SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

Saturday 31 December 2016

PERUTUSAN SALAM TAHUN BARU 2017, PRESIDEN MPK SAHABAT YADIM 2016/2017




| PERUTUSAN SALAM TAHUN BARU 2017 |

Oleh : 
Saudara Mohamad Ali ALhasani Bin Ab Rahman
Presiden, MPKSY 2016/2017
1 JANUARI 2017

Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kita nikmat iman dan islam serta memilih kita untuk menjadi umat kepada Nabi Muhammad S.A.W penghulu dan penutup segala nabi dan rasul. Kedudukan umat ini dimuliakan lagi dengan Allah S.W.T menempatkan kita sebagai khaira ummah yang mana sifat utamanya ialah menyeru kepada ma'ruf mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah S.WT.

Alhamdulillah pada hari ini telah masuknya tanggal hari yang pertama bagi tahun 2017 menandakan berlalunya segala detik tahun 2016 yang menghidupkan hikayat kita pada hari ni. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang kita takpernah jemu untuk hadapi sepanjang 365 hari yang lalu. Semoga redha Allah mengiringi segala usaha yang telah kita korban dan perjuangkan selama ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Tahun Baru 2017 kepada semua khususnya bagi seluruh ahli Sahabat YADIM di setiap pelusuk negeri dan institusi.

Dalam usaha untuk mengenal kedudukan dan peranan kita sebaik-baik ummah, umat ini dianjurkan untuk menghidupkan amalan sunnah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.AW.
Berpandukan kepada sebuah hadis daripada baginda S.A.W yang menjadi tagline Sahabat YADIM sehingga kini, iaitu 'sampaikan dariku walau satu ayat' , terbukti bahawa kita diberi satu amanah untuk menyambung kalam dari lisan para anbiya' bagi terus menyebarkan dakwah dan memberi inspirasi kepada seluruh ummah.

Pada hari ini, Islam itu telah datang kepada kita dalam keadaan yang sempurna. Tugas kita untuk perjuangkan dan melapangkan sebahagian masa untuk berkorban demi agama serta memberi dorongan kepada orang lain sehingga mereka juga bersedia untuk memberi khidmat kepada agama dan menyebarkan Islam.

Teruskanlah menjadi qudwatul hasanah seperti angin yang datangnya lembut. Tapi dirasai oleh seluruh tubuh. Perjuangan dan dakwah itu adalah perkaitan yang paling besar dan merupakan satu taklifan secara tidak sedar, hadir dalam kehidupan

Di awal tahun 2017 ini, semoga niat yang baik dan istiqomah terus mengiringi perjuangan kita. Benarlah jika kita buat segala usaha ini kerana Allah semata, hatta bila kita tiada lagi di dunia ini, 'perjuangan' itu terus dirasai oleh hati-hati manusia pada hari ini.

Akhir kalam, ingin saya memetik satu kata-kata hikmah yang dinukilkan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib ; "Beruntunglah siapa yang hari ini lebih baik daripada semalam. Rugilah siapa yang hari ni sama sahaja seperti semalam. Dan celakalah siapa yang hari ni lebih teruk daripada semalam."

Wallahu'alam.

MOHAMAD ALI ALHASANI BIN AB RAHMAN
Presiden,
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM sesi 2016/2017

Wednesday 21 December 2016

Indahnya Akhlak Rasulullah Dalam Berdakwah, Nabilah Binti Syed Abdul Wahab, UNIMAP

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


Nabilah Binti Syed Abdul Wahab

Universiti Malaysia Perlis

TAJUK :INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH DALAM BERDAKWAH

Pernah atau tidak kalian merasa bahawa anda adalah manusia yang paling malang di dunia ini kerana selalu ditimpa musibah? Anda merasakan bahawa Allah tidak lagi menyayangimu kerana banyak musibah yang datang menimpa dalam pelbagai aspek, sehinggakan ada yang menyalahkn Allah di atas segala apa yang telah berlaku. Subahanallah jika ada di antara kita terdetik atau pernah befikiran seperti itu, saya sarankan anda segera beristifar dan memohon taubat kerana Allah sentiasa membuka pintu taubat utuk hambaNya.
Sebenarnya apa yang dugaan saudara/saudari hadapi sekarang ini amatlah kecil dan tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang telah Baginda Rasulullah SAW telah hadapi dalam usaha Nabi untuk menyebarkan Islam dan menegakkan Islam di muka bumi ini. Bayangkan betapa sedihnya dan peritnya apa yang Nabi Muhammad SAW  lalui, Baginda ditentang sendiri oleh kaum kerabatnya.
 Abu Lahab  beserta istrinya tidak menerima kebenaran Islam, lalu mereka memusuhi Islam. Itu semua bermula ketika semua Nabi Muhammad SAW mengumpulkan penduduk Mekkah di Bukit Safa dan mengatakan bahawa Baginda adalah sebagi pemberi peringatan dan Allah memerintahkannya mengajak semuanya untuk memeluk Islam. Khutbah tersebut, telah membuat ramai orang marah, termasuk Abu Lahab. Bahkan dia mengatakan : “Celakalah engkau wahai Muhammad! Untuk inikah engkau mengumpulkan kami?”. Maka sebagai balasannya Allah Menurunkan Surah Al- Lahab ayat 1-5 yang artinya : “ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak ia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula ) isterinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya ada tali dari sabut.

