Wednesday, 12 April 2017

IBRAH WAHYU : RAHSIA DI SEBALIK SURAH AL MULK






IBRAH WAHYU : RAHSIA DI SEBALIK SURAH AL MULK
23 MAC 2017
AUDITORIUM MAHYUDIN, PPPPM UMT

Oleh Ust Syaari Bin Abdul Rahman
Penyampai Segmen "IBRAH" di Radio IKIM.FM

1. Surah ini terletak sebelum surah al Qalam dan selepas surah At Tahrim.

2. Surah ini diturunkan ketika Rasulullah SAW sudah hampir untuk berhijrah.

3. Surah ini diturunkan setelah lebih separuh al Quran diturunkan. Namun ketika itu masih tidak ada seorang pun dari kaum Quraisy yg beriman.

4. Surah ini adalah surah yang mendapat kedudukan yg isitmewa di sisi Rasulullah SAW kerana surah ini adalah satu-satunya surah yg paling banyak hadis sahih.

5. Dari Jabir bin Abdullah, "Rasulullah tidak akan tidur sehingga beliau membaca Surah As Sajdah dan Surah Al Mulk".

6.  Surah ini akan memberi syafaat di mahsyar.

7. Surah ini akan membela, berucap, membantu ketika hisab.

8. Surah ini boleh membantu mencegah dari azab.

9. Dalam surah ini, kita akan jumpa perkataan akal.

Surah Al-Mulk, ayat 10:
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

10.  Akal diberikan Allah kepada manusia sahaja tidak termasuk makhluk lain.

11. Perkataan Ar Rahman diulang sebanyak 4 kali.

12. Cuba kita tengok bintang-bintang di langit ketika malam hari. Kalau kita seorang beriman, pasti kita akan cakap "indahnya cahaya bintang yg menerangi kegelapan pada malam ini". Namun ada juga yang ingin ceroboh langit iaitu jin dan syaitan.

Surah Al-Mulk, ayat 5:
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

13.  Dlm surah ini, kita akan lihat bahawa Allah akan balas perbuatan org yg beriman.

Surah Al-Mulk, ayat 12:
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

14.  Surah ini mendefinisikan tentang kerajaan Allah.

15.  Allah memberitahu tentang segala sesuatu yg berada dlm genggaman.

Surah Al-Mulk, ayat 1:
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

16.  Kita dihidupkan utk diuji siapa yg amalannya paling bagus.

Surah Al-Mulk, ayat 2:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

17.  Bukti kekuasaan Allah di langit

Ayat 3-5

Ibnu Abbas RA mentafsirkan ayat 1 bahawa pada kekuasaan Allah
-          Memberi atau menahan rezeki
-          Menyihatkan atau memberi sakit
-          memberi kekayaan atau kemiskinan
-          memberi kekuasaan atau menarik kekuasaan

18.  Ayat 3 mengajar kita utk melihat langit mencari kekuasaan Allah.

19.  Apabila Allah sebut tujuk tingkat langit, jangan ckp ia tiada disebabkan kita tidak nampak. Cuba kita renungkan analogi angin. Kita tak nampak angin. Tapi kita rasa ada angin kan. Kalau takde angin, bagaimana orang boleh cipta kipas yang ada kaitan dengan angin.

20. Para sahabat akan menangis ketika membaca ayat-ayat dari surah ini yang berkaitan dengan neraka berulang-ulang kali.

21. Ajarlah anak-anak kita untuk hafal ayat 12 dan 13 dari surah ini supaya mereka takut untuk melakukan dosa ketika ketiadaan ibubapa atau ketika duduk keseorangan di rumah.

22.  Ayat 19 pasal burung. Ayat-ayat sebelumnya mengenai azab. Apa kaitan azab dengan burung?

23. Kaitkan dengan kisah tentera bergajah yg dipimpin Raja Abrahah yg ingin memusnahkan Kaabah. Ketika itu Allah menghantar sekumpulan burung ababil yg membawa batu-batu untuk menyerang tentera-tentera tersebut.

24. Analogi lain adalah azab ini seperti burung. Burung terbang dengan mengipas sayapnya tetapi yang mengapungkan burung adalah Allah. Burung ini bila-bila boleh jatuh ke bawah. Begitu juga dengan azab. Bila-bila saja Allah boleh menurunkan azab.

25. Kita ada dua pilihan, sama ada nak jalan yg benar atau sebaliknya. Kalau kita pilih jalan yang benar, maka kita mesti akan sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara.

Surah Al-Mulk, ayat 22:
أَفَمَن يَمْشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِ أَهْدَىٰ أَمَّن يَمْشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

26.  Surah ini berakhir dengan 6 perkataan 'kul'.

27.  Apabila kita meninggal satu hari nanti, pasti anak cucu cicik kita akan meneruskan generasi kita. Dan semua orang di muka bumi akan dihimpunkan di padang Mahsyar kelak.

Surah Al-Mulk, ayat 24:
قُلْ هُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".

28.  Penghujung surah ini ada menyebut mengenai air.


29.  Apa kaitan air dengan kerajaan yang disebut di awal surah? Contohnya air hujan yang diturunkan adalah dari kerajaan Allah.

0 ulasan: