SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

Saturday 26 November 2016

Ucapan Iftitah & Mabruk Oleh Saudara Mohd Danial


(Ucapan Iftitah & Mabruk )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pimpinan,

Pertamanya saya zahirkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt.

Moga2 Allah redha dan barkah hidup kita.

Saya ucapkan setinggi tahniah pada semua pimpinan yang sibuk beraktiviti di hujung minggu ini tanpa mengira pengorbanan tenaga,wang,masa dan kehidupan.

Saya percaya ini adalah permulaan kepada kalian untuk kenal apa itu erti bertebaran di lapangan.

Ketika ini,ramai yang tertanya pada diri,bolehkah aku membimbing adik-adik ini?sambil tertanya desup ke dalam hati...Ya Allah,banyaknya kekuranganku Selama ini.

Macam mana la aku nak turunkan ilmu aku pada adik2 ini ketika mana aku masih kurang ilmunya,kurang pengisiannya(Rohani),kurang motivasinya,kurang pengalamannya,kurang tunjuk ajar nya.

Sungguh banyaknya kekurangan dalam diriku ini ya Allah.

Tetapi aku percaya dengan bila mana aku turun bergiat aktif di lapangan pada waktu cuti ini.Aku akan cuba tingkatkan softskill dalam diri aku supaya aku boleh terus dan terus menyumbang lebih baik di lapangan.

Tetapi juga,aku percaya bila mana ini adalah program pertama aku,aku akan belajar dari rakan rakan aku yang lain bagaimana untuk mengendalikan program kerna satu hari nanti aku bercita-cita untuk mengetuai program-prgram sebegini.

Lalu terlintas di minda ku formula untuk menjadi seorang mahasiswa@hamba@khalifah@daie sekalipun bahawa untuk berjaya ini la formula nya;-

1)Beraktivis di lapangan
2)Sentiasa meletakkan niat untuk mempunyai keinginan menjadi seorang yang mempunyai "substance", "diversify" and "flexible" dalam pelbagai bidang.
3)Menjadi contoh kepada adik-adik
Di sekolah,matrikulasi,asasi
4)Menimba ilmu pengetahuan dan sentiasa punya keinginan untuk sumbang pada masyarakat.
5)Menjadi insan yang paling diredhai Allah(INI PALING PENTING) kerna Allah sentiasa ingatkan pada Kita orang yang Allah redha adalah orang yang mengajak orang kpd kebaikan dan berusaha meninggalkan kemungkaran(basic )

Saya ingin menulis lebih panjang lagi luahan bangga saya pada semua pimpinan yang giat beraktivis di lapangan dan mudah-mudahan kalian semua terus sukses dalam kehidupan dan menjadi contoh tauladan yang baik buat agama.

"Sebaik-baik dakwah adalah 'QUDWATUL HASANAH' yakni menunjukkan contoh dan tauladan yang baik pada orang lain"

Ingat,perjuangan dalam kehidupan ini adalah keredhaan dari Allah swt.Untuk menjadi orang yang diredhai Allah 'ajaklah orang buat kebaikan dan berusaha tinggal kan kemungkaran 'kerana itu lah yang dinamakan 'Dakwah'.

Perjuangan dan dakwah itu adalah perkaitan yang paling besar dan merupakan 'taklif' tak sedar dalam kehidupan.

"Teruskan istiqomah dalam perjuangan"

"Tanpa perjuangan,hidup ini tiadalah bermakna "

Ucapan Oleh : Mohd Danial Mohd Anuar

RUU 355; PENJELASAN & HARAPAN


RUU 355; PENJELASAN & HARAPAN




Oleh

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Segala pujian bagi Allah. Selawat dan Salam buat Rasulullah.

1. Sebagaimana diumumkan oleh YAB Timb Perdana Menteri semalam, Rang Undang-undang 355 (RUU 355) dijangka akan dijadualkan untuk dibahas di Dewan Rakyat pada hari Rabu 23 hb November atau Khamis 24 hb November 2016 setelah mana perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Bajet 2017 selesai semalam.

2. Ada beberapa Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh Kerajaan perlu didahulukan untuk dibahas sebagaimana peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Antara RUU yang telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat ialah RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan (pindaan 2016), RUU Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (pindaan 2016) dan RUU Lambang dan Nama.

3. RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang di Dewan Rakyat adalah bertujuan meminda kadar hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri agar menurut undang-undang Syariah.

4. Usul ini akan membuka ruang untuk 3 kesalahan jenayah syariah dihukum berdasarkan undang-undang Syariat iaitu bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin sebanyak 100 sebatan syarie, Qazaf sebanyak 80 sebatan syarie dan minum minuman memabukkan sebanyak 40 sehingga 80 sebatan syarie berdasarkan khilaf antara mazhab fiqh.

