SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

Saturday 18 February 2017

RUU AKTA 355 : DAULAT ISLAM AGAMA NEGARA


RUU AKTA 355 : DAULAT ISLAM AGAMA NEGARA
=======================
بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Nukilan ini adalah pandangan saya daripada perspektif sebagai seorang mahasiswa dan belia Islam. 

Ada apa dengan RUU 355 sebenarnya? 

Islam merupakan nakhoda bagi negara yang menjadi Islam sebagai agama Rasmi. Pengistiharan ini sudah lama diungkap dan dijunjung generasi demi generasi oleh bangsa Malaysia yang cintakan Islam. Namun, adakah Islam telah diletakkan sebagai panduan yang paling tertinggi? Masih belum sampai ke tahap itu!

Jika kita mengimbau kembali 1000 tahun yang lalu sejak zaman pemerintahan insan agung Rasulullah S.A.W sehingga zaman berzaman diteruskan oleh para sahabat dan khalifah Islamiyyah yang memdaulatkan Islam dengan  penuh dengan nilai dan penghayatan.

Pelaksanaan Islam dalam setiap aspek telah mewujudkan masyarakat yang penuh hormani ketika itu. Ini membuktikan kesempurnaan Syariat Islam tidak ada tolak bandingnya. Kesempurnaan syariat Islam ini adalah unik sehingga sentiasa sesuai diamalkan disetiap zaman beradaban manusia

Sehinggalah pada tahun 1924 bermulanya Pemerintahan Islam dijatuhkan. Maka tiada lagi Khalifah ketika itu yang menjadi tempat bergantungan perjuangan masyarakat Islam.

Sejarah membuktikan Syariat Islam sebagai kekuatan kesatuan masyarakat Islam.

Yang menjadi persoalan adakah kita generasi belia ini menjadi pendokong kepada perjuangan ini?

Mengapa kita? Mengapa belia?

Kerana kita lah anak muda yang merupakan tunjang kekuatan jatuh dan bangunnya kegemilangan sesebuah bangsa dan negara. Kita lah generasi yang merupakan kekuatan yang hilang dalam sejak ratusan tahun dahulu. Kita generasi yang merupakan harapan setiap tamadun kegemilangan ummat.

Mengapa Syariah perlu diperkasakan?

Jatuhnya umat Islam adalah kerana hilangnya semangat dan kesatuan ummat bagi terus tekad dalam memperjuangkan kedaulatan Syariah Islamiyyah ini. Hilangnya kedaulatan syariat Islam maka akan melahirlah generasi yang lemah dan mudah terpengaruh dengan anasir yang merosakkan bangsa dan negara.

Oleh itu, saya menyeru kepada Belia dan Mahasiswa ayuh kita mengikut langkah para pendokong syariah Islamiyyah dengan berusaha bersama sama mengangkat hukum Allah (Syariat Allah) dengan menyokong RUU355 ini kerana:-

1. Bidang kuasa mahkamah syariah hanya sedikit dikuatkuasakan
2. Orang Islam terlibat dengan banyak jenayah yang berluasa
3. Kuasa makhamah syariah lebih rendah dari mahkamah rendah civil
4. Syariat Islam boleh menghidupkan hati manusia dengan Islam

SAUDARA ALI ALHASANI BIN AB RAHMAN
PRESIDEN,
MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN,
SAHABAT YADIM 2016/2017

#SampaikanDarikuWalauSatuAyat
#SahabatYADIMCakna
#GenerasiBeridealismeIslamiyyah
#MajlisPresiden
#MPKSY

Thursday 16 February 2017

Aku pengejar Cinta Siapa? Dia yang Maha Besar atau hamba Sang Pencipta? Peringatan : Jika hati anda senipis bawang jangan baca ni. Sumpah anda akan menyesal!







Catatan Inspirasi Sahabat YADIM

Tajuk : Aku pengejar Cinta Siapa? Dia yang Maha Besar atau hamba Sang Pencipta?
Peringatan : Jika hati anda senipis bawang jangan baca ni. Sumpah anda akan menyesal! 