Subahanallah sungguh kental hati Nabi dalam menyampaikan dakwah Islam di Makkah. Walaupun dicaci oleh kaum kerabatnya sendiri tapi, baginda langsung tidak goyah mahupun berdendam dengan mereka dalam usaha menyebarkan dakwah Islam. Cuba bayangkan, jika kita sendiri yang mengalaminya? Mampukah kita bertahan seperti Nabi Muhammad SAW? Tepuk dada dan tanyalah iman.

Indahnya Akhlak Rasulullah s.a.w Dalam Dakwah, Nur Fatma Zahirah Binti Jasni, UCB

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


-Nur Fatma Zahirah Binti Jasni-
-University College Bestari-

TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 40 :

Ù…َا Ùƒَانَ Ù…ُØ­َÙ…َّدٌ Ø£َبَا Ø£َØ­َدٍ Ù…ِÙ†ْ رِجَالِÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ„َÙƒِÙ†ْ رَسُولَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَØ®َاتَÙ…َ النَّبِÙŠِّينَ 

ÙˆَÙƒَانَ اللَّÙ‡ُ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ عَÙ„ِيمًا (٤٠)

Tidaklah Muhammad itu bapa bagi seseorang dalam kalangan kamu akan tetapi dialah rasul Allah dan penutup para nabi…”

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Aku adalah nabi yang terakhir dan tidak ada nabi selepasku.”
Nabi Muhammad dilahirkan di kota Mekah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi. Tahun tersebut dikenali sebagai tahun gajah kerana peristiwa penyerangan yang dilakukan oleh Raja Abrahah. Sebelum baginda dilahirkan, ibunya Siti Aminah telah mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya seraya berkata, “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.” Wajah Rasulullah S.A.W pula diriwayatkan bagaikan bulan di malam bulan purnama dan ternyata baginda lebih indah dari bulan.
Jika perihalkan tentang akhlak baginda, baginda sememangnya mempunyai akhlak yang mulia sejak kecil lagi sehingga digelar “Al-Amin” iaitu orang yang terpercaya, jujur, tidak berdusta, amanah, sebagai bentuk pengakuan oleh penduduk kafir Quraisy pada masa itu. Sebagaimana diriwayatkan dari Aisyah R.A mengenai akhlak baginda, Aisyah menjawab, “Bahawa akhlak Rasulullah S.A.W adalah al-Quran.” Bahwa gambaran apa saja yang diperintahkan al-Quran pasti beliau lakukan. Dan apa saja yang dilarang al-Quran beliau tinggalkan. Allah S.W.T telah menciptakan baginda dengan sebaik-baik tabiat dan akhlak seperti rasa malu, dermawan, berani, pemaaf, sabar dan segala sifat-sifat mahmudah.
 Menurut riwayat At-Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad, “Rasulullah S.A.W bukan seorang yang keji, tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Baginda seorang yang pemaaf dan berlapang dada.” Melalui sifat-sifat mulia Rasulullah inilah yang membuatkan ramai penduduk Mekah yang mula memeluk agama Islam. Sifat tawadhuk baginda juga terserlah tatkala beliau tidak suka dipuji dan baginda juga yang akan menemui orang yang berhajat kepadanya, bukan yang berhajat menemui baginda.
You were always unselfish and sacrificed,
Everything you risked to change life,
Even when there was darkness,
You broke the shackles and brought light,
You called everyone to believe in Allah,
O Muhammad! You are my hero.


Umatmu yang dahagakan syafaatmu,
“Assalamualaika Ya Rasulallah, Wayaa Habiballah, Wayaa Nur Arsyillah.”


