SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

Tuesday, 24 April 2018

[Sharenotes Wacana Ilmiah]

" ANCAMAN KEDAULATAN UMAT ISLAM (LGBT) "


[LGBT : Ancaman Kedaulatan Umat Islam Akhir Zaman]

Intipati Wacana Ilmiah

Muqaddimah
        LGBT merupakan sebuah penyakit berkaitun naluri manusia yang melanda umat islam iaitu singkatan kepada Lesbian,Gay,Biseksual dan Transgender. Kini, dianggarkan lebih 100,000 lelaki di Malaysia  terlibat dengan LGBT. Lebih serius , statistik menunjukkan kadar jangkitan HIV kepada golongan LGBT di Malaysia adalah 65%. 

        Terdapat 2 jenis ancaman LGBT. Yang pertama adalah ancaman fizikal yang mana ianya jelas, boleh dilihat dan kita masih lagi boleh mengelak serta-merta daripada ancaman ini. Ancaman yang kedua adalah ancaman ideologi , iaitu golongan ini melakukan penyebaran ideologi dan ia mengambil masa yang lama untuk meyakinkan, menarik minat, mempengaruhi pemikiran(generasi ke generasi).

       Mereka berpegang teguh dengan ideologi " Segala apa yang dibuat oleh manusia adalah halal melainkan menggangu orang lain". Perkara ini jelas bercanggah dengan garis panduan asas pemikiran islam yang sebenar yang mana mereka hanya mementingkan kebesasan hak asasi manusia serta hanya menggunakan logik sebagai panduan kepada benak pemikiran. Firman Allah yang berbunyi "
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ١٠٤"
Maksud: Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya. (Surah Ali ‘Imran, 3:104)

        Pengaruh LBGT ini dapat dikenalpasti daripada beberapa punca iaitu mereka kurang mendapat perhatian daripada keluarga, pengamatan Iman yang lemah, tidak percaya kepada ketetapan Allah serta pergaulan dengan orang yang terlibat dengan LGBT. Sesetengah daripada mereka tidak pernah disentuh sehingga sangat mudah terangsang apabila bergaul bersama golongan tersebut . Penularan wabak LGBT ini juga disokong atas faktor luaran iaitu dasar pengaruh kapitalis daripada negara-negara barat

        Sehingga kini , pengaruh LGBT telah meluas  sehingga mencapai ke tahap tinggi yang mana telah ada para pemimpin negara itu sendiri turut terlibat dengan LGBT. Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara juga tidak terlepas, mereka menunaikan solat secara bercampur jantina, tidak menutup aurat dengan sempurna, dan membolehkan golongan LGBT beragama Islam berkahwin dengan berlainan agama. Rakyat negara luar juga datang ke Malaysia untuk menyebarkan fahaman LGBT, mereka menerbitkan dan mempromosikan buku berkaitan LGBT dan kini sudah terjual dipasaran negara Malaysia. Mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa GAY dalam program (Pelangi Campaign) pada bulan puasa 2017. Mereka juga mengeluarkan kenyataan bahawa "Umat Islam di Malaysia seharusnya lebih terbuka dan mencontohi pendekatan dibuat di London yang menerim LGBT dengan baik.

         Justeru, apakah solusi atau inisiatif yang harus diambil oleh umat islam di Malaysia bagi menagani masalah ini ? , 
1)Mereka seharusnya dibimbing supaya mereka dapat menjalani kehidupan mengikut sunnatullah iaitu kearah kehidupan yang sejahtera
2)Memperbetulkan Niat dan kesungguhan dari yang ingin berubah itu penting

        Islam mengajar kita untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Oleh itu,cegahlah ia selagi mana kita mampu

        Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud : Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya. Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.



Sumber : Exco Penyelidikan & Pembangunan SahabatYADIM Universiti Tun Hussien Onn Malaysia




Sunday, 7 January 2018

KISAH DISEBALIK AL-KAHFI





Persoalannya, Apa Yang Hebat Sangat Dengan Surah Al-Kahfi Ini Sampai Boleh Lindungi Kita Dari Dajjal?

Takkan baca je dah boleh terhindar?

Pernah terfikir camni?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go !!

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what?

 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱
Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?
1) Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.
2) Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.
3) Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir.
4) Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah.

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi. Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Tak percaya? Hehe..Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah?Bukankah itu dakwah? Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah? Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?
- Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!
-Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya) .

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu
Kejadian

SURAH AL KAHFI

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Sumber : Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur'aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid

Saturday, 9 December 2017

Bermulanya Perang, Siapkah Kita???



Bermulanya Pra-Perang Islam Dan Rejim Zionis – Muhd Danial ,Presiden Sahabat YADIM Kebangsaan


Pertubuhan Sahabat YADIM menyifatkan pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menjadikan Baitulmuqaddis ibu negara Israel sebagai bermulanya pra-perang antara Islam dan rejim Zionis dalam membebaskan kota suci ketiga itu.

Selanjutnya: https://www.menara.my/bermulanya-pra-perang-islam-dan-rejim-zionis-sahabat-yadim/

Thursday, 7 December 2017

Kenyataan Media Sahabt YADIM Berkenaan Kedudukan Baitul Maqdis






(Ayuh Anak Muda Bersolidariti menentang Kebiadaban Donald Trump)

PUTRAJAYA – Pertubuhan Sahabat YADIM menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan media rasmi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menyeru umat Islam di Malaysia untuk meluahkan sokongan dan bersolidariti bagi menentang pengistiharan Donald Trump yang meletakkan Kedutaan Amerika ke Baitul Maqdis dan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Israel.

1.Kenyataan Trump yang terlalu biadab kerana berani mengeluarkan pengisytiharan tersebut walaupun sudah menerima amaran keras daripada pemimpin-pemimpin dunia terutamanya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Pengisytiharan tersebut juga dianggap sebagai bermulanya pra-perang Antara Islam dan Rejim Zionis di mana akan membangkitkan ummah untuk berjuang dan menentang habis-habisan bagi membebaskan kota suci ketiga itu. Malah dalam amaran Presiden Turki itu, Erdogan melaungkan amaran yang dikira langkah pertama iatu dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel yang baru sahaja terjalin setelah diputuskan 6 tahun lalu.

2.Status Baitul Maqdis atau Jerusalem tidak boleh ditentukan sesuka hati terutama apabila melibatkan mereka yang Yahudi sahaja kerana sudah sedia maklum dari dahulu lagi mereka cuba untuk berkuasa ke atas tempat suci ketiga ini demi melaksanakan agenda besar mereka sehingga melaksanakan ‘penyingkiran’ secara perlahan ke atas umat Islam seperti melarang untuk beribadah di sana.

3. Hakikat hari ini,Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel pada hari ini 86 peratus berada di bawah kawalan Israel dengan 200,000 penduduk Yahudi yang membuka petempatan haram di atas tanah yang diiktiraf dunia sebagai milik Palestin.  140,000 daripada penduduk Palestin yang sah di Baitulmaqdis sebaliknya dikepung secara kejam oleh tembok haram yang dibina Israel sejak 2002 tanpa akses terus kepada bekalan keperluan harian.

4.Dengan itu, atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam yang tidak berada di tempat mereka seharusnya melakukan sesuatu untuk menyatakan bantahan serta kebencian terhadap pengumuman dan tindakan Trump yang akan menggugatkan kestabilan dunia dan mencetuskan Perang Dunia ke-3 antara orang Islam dan Rejim Zionis (Yahudi). Seruan jihad Fisabilillah perlu disemarakkan walaupun dengan doa kerana ia adalah senjata yang tidak pernah tumpul dan lumpuh. Doa senjata umat Islam (Qunut Nazilah)

Muhammad Danial Bin Muhammad Anuar
(Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM)
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM

7 Disember 2017

Saturday, 2 December 2017

"Sekat Gerakan Radikal Republic of Atheis" - Presiden Sahabat YADIM




https://www.menara.my/gerakan-radikal-republic-of-atheist-wajib-dihalang-presiden-sahabat-yadim/