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum

Bertemu kita lagi dalam siri Catatan Inspirasi. Cetusan hati, letusan inspirasi. Moga saya dan kalian semua mampu terinspirasi dengan kacak bergaya dek kerana iman dan tarbiyah. Pasti kemanisannya iman dan keindahan tarbiyah ini mampu buat jiwa kita bikin sentiasa tenang selalu ibarat setenang ketika kita lepak di tepian pantai yang ditiup angin lembut sepoi-sepoi bahasa membelai pipi yang gebu sambil menikmati jus nanas dan goreng pisang cheese dibawah pokok kelapa. Fuhhh!
Kedamaian dan kekayaan hati ini tak mampu didapati dimana-mana mahupun di kedai sebar aneka sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur nun disana ataupun di tepi kedai-kedai runcit sepanjang highway Utara-Selatan. Ehh ehh. Namun ianya hanya dapat didapati dengan kesungguhan hati dan usaha diri yang tak kenal putus asa untuk mencari si cantik jelita Hidayah milik Sang Pencipta semesta Alam.

إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)

Ketika memiliki hati yang kaya dengan iman dan tarbiyah maka pasti dan mesti akan timbulkan rasa syukur kepada Sang Pencipta yang tidak pernah alpa mencurahkan kasih dan sayang buat hambaNya. Walaupun hambaNya sendiri selalu melupakanNya dikala senang dan gembira apabila dapat sedikit nikmat. “Ketika wifi yang share dengan housemates tiba-tiba laju sebab depa balik kampung mula la hang naik gila meroyan layan movie online tak ingat nak solat tetapi bila susah gelisah keputusan exam teruk barulah mula nak cari sejadah menyeru nama Tuhan” Itu baru 1 contoh je. Allahu. Jadi mari kita mengejar Cinta Ilahi ini tanpa berbelah bagi dengan sepenuh jiwa kita sepanjang detik hidup ini tidak mengira dikala susah  mahupun senang. Ayuh!


فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

“ Maka igatlah kepada Ku, niscaya Aku akan ingat kepadamu ,Bersyukurlah kepada    Ku  ,Dan janganlah kamu  ingkar kepada Ku “.
 ( Qs. Al Baqarah : 152)

Catatan kali ini saya terdetik hati kecil saya ini untuk berkongsi dengan kalian tentang isu yang agak kontroversi tapi boleh meningkatkan Prestasi, insyaAllah iaitu Ukhuwah Vs Ikhtilat, Ehwah ehwahh.

Ramai sangat abam-abam dan hakak-hakak yang sedang melayani garis masa muda selalu sangat leka dan terlupa dengan mudah hal ni. Diimbau dengan akal fikiran yang kita ada ni memang nampak ringan ibarat gula-gula kapas je yang boleh ditiup angin. Fuhh. Tapi, jangan rasa selamat dulu. Itu ringan hanya dipandangan akal fikiran . Ingat! Pandangan akal fikiran semata-mata kadang kala keliru!

Jom kita faham dan hadam dengan mata hati dengan kefahaman al-Quran dan Hadis pasti kita akan terasa seperti sedang menghiris bawang sambil menitis air mata  kerana sedih seperti ketika sedang layan cerita 7 Hari mencintaimu di babak kematian Buntat ditikam ketika menyelamatkan Mia. Sedih kan. Huwawaaa. Huahua

Hello, hello adakah anda masih bersama saya. Ingatkan anda lari masuk bilik cari tisu tak menahan kesedihan. Huhu. Simpan air mata tu untuk bersedih dengan terus baca nukilan saya ni. Banyak lagi babak sedih. Sabar! Sabar! Hahaha

Sahabat semua yang dikasihi, apa maksud Ukhuwah sebenarnya  Dan apa maksud ikhtilat? Kita boleh buat kecoh dalam ni sampai satu kampung berhimpun tapi tak tahu apa benda ukhuwah dan ikhtilat ni. Apakah apakah. Huhu

Sahabat, saya ambik satu ayat Quran nak jelaskan kat hangpa tentang ukhuwah ni yang berbunyi :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat: 10)

Dan apa maksud ikhtilat pula?
Ulama Fiqh mendefinisikan ikhtilat sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai khalwat.Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.

Dah jelas dah sejelas spotlight apa itu ukhuwah dan ikhtilat?
Jom kita bincang secara profesional dan matang tentang isu ni. Mengapa saya kata perlu profesional dan matang? sebab kita sedang bicarakan dripda sudut seorang dai' . Orang yang mengaku pendakwah. Seorang Daie perlu sentiasa di aras berfikiran profesional dan matang. Tiada masa layan perkara picisan semata yang boleh menghalang daripda melakukan sunnah besar ini. Dakwah!