Indahnya Akhlak Rasulullah, Nur Nafishah Binti Safian , USIM

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


NUR NAFISHAH BINTI SAFIAN
USIM



(Dhia, 19 Rabiulawal)
Penuh sabar,
Meski dari situ lahirnya tohmahan;
Makian dan cacian buatmu,
Kau tetap ampuh menahan,
Masih tetap menyuapkan mulut tua itu

Muhammad pendusta! Jangan kau ikut Muhammad!

Dan kau tetap setia, saban hari ke situ,
Melebarkan senyum manismu; meski kau tahu,
Tidak bisa dia melihat paras mu.

Saat Tanah Arab gersang menangisi pemergianmu,
Datang As-Siddiq menggantikan rutin mu menyuapnya.
Dan yahudi tua itu masih seperti biasa,
Melaungkan kata-kata hinaan buat mu.

Terhenti; suapan tangan itu berhenti.
“Kamu siapa?”
“Aku orang yang biasa”
“Tidak! Kamu bukan orang yang biasa”

Dan Allah itu Maha Adil,
Biar penglihatan tiada,
Deria rasanya tidak berubah, bahkan masih kuat mengingat.


“Saat dia menyuapku, makanan tidak susah untuk aku kunyah.
Dia terlebih dahulu menghaluskan makanan itu buat aku.
Kelembutan suapannya, nyata tidak sama dengan suapan mu”
Mengalir mutiara jernih dari kedua belah mata As-Siddiq,
Wahai yahudi tua yang buta,
Nyata kau tidak tahu bahawa yang memperhalusi makanan mu itu,
Dia yang kau caci, yang kau maki saban hari,
Kata-kata fitnah yang kau lemparkan,
Dia itu Muhammad!

Muhammad;
Rasul aku dan kamu!
Yang datang menyuap mu saat kau benar-benar meminta untuk disuap,
Yang mampir padamu, memberikan layanan penuh kesopanan kepadamu.

“Akhlaknya mencerminkan peribadinya,
Dia tidak pernah memarahiaku menyebarkan fitnah tentangnya,
Dia tidak pernah mengasari ku, meski aku telah mengasari hatinya dengan kata-kataku!
Bersaksiya Tuhan, tiada Tuhan lain yang berhaka ku sembah
Dan Muhammad, itu pesuruh mu yang benar!”

طلع البدر علينا
Telah datang rembulan itu,
Untuk menyantuni dan menyempurnakan manusia, baik akhlaknya juga akidah dan syariahnya.

Muhammad, anugerah terindah.
Lahirnya ke dunia, menerangi gelap gelita malam.
Memadamkan api sembahan majusi beribu tahun lamanya.

Muhammad, cahaya terindah.
Mendatangi manusia, saat hilang punca dan arah
Lalu dituntun mereka mencari jalan menuju Allah
Dengan penuh gigih, sabar dan tenang
Kau membawa hikmah dan maui’zatilhasanah,
Panduan buat ummat mu dalam berdakwah.

اللهم صلى على محمد




Indahnya Akhlak Rasulullah SAW Dalam Dakwah, Nur Nazifa Elisa, UiTM Tapah

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


NUR NAZIFA ELISA BINTI ABD HAMID
UiTM Tapah


TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM DAKWAH

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Wajahnya bagaikan bulan purnama. Pembaca sekalian, adakah anda dapat mengagak siapakah jejaka yang paling kacak yang dimaksudkan oleh lagu di atas?? Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin jugak ada yang masih keliru. Sambungan ayat untuk lagu di atas mungkin dapat menjelaskannya:
“Muhammad, khairukhalqi Allah”
Nah, dah tau kan siapakah gerangan yang saya maksudkan tadi. Ya!!! Dialah Nabi Muhammad S.A.W yg terpuji.
AKHLAK RASULULLAH SAW, “MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN”
Rasulullah SAW selalu memberi contoh  peribadi yang mencerminkan akhlakulkarimah  dalam kehidupan  sehariannya. Seperti kisah Rasulullah dan Pengemis Buta di mana akhlak Rasulullah membuatkan pengemis yang sangat membencinya terus memeluk agama Islam apabila dia tersentuh dengan akhlak terpuji rasulullah. Sebagai contoh, setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan dan menghaluskan makanan terlebih dahulu sebelum  menyuapi pengemis itu. Setelah Rasulullah wafat, Abu Bakar bertanya kepada Aisyah apakah sunah yang belum dilakukan olehnya? Lalu Aisyah menceritakan perihal Rasulullah terhadap pengemis buta itu. Lalu keesokannya, Abu Bakar membawa makanan dan menyuapi pengemis itu. Tiba-tiba pengemis itu marah sambil mengatakan bahawa dia bukanlah orang yang sama menyuapinya dulu. Abu Bakar mengaku dan menceritakan perkara sebenar berkenaan orang yang menyuapinya dulu, iaitu Rasulullah yang mana sebelum ini dibencinya. Keindahan akhlak Rasulullah terhadapnya membuatkan pengemis itu terharu dan terus memeluk Islam. Itulah salah satu bentuk keagungan seorang Rasul. Kebaikannya dan ketinggian akhlaknya tidak terbendung oleh kebencian dan cercaan bahkan  Nabi Muhammad s.a.w membalasnya dengan kebaikan.
Firman Allah ta’ala yang bermaksud :
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur” [al-Qalam : 4]
Contoh baik sikap dan pendirian beliau dalam berdakwah ialah kesabaran dan ketabahan menghadapi segala rintangan dan penentangan. Baginda Nabi s.a.w menyeru kepada orang-orang terkemuka Kota Thaif agar mentauhidkan Allah. Mereka bukan saja tidak menerima seruan itu tetapi juga mengerahkan pemuda-pemuda dan orang-orang jahat untuk mencaci-maki, menghina dan melemparkan batu ke arah baginda sehingga kepala beliau SAW berdarah. Pada peristiwa lain Rasulullah S.A.W. telah mendakwahkan Islam kepada orang ramai yang mengerjakan haji di Mekkah tetapi seruannya tidak diterima malah beliau disakiti.
Konklusinya, sebagai umat Muhammad kita mestilah meletakkan cinta yang agung hanya kepada Allah dan Rasulullah yang tercinta. Jadi, marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad:

