-merta daripada ancaman ini. Ancaman yang kedua adalah ancaman ideologi , iaitu golongan ini melakukan penyebaran ideologi dan ia mengambil masa yang lama untuk meyakinkan, menarik minat, mempengaruhi pemikiran(generasi ke generasi).

       Mereka berpegang teguh dengan ideologi " Segala apa yang dibuat oleh manusia adalah halal melainkan menggangu orang lain". Perkara ini jelas bercanggah dengan garis panduan asas pemikiran islam yang sebenar yang mana mereka hanya mementingkan kebesasan hak asasi manusia serta hanya menggunakan logik sebagai panduan kepada benak pemikiran. Firman Allah yang berbunyi "
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ١٠٤"
Maksud: Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya. (Surah Ali ‘Imran, 3:104)

        Pengaruh LBGT ini dapat dikenalpasti daripada beberapa punca iaitu mereka kurang mendapat perhatian daripada keluarga, pengamatan Iman yang lemah, tidak percaya kepada ketetapan Allah serta pergaulan dengan orang yang terlibat dengan LGBT. Sesetengah daripada mereka tidak pernah disentuh sehingga sangat mudah terangsang apabila bergaul bersama golongan tersebut . Penularan wabak LGBT ini juga disokong atas faktor luaran iaitu dasar pengaruh kapitalis daripada negara-negara barat

        Sehingga kini , pengaruh LGBT telah meluas  sehingga mencapai ke tahap tinggi yang mana telah ada para pemimpin negara itu sendiri turut terlibat dengan LGBT. Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara juga tidak terlepas, mereka menunaikan solat secara bercampur jantina, tidak menutup aurat dengan sempurna, dan membolehkan golongan LGBT beragama Islam berkahwin dengan berlainan agama. Rakyat negara luar juga datang ke Malaysia untuk menyebarkan fahaman LGBT, mereka menerbitkan dan mempromosikan buku berkaitan LGBT dan kini sudah terjual dipasaran negara Malaysia. Mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa GAY dalam program (Pelangi Campaign) pada bulan puasa 2017. Mereka juga mengeluarkan kenyataan bahawa "Umat Islam di Malaysia seharusnya lebih terbuka dan mencontohi pendekatan dibuat di London yang menerim LGBT dengan baik.

         Justeru, apakah solusi atau inisiatif yang harus diambil oleh umat islam di Malaysia bagi menagani masalah ini ? , 
1)Mereka seharusnya dibimbing supaya mereka dapat menjalani kehidupan mengikut sunnatullah iaitu kearah kehidupan yang sejahtera
2)Memperbetulkan Niat dan kesungguhan dari yang ingin berubah itu penting

        Islam mengajar kita untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Oleh itu,cegahlah ia selagi mana kita mampu

        Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud : Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.



Sumber : Exco Penyelidikan & Pembangyban SahabatYADIM Universiti Tun Hussien Onn Malaysia