Jom kita bincang satu persatu bagaimana seorang daie ketika berhadapan dengan Isu ukhuwah dan ikhtilat ni ;

1.      Ketika perlu berjumpa atau berhubung sesama bukan mahram untuk sesuatu urusan.
Bila mana terjadi perkara begini mungkin kita tak boleh elakkan untuk berhadapan dan berbual. Tapi tidak menjadi satu kesalahan pun berjumpa dan berbual. Namun yang jadi salah ialah kita tak pandai nak jaga diri daripada Fitnah! Fitnah dripda pandangan dan tanggapan orang. Zaman sekarang dah maju! Fitnah juga boleh jadi dalam macam-macam laman sosial seperti whatsapp, Facebook, intagram, wechat, twitter dan banyak lagi yang saya tak sebut. Saya sebut ni sebab saya Install yang ni je. Hihahiha. Apa yang kita taip dan update status boleh jadi fitnah bila-bila masa sahaja bila kita tak bijak guna ayat daripada fitnah orang yang baca dan lihat. Kemon lah gais! Bijak elakkan fitnah.

Bila berjumpa pula apa salahnya ajak beberapa orang kawan-kawan lain datang berbincang sama-sama dan jumpa ditempat yang terbuka. Dekat padang ke, sebagai contohnya. Ekk. Hua hua. Tak kisah lah dimana yang penting tak boleh timbul sedikit pun fitnah. Ingat! bila jadi fitnah akan hilang kepercayaan orang kepada anda sebagai pendakwah!

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنْصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Artinya: “"Aku sampaikan kepadamu amanat-amanah Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.”  Al A’raf:62.

2.      Pandangan-pandaangan tajam!
Lelaki tidak pandai jaga pandangan tajam anda. Grrr degusan marah si wanita. Eh eh jap. Ni yang hangpa salah faham ni, memang jaga pandangan tu selalunya di mention pada lelaki je. Tapi ingat wanita pun selalu je buat dosa ni tanpa sedar! Wuu wuu wuu. Kalau tidak, tak jadilah ada seorang gadis yang meroyan jumpa lelaki korea sampai tahap sanggup peluk lelaki korea tu. (Konon lah hensem grr). Semoga dia dah dapat hidayah lah kan. Amen. Nah! tu satu je contoh. Bagaimana wanita-wanita yang lain yang tak habis-habis layan cerita korea dan k-pop sebab asyik layan tengok laki-laki korea hensem putih gebu(eleh ingat laki melayu tak cukup hensem ke grr) huhahua

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Artinya: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur: 30

Ingat dengan mata yang dosa kecil je boleh jadi dosa yang besar bila-bila masa. Pakcik syaitan dimana-mana bersedia mengoda kita. Ingat!

3.      Bila kita nak wujudkan ukhuwah dengan sahabat-sahabat bukan sama jantina.
Jangan sesekali wujudkan ukhwah ibarat kulit popia yang digoreng, rapuh! rapuh!. Bila-bila masa je boleh jatuh pecah. Bila ayat-ayat si lelaki manis belaka jangan ingat semua perempuan tak akan cair seperti batu dijemur bawah matahari terik. Ingat wanita biasanya hati mereka lembut. Selembut awam putih. Walaupun mgkin tak semua. Mungkin lah kan? (Haha lariii). Point nya ialah guna ayat yang matang dan profesional bila berbicara dgn bukan jantina. Jangan sampai ayat-ayat anda boleh jadi harapan palsu pulak!

kadang kala anda berbual-bual dalam whatsapp misalnya dan anda tahu sudah masuk melarut sembang perkara-perkara yang tak perlu. Anda tak perlu terlampau layan sampai tengah malam. Huhu

4.      Seorang Pendakwah perlu sentiasa matang dan rasional dalam menghadapi ujian perasaan. Jangan sekali guna emosi dan perasaan anda yang rapuh tu untuk bertindak sesuka hati! 

Gais! Perasaan suka tu memang tak diundang
dan boleh datang bila-bila masa sahaja terbang masuk kedalam hati awak. Tapi ingat adakah perasaan tu perasaan yang kerana Allah? Ataupun hanya perasaan suka sebab dia comel gebu putih melepak? Muhasabah balik gais!

Dalam organisasi pimpinan misalnya yang bercampur wanita dan lelaki kadang-kadang perkara ini tidak boleh dielak. Tambahan pula matlamat dan tujuan organisasi adalah sama. Maka mudah untuk berputik perasaan si mat bunga. Wuu bestnyaa. "Kita dalam persatuan dakwah apa salahnya kita bersatu nanti kita boleh bina keluarga muslim bahagia" amboiii berangannnn!!