Mawlayasalli wa sallimda’imanabadan
Ala habibikakhayrilkhalqikullihimi
Ya Rabbeesalli ‘aleeh
SalawatuAllahi ‘aleeh



Indahnya Akhlak Rasulullah S.AW Dalam Dakwah, Amirul Ariff, USAS

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


MUHAMMAD AMIRUL ARIF BIN AHMAD SABRI
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH,PERAK

TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH

Alhamdulillah kawan-kawan, hari ini kita telah dilahirkan dalam agama Islam, agama yang sangat murni, selamat dan sejahtera. Bersyukur kehadrat Allah s.wt yang memberi kita peluang dalam mengecapi nikmat Iman dan Islam.Tanpa adany adakwah nabi S.A.W pada 1400 tahun yang lalu, kita hari ini belum tentu menjadi seorang Muslim, mungkin sahaja kita penganut setia agama Yahudi, Nasrani, Kristian, Budha, Hindu atau lain-lain. Allahu Akhbar, betapa besarnya perjuangan nabi S.A.W demi menyebarkan agama Islam di seluruh alam.

Kawan-kawan, kita sayang Rasulullah kan? Sebagai tanda cinta kita kepada baginda nabi S.A.W, saya ingin berkongsi cerita kepada kawan-kawan tentang dakwah Nabi Muhammad S.A.W yang perlu diikuti oleh kita semua. Kawan-kawan nak tahu tak cara nabi berdakwah ?Antaranya ialah nabi sentiasa bersabar. Cuba kita lihat sifat sabar nabi Muhammad S.A.W.

Pada suatu hari di Thaif, baginda mengajak agar masyarakat di sana menyembah Allah s.w.t, tetapi tiada seorang pun yang menerimanya. Bahkan nabi S.A.W dihina, dherdik, dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu. Kawan-kawan, kepala nabi berdarah, kaki nabi luka dan dibasahi darah yang menyimbah.

Nabi S.A.W beredar kerana bimbang diperlakukan lebih teruk lagi. Malaikat datang untuk meminta izin menghancurkan Thaif. Nabi menjawab dalam keadaan menahan sakit “Jangan, Jangan, Jangan, mereka ummat ku. Sesungguhnya mereka tidak tahu”. Lalu nabi berdoa,
“Ya Allah, Engkau berilah hidayah kepada mereka dan anak cucu mereka agar mereka mentaati Mu dan mengikuti dakwahku”Amin.

MasyaAllah, berkat doa dan kesabaran nabi S.A.W, hari ini tiada seorang kafir pun di negeri Thaif bahkan negeri Thaif hari ini menjadi pusat kegiatan dakwah umat Islam yang masyhur di tanah Arab.

            Kawan-kawan nak tahu tak akhlak terpuji nabi kita yang seterusnya. Rasulullah S.A.W juga seorang yang sangat merendah diri dan baik sekali kepada orang lain, tidak kira samada Muslim mahupun orang-orang kafir. Salah satu kisah kegemaran saya tentang kebaikan nabi kita adalah ketika mana baginda menakluk Kota Mekkah.

            Penjaga pintu Ka’abah pada ketika itu adalah seorang lelaki Musyrik dan hanya dia sahaja yang  memiliki kunci pintu Ka’abah. Saat diminta kunci pintu Ka’abah itu, lelaki Musyrik itu telah pun menolak dengan angkuhnya.Dia enggan memberikan kunci itu pada Rasulullah dengan berkata “Jika aku yakin bahawa Muhammad adalah seorang Rasul, nescaya aku akan memberikan kunci ini. Tetapi aku tidak yakin terhadap kerasulan Muhammad dan aku takkan memberikan kunci Ka’abah ini”.
Lalu seorang sahabat telah tampil untuk merebut kunci daripada Musyrik itu. Setelah merebut kunci itu, sahabat itu kembali kepada Rasulullah untuk memberikan kunci itu kepada baginda agar dapat membuka pintu Ka’abah dan solat di dalamnya. Ketika itu jugalah, sebuah ayat diwahyukan kepada Rasulullah agar memberikan kembali kunci itu kepada si Musyrik dan meminta maaf kepadanya. Rasulullah menyuruh sahabat memulangkan kunci itu dengan cara yang baik. Dan pada ketika itu, si penjaga kunci yang Musyrik itu melihat perilaku dari orang Muslim, lantas terus beliau  memeluk Islam.

Allahu Akhbar. Lihatlah kawan-kawan, pada saat kemenangan, Nabi masih menunjukkan akhlak mulianya dihadapan Musyrikin, orang-orang yang pernah menyiksa orang Muslim suatu masa dahulu. Nabi tidak membunuh mereka, atau menusuk, ataupun menyiksa musuh kembali bahkan hanya merebut kunci pintu Ka’abah sahaja Nabi tidak setuju dengan perbuatan itu. Kerana apa ? kerana Baginda tahu kunc iitu buka nmiliknya tetapi milik seorang lelaki Musyrik. Allah s.w.t juga tidak suka akan perbuatan itu sehinggakan turun sebuah ayat yang berfirman :

Ø¥ِÙ†َّ اللّÙ‡َ ÙŠَØ£ْÙ…ُرُÙƒُÙ…ْ Ø£َÙ† تُؤدُّواْ الأَÙ…َانَاتِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ø£َÙ‡ْÙ„ِÙ‡َا
“Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan kamu untuk mengembalikan hak kepada mereka yang berhak ke atasnya.” [Surah: An NisaAyat: 58 ]
Kawan-kawan, ini adalah sebuah kisah yang boleh kita jadikan teladan sepanjang hayat. Allahu Akhbar.
            Seterusnya kawan-kawan, saya ingin berkongsi sebuah lagi kisah yang menarik tentang akhlak baginda nabi yang sangat luar biasa yang mampu mengetuk hati seluruh orang kafir pada zaman nabi. Sifat apa itu kawan-kawan ? Sifat pemaaf yang luar biasa. Allahu Akhbar, ini adalah suatu perkara yang amat berat untuk kita insan biasa memaafkan kesalahan orang lain walaupun kesalahan sekecil cuma. Tetapi hebatnya nabi mampu memaafkan kesalahan orang-orang yang telah banyak membuat dosa kepada orang Muslimin sebelum pembukaan Kota Mekkah.
Saat Nabi mengalahkan mereka pada Futuh Mekkah, Nabi telah mengampuni seluruh orang musyrikin di Mekkah tanpa tertinggal sedikit pun hasad dan perasaan dendam kepada mereka. Antara orang yang baginda telah memaafkan juga  termasuklah penentang-penentang Islam yang tegar iaitu Abu Sofyan, bapa saudara nabi yang sangat kuat menentang baginda, seterusnya Wahsyi orang yang banyak membunuh sahabat Nabi bahkan bapa saudara baginda sendiri, Sayyidina Hamzah telah ditombak olehnya dan juga Hindun, Isteri kepada Abu Sofyan yang telah membelah dada dan mengunyah hati  As-Syahid Sayyidina Hamzah dengan kejamnya.
Berkat kemulian akhlak Nabi S.A.W dengan memaafkan seluruh penduduk musyrikin Mekkah pada ketika itu telah memberi kesan yang mendalam buat ramai pemimpin besar dan seluruh penduduk Musyikin Mekkah termasuklah Abu Sofiyan, Washi dan Hindun lantas mereka telah memeluk agama Islam dan mengabdikan diri, harta dan jiwa mereka seluruhnya untuk agama Allah s.w.t.
Jika kita belajar sejarah Nabi lagi dan lagi kawan-kawan, tentu kita akan faham bahawasanya dakwah Nabi itu dilakukan dengan sangat mulia dan terpuji. Semoga apa yang kita peroleh hari ini mampu dijadikan tauladan dan pengajaran. Penutup bagi perkongisan saya pada kawan-kawan hari ini, saya tinggalkan dengan sepotong ayat Al-Quran untuk sama-sama dihayati demi kelangsungan dakwah Islamiah. Firman Allah s.w.t :
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkan lah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu…”[ Surah: Ali ‘Imran Ayat: 159]

~SEKIAN~

Tuesday 20 December 2016

Indahnya Akhlak Rasulullah S.A.W Dalam Dakwah,Nurul Syazwanie Nordin, UiTM Melaka

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


NURUL SYAZWANIE NORDIN
UITM MELAKA

TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM DAKWAH.

Allahummasolli ala Sayyidina Muhammad.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharap (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”  Surah Al Ahzab : 21

Siapa nak cinta akan Nabi kena tahu sirah Nabi, kena kenal akhlak Nabi. Akhlak yang persis apa Rasulullah tunjukkan dalam dakwah?

 Nabi Muhammad SAW ini orang yang lembut bicaranya. Nabi nak sampaikan dakwah kepada penduduk Mekah dan Madinah adalah dengan cara yang berhikmah. Cara yang paling sesuai dengan mad’u kita. Sama seakan apa yang Allah SWT nyatakan dalam surah An Nahl : 125

            Bagaimana Nabi memujuk hati tatkala sebilangan penduduk Makkah, orang kafir Quraisy, penduduk Thaif menolak secara terang dakwah Nabi? Biar pun baginda masih bersedih hati dengan kehilangan akar akar yang menguatkan dahan dakwah baginda, Abu Talib dan isteri kesayangannya Sayyidina Khadijah.Tahun itu dikenal “Aamul Huzni” (Tahun Dukacita). Baginda tetap memilih untuk bersabar dan mendoakan. Allah SWT telah berfirman “Sesungguhnya Kami jadikan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar dan penat.” Surah Al Balad : 4.Bahkan Allah SWT menenangkan hati yang dalam perjuangan dengan firmanNya “Bersabarlah untuk Tuhanmu.” QS Al Muddaththir : 7

            Seringkali kita dengar  “Aslihnafsak wad’ughairak” (perbaik diri ajak orang lain). Dalam rancak kita mengejar soleh solehah, jangan lupa pegang tangan saudara kita untuk kita pimpin bersama. Dan hakikatnya kita memimpin dan dipimpin. Dalam meniti jalan juang ini, kita perlu memulakan dahulu. Persis yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam gerak kerja penggalian parit dalam perang Khandaq. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari melalui al-Barra’, beliau bercerita :

            “Saya melihat Rasulullah SAW dalam peristiwa Khandaq sedang mengangkut tanah sampai tanah itu menutupi bulu dada Baginda.”

            Rasulullah baik akhlaknya terhadap mad’u walau telah diangkat oleh Allah sebagai KekasihNya. Baginda telah membebaskan penduduk Makkah tanpa apa apa tindakan walaupun detik perit dulu menyaksikan kekasaran dan kezaliman penduduk Makkah terhadap Baginda. MasyaAllah tabarakallah. Mulia benar hati Nabi kita, Muhammad SAW.Sabda Nabi:

            “Barangsiapa yang memaafkan, Allah tambah kemuliaan.” (HR Muslim)

Sesungguhnya kata Umar Al Khattab, Allah telah mulia kan kita dengan Islam. Andai kita memilih selain Islam, maka hinalah kita. Semoga hati kita ini sentiasa cinta akan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW hingga akhirnya. Semoge kita sentiasa mengenggam istiqomah. Fastaqim!



Dakwah dan Watak, QURRATU’AINI ‘AMMARAH, UTEM

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH

QURRATU’AINI ‘AMMARAH BINTI MOHD YUSOF
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)