5. Ketiga-tiga kesalahan tersebut telah sedia dibicarakan di Mahkamah Syariah pada hari ini tetapi had hukumannya terhad kepada Akta 355 yang menetapkan had maksima 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan.

6. Menurut Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (Disemak 1988), bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman kepada kesalahan syariah adalah terhad kepada tiga tahun penjara atau denda lima ribu ringgit atau enam kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

7. Teks Akta tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.”

HURAIAN RUU 355 oleh YB Marang

RUU 355 yang dikemukakan oleh YB Marang mengandungi beberapa poin utama yang perlu difahami iaitu:

PERTAMA

Ia melibatkan cadangan pindaan “bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah”  dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah melibatkan orang Islam sahaja.

KEDUA

Ia melibatkan jenayah syariah yang dilakukan oleh orang Islam sahaja yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ia tidak melibatkan bukan Islam kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan hanyalah terhad kepada orang Islam.

KETIGA

Ia melibatkan kesalahan jenayah yang hari ini telah pun dibicarakan di Mahkamah Syariah menurut Enakmen Kesalahan Jenayah negeri masing-masing.

Kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah tertakluk kepada kuasa yang ada pada Negeri-negeri dalam Persekutuan menurut Butiran 1 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Butiran itu menyatakan bahawa antara bidang kuasa Negeri ialah “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”.

Berdasarkan Butiran 1 ini, negeri-negeri telah memperkenalkan Enakmen Kesalahan Jenayah masing-masing yang menyenaraikan kesalahan-kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Sebagai contoh, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyenaraikan kesalahan jenayah berikut:

pemujaan salah, mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir, doktrin palsu, dakwaan palsu, mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith, menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam, memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat, menghina pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar tanpa tauliah, mengingkari perintah Mahkamah, penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara', berjudi, Minuman Yang Memabukkan, tidak menghormati Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, tidak membayar zakat atau fitrah,  perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, Persetubuhan luar nikah, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan, perbuatan tidak sopan di tempat awam, memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, Qazaf, Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa dan penyalahgunaan tanda halal.

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/bca11b8ae3c9251148257057000ca118?OpenDocument

Senarai kesalahan yang sama boleh dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah negeri-negeri lain.

KEEMPAT

Semua senarai kesalahan jenayah di atas disenaraikan dalam Islam sebagai jenayah Ta’zir yang diberikan hak kepada pemerintah untuk berijtihad menentukan hukuman yang boleh dijatuhkan kecuali tiga kesalahan iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf.

Ketiga-tiga kesalahan jenayah ini telah ditetapkan oleh Islam hukumannya ialah masing-masing 100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin, 80 sebatan syarie bagi kesalahan Qazaf dan 40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.

KELIMA

Akta 355 yang sedia ada sekarang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas terhad kepada 3 tahun penjara atau lima ribu ringgit denda atau enam kali sebatan.

Ia merangkumi juga 3 kesalahan jenayah yang telah ditetapkan oleh Syarak kadar hukumannya iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf.

KEENAM

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 akan membolehkan 3 kesalahan jenayah iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah menurut Syariat Islam iaitu:

A. 100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin

B. 80 sebatan syarie bagi kesalahan Qazaf.

C. 40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.

KETUJUH

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 oleh YB Marang tidak melibatkan kesalahan jenayah mencuri dan merompak kerana kedua-duanya berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menerusi Mahkamah Sivil.

KELAPAN

Setelah dibawa Usul RUU 355 ke Dewan Rakyat atas nama Usul Ahli Persendirian oleh YB Marang untuk Bacaan Pertama, menurut peraturan Dewan Rakyat pihak Kerajaan pula akan mengambil tanggungjawab membawa Usul tersebut sebagai Usul Kerajaan untuk proses seterusnya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

PENUTUP

Saya menyeru seluruh umat Islam dan Ahli-Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam bersama-sama menjayakan RUU 355 ini sebagai satu usaha memperkasakan  hukuman di Mahkamah Syariah yang menjadi hak rakyat muslim di negara ini.

Sekian
Rabu 23 November 2016; 8.30 pagi

www.drtakiri.blogspot.com                        ⁠⁠⁠⁠

Wednesday 23 November 2016

wanita, kanak-kanak Rohingya, dikurung dan dibakar hidup-hidup




RAKHINE 16 Nov. - Dikurung dan dibakar hi­dup-hidup, demikian nasib sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya semalam yang men­jadi mangsa kekejaman baharu tentera Myanmar di negeri Rakhine.

Perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa yang se­patutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.
Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.

Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya.

“Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

“Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw,” jelas kenyataan badan itu.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rak­hine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.

“Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh,” menurut badan tersebut.

Selain itu, sebanyak 3,500 bu­ah rumah dibakar atau dimus­nahkan, mengakibatkan sekurang-kurang­nya 30,000 penduduk hilang tem­pat tinggal.
Mengukuhkan dakwaan itu, ka­kitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh meng­anggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.

Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar.
Bagaimanapun, pengawal sem­­padan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.

“Sebanyak 86 penduduk Ro­hingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir,” kata pegawai peme­rintah tentera di Cox’s Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. – REUTERS

 http://m.utusan.com.my

OIC kutuk kekejaman tentera Myanmar terhadap Rohingya




OIC kutuk kekejaman tentera Myanmar terhadap Rohingya





Kesan kebakaran di salah sebuah kampung yang terjejas dalam gerak gempur tentera Myanmar. - Foto: Facebook Saiful Rohin

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan kejam tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya dan menyeru agar tindakan antarabangsa diambil bagi menamatkan perbuatan zalim itu.


Duta Khas OIC bagi Myanmar Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Albar dalam kenyataan hari ini, berkata keganasan itu diburukkan lagi apabila tentera Myanmar mendera secara beramai-ramai kaum Rohingya di Rakhine, sebuah negeri di utara Myanmar.

Sambil menyifatkannya sebagai pencabulan hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya dan penghinaan yang tidak boleh diterima terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, beliau berkata kekejaman itu merupakan perbuatan menghapuskan etnik secara zalim dan sistematik.

"Penggunaan kuasa dengan cara tidak sewajarnya terhadap masyarakat itu, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, tidak langsung mempunyai justifikasi dan tidak boleh diterima sama sekali atas apa alasan sekali pun," katanya.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya terus membisu ketika kaum Rohingya berada di jurang penghapusan.

"Berbuat demikian bermakna kita gagal dalam menunaikan tugas kita untuk menjunjung prinsip keadilan dan tanggungjawab memberi perlindungan bagi memelihara keamanan dan keselamatan global," kata bekas Menteri Luar Malaysia itu.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu segera bertindak untuk menamatkan segala tindakan tidak berhati perut dan menyeru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN khususnya, supaya mengambil langkah sewajarnya, sejajar dengan peruntukan termaktub dalam Piagam PBB bagi melindungi dan menghormati hak semua manusia dalam menikmati keamanan dan keselamatan.

Menurut laporan media, tentera Myanmar melancarkan serangan dengan helikopter terhadap perkampungan masyarakat Rohingya di Rakhine pada Sabtu, mengakibatkan lapan orang maut, termasuk dua tentera.


Laporan itu juga menyebut, tentera turut menembak mati sekurang-kurangnya 25 orang di kampung berkenaan pada Ahad.


- BERNAMA


November 15, 2016

Sunday 20 November 2016

USRAH BULANAN BERSAMA USTAZ ROSDI LONG FDN

images (4)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Isi penting dalam usrah kali ini ialah :

1. Mahu cari sahabat cari yang boleh jaga hak Allah. Kalau hak Allah dia tak boleh jaga maksudnya hak manusia pun dia tak boleh jaga. Sahabat mencerminkan siapa kita sebenarnya. Menjadi kebiasaan orang sekeliling akan dapat mempersepsi personaliti sebenar kita daripada dengan siapa kita berkawan. Ini disebabkan sahabat mampu memberikan kesan yang luar biasa kepada peribadi kita. Seorang sahabat mampu mempengaruhi cara kehidupan kita. Andai kita pandai memilih kawan yang sentiasa menjaga tanggungjawabnya sebagai hamba sang Pencipta maka sahabat kita itu juga akan mampu menunaikan hak kita sebagai sahabat

2. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yg dibawah. Kita mesti berusaha sebaik mungkin menjadi orang yang sentiasa mampu memberi manfaat kepada orang lain. Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang dalam jua bentuk manfaat sekali pun. Berkata Sheikh Nuruddin al-Banjari dalam sebuah kuliah yang disampaikan beliau "Siapa tahu yang kecil pada pandangan manusia itu besar disisiNya. Kecil besar tidak kisah, yang penting usahakan agar mendapat pandangan rahmat Allah & mengembirakan Rasulullah s.a.w". Ini mendalam ke dasar lautan bahawa biar kebaikan yang kita lakukan walaupun sebesar zarah yang pastinya Allah tetap menilai kebaikan itu. Biiznillah.
3. Nak latih sikap kepimpinan yg berkualiti, selalu lah beri penghargaan kepada orang lain dan diri kita. Kadang kala boleh terjadi bila mana kita berada di atas kita susah untuk menunduk kebawah. Seorang pemimpin perlu sentiasa tajdid niat dan refleksi dikala semakin melangkah ke atas kerana risau akan lupakan akar umbi perjuangan. Jangan wujudkan perbezaan sesama sahabat seperjuangan walaupun berbeza jawatan dan pangkat. Sentiasa menghormati dan memberi penghargaan kepada setiap orang yang sentiasa mendukung kita disetiap penjuru perjuangan. Kadang kala ucapan terima kasih dan ucapan memohon maaf yang mudah disebut dimulut tapi susah diluahkan andai dalam hati ada perasaan ego yang mengunung. Muhasabah!

4. Bangun tahajud adalah antara salah satu tanda kita mulia di sisi Allah. Tahajud merupakan kekuatan seorang perjuang. Ibarat nafas seorang pendokong agama Allah. Sentiasa terus menerus usaha menjadikan tahajud makanan rohani harian diri kita. Dikala malam Allah sengaja mengejutkan kita dengan sentakan mimpi dan gigitan nyamuk adalah untuk memanggil kita dengan panggilan kasih untuk bertahajud. Ingatan cinta Allah selalu ingatkan kita dengan kelembutan cintaNya. Tatkala kita lupakan Dia, Allah betulkan jalan dengan belaian kasih sayangNya untuk kembali mengingatiNya.

5. Sebagai umat Islam, selalulah berdoa kepada sahabat kita yg belum mendapat taufik dan hidayah drpd Nya.

6.RANKING solat sunat yg afdhal dilakukan :
 
   1- solar Rawatib (solat sunat sblm solat fardhu)
   2- solat sunat witir
   3- Solat sunat Tahajjud

7. Letakkan sepenuh kebergantungan dan pengharapan hanya pada Allah.

7. Rasulullah SAW sudah dikenali dengan sikap-sikap terpuji seperti seseorang yang sangat amanah, bertanggungjawab dan prihatin terhadap orang di sekeliling oleh masyarakat Quraisy Mekkah sebelum turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW lagi. Hal ini menunjukkan dakwah tidak semestinya bermula dengan menyampaikan ilmu, tetapi boleh bermula dengan menunjukkan akhlak yang baik kerana ia berpotensi mempengaruhi dan mewujudkan suasana Islamik dalam suatu komuniti sosial.

Credit : En. Zamani MK

Sunday 13 November 2016

PENGENALAN BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM





        PENGENALAN BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

Bismillah, Assalamua'laikum w.b.t.h.

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas sehingga detik ini. Setiap detik nafas yang kita dapat bukan sesuatu peluang yang hanya kosong dan sia-sia. Namun mempunyai nilai harga yang sangat besar buat kita sebagai manusia. Nilai harga yang besar ini lah yang sering dilupakan oleh manusia dimuka bumi iaitu tanggungjawab kita menyampaikan kebaikan Islam kepada orang lain seperti mana kefahaman Islam yang telah kita amalkan kini. Erti kata lain tarbiyah yang kita dapat perlu disampaikan kepada orang lain iaitu dengan dakwah. Dakwah dan Tarbiyah bukan sesuatu yang mudah dan ringan tanpa kesungguhan dan keikhlasan hati disamping memiliki ikatan kekuatan ukhuwah sesama sahabat perjuangan yang kukuh. 

Era kehidupan manusia semakin berubah kearah kemajuan globalisasi dan cabaran serangan pemikiran musuh Islam yang semakin kuat. Setiap pendakwah muda perlu sentiasa memikirkan uslub (kaedah) dakwah yang paling proaktif dan kreatif dalam menyampaikan Islam dalam era kini. Oleh itu, Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM telah bersepakat bagi mewujudkan satu platform E-dakwah melalui blog. Dimana melalui blog PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM ini seluruh kepimpinan dan belia Sahabat YADIM khususnya dapat menyalurkan dan mendapatkan maklumat yang membentuk pemikiran yang bersih daripada ancaman pemikiran umat Islam. Disamping, memperolehi pelbagai input baru, buletin dan informasi daripada Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM berlandaskan 3 Visi dan Misi gerak kerja Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan, MPKSY 2016/2017 yang telah disepakati Barisan Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM 2016/2017 iaitu :

1. GERAK KERJA MELAHIRKAN  KETOKOHAN SAHABAT YADIM  DALAM MENDAULATKAN 
    ISLAM AGAMA DAN NEGARA

 2)  GERAK KERJA MELAHIRKAN  PIMPINAN  SAHABAT YADIM YANG  BERANI  BERSUARA 
     TENTANG  ISU SEMASA DAN PERMASALAHAN  UMAT 