Kejap, jangan seronok dulu! Sebenarnya tak salah pun nak suka sama suka tapi yang salahnya kita tak pandai menjadi matang dan profesional untuk mengurus perasaan tu. Akhirnya yang jadi masa fitnah adalah persatuan dakwah itu. Habis kebabom. Apakah apakah apakah!

Sometime.. bila mana datang masalah berkaitan perasaan itu. Ketika orang yang hang suka tak suka hang mula lah nak meroyan sehingga memberi kesan kepada komitmen dalam organisasi dakwah. Allahu. Mana akhlak sebagai pendakwah! Habis rosak!

Sahabat-sahabat hingga ke syurga sekalian. Kita adalah anak muda yang menjadi harapan setiap generasi zaman berzaman. Hancur lebur sesebuah agama dan negara adalah disebabkan kita anak muda! Marilah kita sama-sama pegang erat berganding jiwa dan raga membina ummat yang berjiwa dan beridealisme Islamiyyah yang kukuh dan padu melangkah mengapai kejayaan ummat yang kian hilang sejak ratusan tahun dahulu. Ayuh! Tajdid niat dan perbaiki langkah mencipta inspirasi bersama. InsyaaAllah. Ayuh!



Penulis : Lajnah Penyelidikan Dan Pembangunan, MPKSY 2016/2017

COMING SOON EVENT!

SEMINAR TRANSFORMASI PERMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

ANJURAN BERSAMA SAHABAT YADIM IKSIM

TARIKH : 4 MAC 2017 (SABTU)
MASA ; 8.00AM-5.00 PM
TEMPAT : AUDITORIUM SERI NEGERI, AYER KEROH MELAKA

DAFTAR DI UNIVERSITI ANDA SEKARANG!
PERNYERTAAN ADALA TERHAD!

SEBARANG PERTANYAAAN : 
019-5630446 (SAIFUL NIZAM )
017-4129440 (SYAHIDATU NAJJAH)

Thursday 2 February 2017

10 salah faham usul RUU Akta Mahkamah Syariah : Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki



10 salah faham usul RUU Akta Mahkamah Syariah
PINDAAN Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) @ Akta 355 telah mengundang pelbagai persepsi sejak dibentangkan Khamis lalu.
Ikuti jawapan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk DrAsyraf Wajdi Dusuki berhubung 10 salah faham tentang isu ini dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin bukan Islam khususnya MCA dan Gerakan Kelantan di Kota Bharu.

1. Apa keperluan dipinda Akta 355?
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam?
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud?
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari Umno, Pas, PKR, Amanah, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-ahli Parlimen bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?
Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:
(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.
(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.
(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.
Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?
Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil.
Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak di bawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.
Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Persekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja.
Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam.
Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata.
Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat Dun.
Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti Pas dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan

Islam Diancam Liberalisme di Malaysia




Islam Diancam Liberalisme di Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Januari 2017 – Serangan pemikiran moden melalui penyebaran ideologi liberalisme sangat berbahaya kepada umat Islam kerana ia berupaya menggugat pegangan akidah dan menjadi ancaman kepada negara. Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Rashidi Wahab berkata, agenda Barat ini sebenarnya telah direncanakan lebih awal oleh golongan Yahudi, iaitu sebagaimana yang terkandung dalam Protokol Zionis. Antara kandungan protokol itu ialah Yahudi perlu menenengahkan dan membawa masuk idea kebebasan, iaitu liberalisme, kedalam negara-negara bukan Yahudi supaya dapat menggugat kestabilan agama dan politik dalam sesebuah negara itu. Pilihanraya perlu diatur supaya boleh memberikan kemenangan kepada para pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangan Yahudi.

Dalam zaman kini, berdasarkan pendedahan laporan RAND Corporation dari Amerika Syarikat, agenda Yahudi tersebut diteruskan oleh Barat dengan mengenengahkan kelompok Muslim Moderate (Muslim Liberal) atau juga dikenali sebagai Islam Liberal. Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan idea liberalisme secara lebih meluas. “Antara agenda golongan pelampau Muslim Liberal ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyamatarafkan semua agama, agar kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan. Secara tidak langsung kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFC supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan.”