TAJUK : DAKWAH & WATAK

“Dakwah yang sebenar kepada Islam adalah watak seorang muslim”. Pernah dengar ayat tersebut? Ayat yang kelihatan marhaen tapi sangat kuat jika diaplikasi dalam dakwah Islamiyah. Jika di sekolah kita ada guru yang menunjukkan atau mengajar kita, kita ada ustazah yang mengajar kita tentang Islam yang mungkin ibu bapa tidak sempat ajar di rumah. Begitu juga konsepnya dakwah dan pendakwah. Pendakwah umpama seorang guru yang membawa dakwah Islamiyah itu, yang menunjukkan kepada orang bukan Islam atau orang Islam sendiri mengenai Islam yang sesuai dengan definisi perkataan ‘Islam’, iaitu selamat. Akhlak yang ditekankan di dalam Islam itu sangat indah dan selamat daripada pelbagai sudut dan mempamerkan Islam yang sebenar. Oleh itu, dalam berdakwah dan sebagai seorang muslim sangat penting untuk kita berpewatakan baik dan mengamalkan akhlak-akhlak Islam. Sebenarnya bukan semasa berdakwah sahaja, tapi dalam kehidupan seharian kita, kerana mengamalkan akhlak Islamiyah juga merupakan dakwah. Tak percaya? Seperti kisah salah satu “Syammail Muhammadiah” iaitu kesempurnaan Muhammad SAW dari segi akhlak yang telah dapat menarik seorang pendeta yahudi memeluk Islam.

Sedang Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat, datang seorang pendeta Yahudi bernama Zaid bin Sa'nah, lalu menarik baju Rasul dengan keras seraya berkata kasar, "Bayar hutangmu, wahai Muhammad, sesungguhnya keturunan Bani Hasyim adalah orang-orang yang selalu mengulur-ulur pembayaran hutang”. Umar bin Khattab RA yang tidak dapat menahan ammarahnya langsung berdiri dan menghunus pedangnya kepada pendeta tersebut. "Wahai Rasulullah, izinkan aku menebas batang lehernya." Namun, Rasulullah SAW berkata, "Bukan berperilaku kasar seperti itu aku menyerumu. Perintahkan kepadanya agar menagih hutang dengan sopan dan anjurkan kepadaku agar membayar hutang dengan baik”. Tiba-tiba pendeta Yahudi berkata, "Demi Allah yang telah mengutusmu dengan hak, aku datang kepadamu bukan untuk menagih hutang. Aku datang sengaja untuk menguji akhlakmu. Aku telah membaca sifat-sifatmu dalam Kitab Taurat. Semua sifat kenabian itu telah terbukti dalam dirimu, kecuali satu yang belum aku cuba, iaitu sikap lembut saat marah. Dan aku baru membuktikannya sekarang. Oleh sebab itu, aku bersaksi tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah dan sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah utusan Allah. Adapun piutang yang ada padamu, aku sedekahkan untuk orang Muslim yang miskin."


Terbukti sudah kan? Bahawa watak atau akhlak yang baik, akhlak Islamiyah adalah dakwah yang sebenar kepada Islam. Memang kita tidak punya kesempurnaan akhlak seperti Rasulullah, tetapi kita boleh berusaha mengamalkannya sebaik dan sehabis mungkin demi menyebarkan syiar Islam. In Sha Allah. Wallahualam.

INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH, ASYRAF BIN RAMLEE, USM

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


ASYRAF BIN RAMLEE
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULLULAH DALAM DAKWAH
Penulisan kali ini melihat satu sifat pemaaf dan pemberi kebebasan kepada sesiapa pun yang pernah menyakitinya. Sifat ini yang telah diajarkan kepada Muhammad S.A.W  melalui wahyu dari Surah al-Araaf ayat 199 “Jadikanlah engkau pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”. Sifat Muhammad S.A.W yang tidak cepat marah diriwayatkan pernah satu ketika Rasullah pulang dari masjid beliau diludahi oleh seorang kafir sehinggalah suatu hari Rasullulah mengetahui orang itu sakit ia bergegas untuk melawatnya kerana itulah ajaran agama Islam. Selain itu, perjalanan dakwah baginda  ke Taif, Rasulullah S.A.W diuji dengan sifat pemimpin Tsaqif yang menolaknya, kemudiannya dilempari dengan batu oleh kanak-kanak dan orang-orang sehingga kakinya berlumuran darah. Ketika itu Malaikat Jibril menawarkan untuk membinasakan mereka tetapi sifat pemaaf Rasulullah menolak tawaran tersebut dan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah S.W.T.

Kini manusia diuji dengan pelbagai cabaran membuatkan kian mudah merasa marah hingga timbul sifat kebencian hingga berpecah belah tidak kira, kaum agama dan bangsa. Kemanakah sifat kesabaran Rasulullah S.A.W yang menjadi ikon umat Islam pada hari ini. Adakah kita sedar sifat ini bukanlah ajaran kepada umatnya. “ ..Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran: 134). Dalam Al-Quran juga menyebut dalam kehidupan kita di dunia semaikan nilai kemaafan dalam diri sebagaimana contoh nabi ikutan kita Muhammad S.A.W. Sesungguhnya Inilah sifat-sifat beliau yang penuh dengan kesabaran, kerendahan hati, mengalah, dan bersahabat.


Jihad Dalam Islam, Asyraf Bin Ramlee, USM

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


ASYRAF BIN RAMLEE
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


TAJUK : JIHAD DALAM ISLAM

Menurut pemahaman manusia dalam mengenali erti jihad yang sebenar melihat usaha yang dilakukan oleh seseorang yang mampu mencurahkan kemampuan yang dimiliki demi kepentingan perjuangan di jalan Allah dengan meninggikan kalimat Allah S.W.T. Menurut Prof Dr. Ahmda Tayyeb erti sebenar jihad ialah mengerahkan segala upaya kemampuan, baik dari segi perkataan mahupun perbuatan. Hal ini dapat dilihat dalam Surah Al Hujurat yang  menerangkan maksud jihad yang merupakan menggunakan kuasa , mengorbankan harta, dari segi dakwah dan ungkapan melalui hati.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar." – (QS.49:15)

Hakikat pengertian jihad ini merupakan istilah Islam yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W yang telah menjadi istilah dalam menegakkan kalimat Allah di muka bumi dan menyebarkan dakwah Islamiyah. Penggunaan perkataan harb yang bermaksud perang tidak digunakan dalam Islam tetapi  lebih kepada perkatan jihad yang maksudnya yang sangat luas dalam semangat perjuangan dan usaha improvisasi dan pembangunan. Sebagai hamba Allah S.W.T makna jihad Islam merupakan syarat mutlak yang harus dijadikan pegangan oleh seluruh umat Islam. Peranan umat islam dalam mencari redha Allah S.W.T bukan sekadar memperoleh keuntungan dunia semata-mata. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa seseorang datang kepada Rasulullah saw dan bertanya, “Tunjukkan kepadaku amalan yang setara dengan jihad!” Rasulullah menjawab, “Tidak ada. Ketika seorang mujahid keluar (untuk berjuang), sanggupkah kamu terus menerus shalat, terus menerus berpuasa? Siapa yang sanggup melakukan itu semua?”. Oleh itu jelas dalam akhlak Rasullah S.A.W dalam memperoleh amalan dengan memahami konsep jihad dengan sempurna.

Pengaruh Dakwah Rasulullah, Asyraf Bin Ramlee, USM

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH



   Oleh : Asyraf Bin Ramlee
     Universiti Sains Malaysia

Tajuk : Pengaruh Dakwah Rasulullah

Menceritakan pengaruh dakwah mengenai dakwah Muhammad S.A.W amat luas dan mencakupi pelbagai jilid untuk diterjemahkan dalam sesuatu artikel. Artikel ini hanya memperjelaskan pengaruh dakwah melalui kehidupan baginda tersendiri. Pengaruh dakwah dari segi komuniti yang mengambil masa beberapa tahun hinggalah akhirnya sampai ke penghujung tanah Masyrik. Pengaruh dakwah melalui proses perubahan sesuatu umat hingga mengikuti sesuatu benda yang baru. Hal ini jelas dalam pengaruh dakwah terhadap bangsa Arab seketika dahulunya negeri yang tandus, menjadi penghinaan bangsa maju dan bangsa yang paling keterbelakang dari sudut kemajuan. Hasil dari pengaruh dakwah yang berterusan menyebabkan batu yang keras mula terhakis dengan air, seperti jiwa manusia yang hatinya seakan batu tetapi masih wujud rasa inginkan pendamaian, peraturan dan keadilan antara sesama makhluk.


Merujuk dari khutbah Muhammad S.A.W dalam khutbah Wada,nya menyatakan bahawa setiap manusia adalah sama dan semuanya ialah hak milik manusia. Manusia datangnya dari keturunan Adam yang berasalnya dari tanah tiada kelebihan orang Arab atau bukan Arab melainkan dengan ukuran amalan dan takwa mereka terhadap Allah S.W.T. Ucapannya telah mewujudkan satu undang-undang yang asalnya dari proses dakwah hingga tiada isu diskriminasi sesuatu kaum atau jenis bangsa. Pengaruh dakwahnya bertujuan dalam melenyapkan persaingan bagi meletakkan kebenaran sebagai asas penyebaran dakwah Islam dalam perkara kebaikan. Oleh itu, tersemailah perasaan rasa cinta akan kedamaian, sedangkan sebelum itu ia penuh dengan sifat kebencian dan persaingan. Demi dakwah tiada sesiapa pun yang mampu menghalang walaupun jumlah musuh yang banyak atau hingga nyawa dihujung tanduk selagi hayat dikandung badan, teruskan menyampaikan dakwah kerana ia adalah satu ketetapan dari Allah dan kepada Allah ketetapan itu kembali.