3)  GERAK KERJA MEWUJUDKAN PIMPINAN  SAHABAT  YADIM YANG CAKNA KEPADA ISU SEMASA UMMAH                  

SAHABAT YADIM BINA JATI DIRI MUSLIM


FIT HOUR ROAD TO KONVENSYEN SAHABAT YADIM


Saturday 12 November 2016

VISI & MISI LAJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN, MPKSY 2016/2017


3 MISI DAN VISI YANG TELAH DISEPAKATI :

1) GERAK KERJA MELAHIRKAN  KETOKOHAN SAHABAT YADIM  DALAM
    MENDAULATKAN ISLAM AGAMA DAN NEGARA

 2) GERAK KERJA MELAHIRKAN  PIMPINAN  SAHABAT YADIM YANG  BERANI
     BERSUARA TENTANG ISU SEMASA DAN PERMASALAHAN  UMAT

3) GERAK KERJA MEWUJUDKAN PIMPINAN SAHABAT YADIM YANG CAKNA KEPADA
    ISU SEMASA UMMAH

UCAPAN : SLOT DR. YUSRI MOHAMAD, BENGKEL PEMUKIMAN MPKSY 2015



"Alang-alang masih ada peluang utk aktif dalam dakwah ni gunakanlah peluang sebaiknya kerana bila dah tua nanti tak akan dapat peluang sebegini lagi"

"Kena fikirkan mekanisme bagi semua alumni pimpinan yang telah melepaskan jawatan, rugi jika kita dah latih mereka lalu mereka meninggalkan kita selepas tiada jawatan dalam Sahabat YADIM"

"Ukhuwah shj tidak mencukupi jika tidak didampingi dengan kefahaman dan tasawur (clarity of thought) kenapa perlu melibatkan diri dgn gerakan dakwah"

"Tugas kita bagi membina generasi masa depan seramai mungkin bagi memastikan keadaan negara ini akan lebih baik dr sekarang dengan adanya pemimpin yg beridealisme Islam serta berjiwa dakwah"

Perlu difikirkan tentang bagaimana hendak menyelesaikan isu semasa mahasiwa dan generasi muda sekarang ini"

"Mengimarahkan majlis ilmu yg sediada di ipt untuk memperoleh ketajaman fikrah dan bukan sekadar usrah shj memang tidak mencukupi"

"Modul perlu dinaiktaraf selaras dgn generasi Z dan alpha agar program outreach sekolah mantap dan berkesan"

Nota Slot Dr Yusri Mohamad
Bengkel Pemukiman MPKSY
24 September 2015

Pendakwah Muda Sahabat YADIM 1080p

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI


Mohd Saiful Nizam Bin Mohd Zulkifli
Exco Penyelidikan Dan Pembangunan, Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM 2016/2017
Sarjana Muda Psikologi,
Kolej Universiti Islam Melaka
019-5630446






Nur Syahidatul Najjah Binti Sahrunizam
Timbalan Exco Penyelidikan Dan Pembangunan, Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM 2016/2017
Sarjana Muda Sains Makanan (Tekonologi Makanan),
Universiti Malaysia Terengganu
017-4129440





Email : rnd.mpksy@gmail.com

Sunday 6 November 2016

Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel



BAITULMAQDIS: Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.

“Kejayaan Trump membuka peluang buat Israel untuk serta merta menarik balik idea penubuhan negara Palestin di tengah-tengah wilayahnya, yang mana akan menjejaskan keselamatan dan perjuangannya," kata Bennet yang juga anggota  parti pelampau, Jewish Home.

Bennet jelas merujuk kepada wilayah Tebing Barat yang dijajahi Yahudi sekian lama.

“Ini adalah pendirian presiden (Amerika Syarikat) yang dipilih. Era kewujudan negara Palestin sudah berakhir.”

Sementara itu Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked yang juga dari parti yang sama, mahu Trump mengotakan janjinya untuk mengalihkan Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sesuatu yang lari dari pendirian Parti Republikan dan Parti Demokrat sebelum ini.

Tuntutan yang sama turut disuarakan Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.

Namun masih belum ada sebarang reaksi dari perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Status Baitulmaqdis adalah satu daripada isu yang menjadi halangan dalam konflik Israel-Palestin dan rundingan penubuhan negara Palestin selama ini.
Rakyat Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka di masa akan datang, sementara Israel menganggap bandar itu sebagai ibu negaranya.

Dalam kempennya sebelum ini, Trump  pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

CREDIT : ASTRO AWANI