[5 Adab
Berkempen Pilihanraya Mengikut Panduan Surah Al-Hujurat]
Prinsip 1
Selidiklah berita dahulu sebelum menyebarkannya
(TABAYYUN)
Hari ini pelbagai maklumat boleh dikongsi di dalam laman
media sosial dengan mudah.
Sebelum kita sebar dan kongsikan sesuatu maklumat
TABBAYUN
Selidiklah sesuatu maklumat yang diperolehi berdasarkan
sumber yang digunakan dan konten fakta yang dikemukakan.
Ini bertepatan dengan saranan Alquran dalam surah al hujurat
ayat yang ke 6 ;
"Wahai orang-orang yang beriman,Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidiklah(untuk kamu menentukan
kebenarannya)".
Prinsip 2
Jangan mencemuh & merendah-rendahkan
(LA YASKHOR)
Bersempena pilihanraya ini,setiap individu yang menjadi
calon dan setiap parti yang bakal bertanding mempunyai kekuatan dan persiapan
yang tersendiri.
Berkempen dan bersainglah secara sihat dengan mengemukakan
manifestasi secara aman,sejahtera dan matang.
Hal ini diunjurkan Alquran dalam surah Al-Hujurat ayat 11 ;
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak
mencemuh dan merendah-rendahkan puak yang lain,boleh jadi puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada puak yang lain".
Prinsip 3
Jangan Memanggil Atau Mengaibkan Antara Satu Sama Lain
Dengan Gelaran Yang Buruk
(LA TALMIZU WA LA TANABAZU)
Salah satu kelakuan yang tidak diredhai oleh Allah SWT
adalah
"Mengaibkan orang lain dan memanggilnya dengan gelaran
yang buruk"
Justeru,hindarilah daripada kelakuan ini sepanjang berkempen
pilihanraya supaya Allah redha dan pelihara segala urusan yang kita kerjakan.
Ini adalah sambungan dari Prinsip ke 2 dalam petikan surah al hujurat ayat 11 juga;
"Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggilnya antara satu sama
lain dengan gelaran yang buruk.Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat(dari
perbuatan fasiknya)maka merekalah orang-orang yang zalim."
Prinsip 4
Janganlah mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang
lain
(LA TAJASSASU WA LA YAGHTOB)
Lumrah manusia hari ini adalah bercerita dan berkongsikan
sesuatu perkara dan maklumat dengan orang lain.
Yang menjadi kesalahan adalah bercerita dan berkongsikan
tentang keburukan orang lain yang disandarkan hanya pada syak wasangka yang
belum tentu lagi benar.
Hal ini telah di amaran secara keras oleh Allah swt dalam
surah al hujurat ayat ke 12 ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
kamu dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani".
Prinsip 5
Jaga persaudaraan antara satu sama lain
(ASLIH BAYNA AKHUWAIYKUM)
Saranan yang terbaik bersempen pilihanraya ini adalah
jagalah persaudaraan antara satu sama lain walau sekalipun berbeza pandangan
dan berbeza penerimaan sudut pandang dalam kaca mata politik.
Setiap individu ada hak kebebasan untuk memilih,menyokong
atau berkempen untuk mana-mana wadah yang di sukai.
Hal ini telah diseru Alquran dalam surah al hujurat ayat
yang ke 10 ;
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah yang
bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah)itu ;
dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Muhammad Danial Bin Muhammad Anuar,
Presiden
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM
13 Rejab 1439