Kuala Lumpur: Gerakan Radikal Republic of Atheist wajib dihalang bagi mengelakkan “core sensitivity” ini terus disentuh supaya isu ateis ini tidak lagi juara di mata masyarakat dan diambil kesempatan oleh pihak yang sengaja mencari populariti murahan,” kata Presiden Kebangsaan Sahabat YADIM, Muhammad Danial Muhammad Anuar. Menurutnya, Gerakan Republic of Atheist yang dilihat berbentuk radikal ini sebenarnya secara senyap mencabar perlembagaan pada aspek moral dan ketenteraman awam pada Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan iaitu mengganggu gugat akidah umat Islam dan Senarai Negeri Jadual Kesembilan antara lain, menyebabkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat awam di bawah seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan dan cubaan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948. Katanya, perkara ini sama sekali menunjukkan ateis ini bercanggah dengan Perlembagaan dan Sahabat YADIM sekeras-kerasnya menentang fahaman ateisme ini. Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap pihak yang bertanggungjawab yang lebih berautoriti seperti mufti-mufti, institusi kerajaan dan pihak berkuasa untuk bersama menentang dan membanteras fahaman ateis ini secara serius dan tegas. Menurutnya lagi, mana-mana institusi politik seperti UMNO, PAS, AMANAH dan yang lain-lain perlulah bekerjasama atas nama dan dasar Taawun ‘Ala Birr wa Taqwa bagi membasmi fahaman ateis yang tiada bertuhan. “Bersama kita tegakkan akidah yang benar dan sejahtera di Malaysia dan menolak fahaman yang bercanggah dengan syar’i seterusnya bertentangan dengan Perlembagaan negara.” Muhammad Danial berkata, apa yang kita perlu faham bahawa isu ateisme ini berpunca daripada dua perkara iaitu kepercayaan peribadi berasaskan rujukan fikiran semata dan semangat perlembagaan yang menekankan konsep keagamaan.” Ujarnya, perlu juga difahami tujuan gerakan ateis ini adalah doktrinisasi yang cuba untuk memadamkan kepercayaan teras manusia dalam hidup terhadap Tuhan (Allah) kepada tiada Tuhan untuk disembah sekaligus ini sudah tentu menggugat umat Islam khususnya di Malaysia. Menurutnya, agama membawa maksud kepercayaan kepada Tuhan atau dewa atau yang dianggap berkuasa sedangkan Atheism, “A” bermaksud tanpa dan “theism” adalah agama (istilah dari Greek). “Jadi, perlukah status ‘keagamaan’ atheism ini diangkat dan menerima taraf sebagai agama,”katanya. Justeru, menyentuh yang terkandung dalam Perlembagaan mengenai keagamaan, ia sinonim dengan alasan penghakiman Chief Justice Warren Burger yang menyebut “Only beliefs rooted in religion are given special protection to the exercise of religion”. “Right to propagate atau hak untuk dakyah jelas sekali termaktub sebagai doktrin yang mengancam dan kenyataan ini perlu difahami sekali lagi dengan konsep Islam agama rasmi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan,” katanya. Menurutnya, sahabat YADIM seratus peratus menentang ateis ini kerana jelas ateisme bukanlah suatu agama selain bertentangan dengan Perlembagaan negara, maka rakyat Malaysia wajib menolak fahaman ateis dan umat Islam mesti berpegang teguh pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

https://www.menara.my/gerakan-radikal-republic-of-atheist-wajib-dihalang-presiden-sahabat-yadim/

Isu Atheism, Serangan 'Aqidah Golongan Mu'tazilah Moden

Atheism, ancaman “jasad TANPA nyawa” !!!

Ateisme adalah suatu fahaman dimana kepercayaan yang menolak adanya kewujudan Tuhan (golongan yang tidak bertuhan). Ketiadaan kepercayaan ini umumnya berlaku sama ada melalui pilihan yang sengaja, atau dari ketidakupayaan yang wujud untuk mempercayai ajaran agama yang seolah-olah ianya diluar logik akal fikiran serta mengamalkan gaya hidup yang sentiasa inginkan kebebasan. 