Selain itu, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghapuskan kedaulatan agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. “Kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan, atau Islam sebagai agama negara, sengaja ditafsirkan dengan Islam sekadar agama rasmi sahaja. Tujuan mereka menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam. Dengan sebab inilah mereka turut menentang pemerkasaan terhadap Mahkamah Syariah dan Undang-undang Syariah, seperti menentang Akta RUU355 dan sebagainya lagi. Mereka juga berhasrat untuk menghapuskan institusi-institusi agama Islam di Malaysia.”

Muhammad Rashidi berkata demikian ketika membentangkan tajuk “Pemikiran Liberalisme Dalam Wacana Agama dan Ancamannya di Malaysia” dalam Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah Ke-9” di Auditorium Besar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seminar anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama JAKIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar sehari yang bertemakan “Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati” dihadiri kira-kira 600 orang peserta.

Oleh itu, beliau yang merupakan antara pakar liberalisme di negara ini menyarankan semua pihak, khususnya institusi-institusi agama Islam di Malaysia, agar memainkan peranan masing-masing secara lebih aktif dan berstrategi bagi menangkis ancaman liberalisme di Malaysia. Beliau juga mencadangkan supaya lebih banyak pendedahan tentang liberalisme dapat dibuat di seluruh negara. Untuk rekod, fahaman liberalisme dan pluralisme agama telah difatwakan sebagai sesat serta menyeleweng dari syariat Islam oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak 2006 lagi. Manakala Sisters in Islam (SIS) pula difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 2014. 

UTUSAN.

RANCANGAN DEMOKRASI (TV1) : PERPADUAN UMMAH

*RANCANGAN DEMOKRASI (TV1)*
*25 JANUARI 2017*
*9.00 - 10.00 MALAM*
*TAJUK : PERPADUAN UMMAH*

Oleh :
1. YB Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Timb Menteri Di JPM)
2. Shahibus Samahah Dato' Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
3. YB Dato' Dr. Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (AJK PAS Pusat)

Mufti WP
👉🏻Mengapa kita tak boleh bersatu? Ini dikaitkan dengan hati.
👉🏻Kita tak pernah bincang sesuatu sampai tahap yg sebenarnya. Kita perlu cari titik2 persamaan yg boleh menimbulkan sikap saling menghormati antara satu sama lain.
👉🏻Bila berlaku mujadalah, kita jangan berkeras kepala.
👉🏻Mujadalah dibenarkan tapi kena tengok dlm bentuk mcm mana.

DAWD
🌸Parti2 politik semestinya ada matlamat ingin menang pilihan raya.
🌸Kita harus berpada2 dlm politik.
🌸Kita boleh berbeza pandangan.
🌸Semua politikus2 perlu dididik dengan ilmu2 agama. Ilmu2 ini kita kena pegang dengan jujur.
🌸Imam as-Shafie pernah berkata: “Pandangan aku betul, tetapi berkemungkinan salah. Pandangan mereka (selain mazhabku) salah, tetapi berkemungkinan betul”. 
🌸Banyak perkara boleh diselesaikan jika kita selesaikan dengan buat perjumpaan bersemuka.
🌸Saya lebih cenderung dengan konsep 'taawun'.
🌸Surah Al-Maidah, ayat 2:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَانًا وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haram itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
🌸Sepatutnya politik sudah perlu disandarkan dengan budaya ilmu.
🌸Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita menghadap kiblat yg sama.
🌸Masjid sebagai asas pembentukan takwa.
🌸Musuh kita bukanlah parti2 tetapi musuh kita adalah kejahilan.

AJK PAS Pusat
📌Untuk apa kita bertembung sehingga melerai talian persahabatan walaupun berbeza pandangan?
📌Kita boleh berbeza pendapat dengan manifesto yg berbeza tapi kena dengan cara matang berbicara.
📌Bagaimana kita menguruskan sesuatu maklumat sehingga menyampaikan kepada rakyat?
📌Bila kita bakar sentimen rakyat, yg rosak adalah negara.

YADIM sambut baik Wawasan TN50 – Bentuk generasi berjiwa pendakwah





H: YADIM sambut baik Wawasan TN50 – Bentuk generasi berjiwa pendakwah
 
Majlis Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  pada 20 Januari lalu di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) telah pun melakar sejarahnya yang tersendiri. TN50 yang menjadi kesi­nambungan kepada dasar 30 tahun terdahulu adalah visi rakyat kerana masa depan negara adalah milik generasi muda hari ini.
 
Isu ini mendapat reaksi positif dari beberapa pemimpin yang ditemubual oleh Wartawan Menara.My yang menyambut baik Wawasan TN50 ini sebagai aspirasi generasi muda hari ini tentang bagaimana mereka mahu melihat Malaysia dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Ikuti temubual Wartawan Menara.My (WMM) bersama Pengurus Eksekutif  Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Zamani Mohd Karulani (ZMK).
WMM- Adakah YADIM berminat untuk menyertai Wawasan 2050 (TN50) untuk memperkasakan negara melalui konsep dakwah?
 
ZMK - Sudah pasti YADIM amat berminat untuk menyertai Wawasan 2050 (TN50) yang membuka ruang dan peluang kepada kita untuk memperkasa Negara melalui konsep dakwah sekaligus bertepatan dengan Visi kita untuk menerajui urusan dakwah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah selain meneruskan kesinambungan misi penubuhan YADIM sendiri semenjak 1974 bagi melaksana dan menyelaras aktiviti dakwah merentasi idealogi dan metodologi.
 
Wawasan TN50 adalah untuk golongan muda khususnya yang bakal menerajui tampuk kepimpinan Negara pada masa akan datang. Kita mahu melihat generasi pengganti ini memiliki kemahiran dan keupayaan dari segi kepimpinan, idealisme Islam serta berjiwa pendakwah bagi memartabatkan dan mengukuhkan Islam di Negara ini.
 
Minggu lalu Sahabat YADIM juga turut berkesempatan menyertai diskusi yang diadakan dan dilihat mendapat sambutan yang cukup hebat dari belia khususnya.
 
WMM - Apakah perancangan yang telah dan akan YADIM laksanakan dalam merealisasikan program ini bersama Felo Muda Dakwah dan juga Sahabat YADIM?
 
ZMK - Saranan ini amat bertepatan dengan apa yang YADIM sedang dan akan lakukan untuk  pengukuhan jati diri generasi pelapis negara. Bagi merealisasikan fungsinya sebagai badan penyelaras, YADIM telah merancang dan telah pun melaksanakan beberapa siri persidangan, simposium, muktamar, seminar, syarahan, mesyuarat dan muzakarah termasuk menerbitkan majalah-majalah, buku-buku dan bahan terbitan lain dan usaha ini akan terus dipergiatkan pada masa akan datang.
Setakad ini  sebanyak 30 buah cawangan Sahabat YADIM telah ditubuhkan di hampir ke semua Intitut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta  termasuk, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan terbaru ke Sekolah Berasrama Penuh.
 
Katanya, sasaran YADIM ialah golongan belia seawal umur 20 an yang masih mudah dibentuk jatidiri, mental dan fizikal mereka.
 
Bagaimanapun proses pemantapan dan pembelajaran serta usaha dakwah ini sudah tentu akan mengambil masa dan berterusan 20 ke 30 tahun lagi bagi melihat satu kumpulan pemimpin dan pemikir yang bijak pandai dari pelbagai bidang ilmu dapat dibentuk sepenuhnya dengan teguh dan kukuh.
 
Usaha mewujudkan peneraju ini meliputi ke semua bidang kerjaya termasuk Politik, Kedoktoran, Kejuruteraan, Keusahawanan, Media, Sektor Awam dan Swasta yang bukan sahaja  berkebolehan menjalankan dakwah Islamiah bahkan  menguruskan pentadbiran termasuk usaha-usaha kebajikan bagi kemakmuran di seluruh negara.
 
Selain itu, YADIM turut berperanan menyokong persatuan, institusi dan badan lain yang mempunyai tujuan dakwah dan memberi nasihat mengenai kegiatan persatuan, institusi dan badan lain supaya mencapai tujuan yang maksima.
 
Sehingga kini pun YADIM terus giat menjalankan program bagi pembangunan generasi muda  yang mempunyai Idealisme Islam berserta jiwa pendakwah.
 
Usaha ini merangkumi keterlibatan pelbagai pihak termasuk pertubuhan pelajar, belia, badan badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, badan-badan dakwah, gerakan dakwah sukarela dan lain-lain.
 
Segala aktiviti ini acapkali dibantu oleh tenaga pengajar kehormat yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari pusat pengajian tinggi, pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan agama, aktivis dakwah dari badan-badan sukarela dan badan bukan kerajaan.
 
Sudah tentu kita mahu melihat negara ini menjadi sebuah negara membangun dengan daulah Islamiah. 
 
Bagaimanapun usaha  dan impian ini tidak akan berjaya sepenuhnya jika penyatuan dan kesefahaman dari semua pihak tidak dapat dibentuk dan disatukan dari akar umbi,”katanya.