“Atheism” berasal daripada bahasa Yunani iaitu (atheos) bermaksud, "tanpa Tuhan" yang digunakan oleh golongan yang menafikan kewujudan Tuhan yang disembah oleh golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini berpendapat adanya perkembangan teknologi dan sains menjadikan manusia tidak perlu lagi bergantung kepada Tuhan.

Islam Liberal”. Siapakah mereka ini? Mengapa golongan seperti ini lebih bahaya? Golongan ini adalah golongan yang berusaha untuk menyamataraf kedudukan semua agama (pluralisme agama) yang dapat melenyapkan kedudukan agama islam. Golongan ini juga lebih mengikutkan ke arah kebebasan yang tiada hadnya serta berfikir bahawa mereka tidak perlu mengikut hukum-hukum agama sebagaimana bagi mereka merupakan satu ‘sangkar’ yang menyekat kebebasan individu untuk melakukan kehendak diri atau asasi (perjuangan hak asasi yang ‘teraniaya’ dan ‘buta’).

Pada abad ke-19, fahaman atheis mula menular antara segelintir masyarakat barat. Antara tokoh-tokoh atheisme yang dikenali ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883).  Ateisme mempuyai bentuk yang bermacam-macam dan di kembangkan dalam aliran-aliran pemikiran seperti Empirisme dengan tokohnya David Hume, Positivisme dengan tokohnya Auguste Comte, Materialisme dengan tokohnya Ludwig Feuerbach dan Karl Marx, Humanisme dan Eksistensialisme dengan tokohnya Nietzsche dan J.P Sartre. Pada dasarnya mereka menolak dan menentang kewujudan Tuhan dan agama. Ia adalah musuh kemanusian, musuh agama dan kepercayaan terhadap Allah. Antara contoh penularan pemikiran ateis ialah apabila Armin Navabi seorang anak muda kelahiran Iran-Amerika mempromosikan ‘Atheist Republic’. Beliau memperolehi 1.7 juta pengikut dari pelbagai penuntut agama. Armin yang Republik ciptaan beliau kini menjadi hub utama pergerakan Atheisme global juga menulis buku mengenai Atheisme yang paling laris di Amazon berjudul ‘Why There is no God: Simple Responses to 20 Common Arguments for the Existence of God’ iaitu ‘Mengapa Tiada Tuhan: Jawapan mudah bagi 20 hujah-hujah yang selalu digunakan mengenai kewujudan Tuhan’.

Apabila dikaji satu-persatu bentuk dan kaedah pemikiran golongan Islam Liberal, akan didapati bahawa mereka telah dibelenggu oleh roh atau semangat berfikir Barat yang menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas semangat berfikir Barat ini berdiri di atas lima sifat yang saling kait-mengait;

  • Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan di dunia.
  • Dualisme dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran. Contohnya; dualisme antara akal dan jasad, dan pemisahan antara kaedah rasionalisme dan empirisme.
  • Penekanan kepada unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang menayangkan pandangan alam (worldview) yang sekular.
  • Doktrin Humanisme iaitu jelmaan ideologi sekularisme yang memusatkan penilaian segala-galanya kepadafikiran manusia.
  • Konsep tragedi yang menyusup dalam setiap arena kehidupan baik falsafah, agama atau kesenian. Konsep ini mencerminkan jiwa tidak beriman kerana kecewa dengan agama. Konsep tragedi ini mengakibatkan mereka asyik berpandu kepada keraguan, dan dalam proses ini falsafah telah diiktiraf sebagai alat utama menuntut kebenaran yang tiada tercapai.

Islam memiliki rukun iman terdiri daripada 6 perkara iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Rasul, percaya kepada Kitab Allah, percaya kepada Hari Akhirat, dan Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Andai kata salah satu bahagia perkara ini tidak dimiliki oleh seorang manusia, maka dia tidak disebut beriman, Dan beriman dalam Islam ini bermaksud “percaya dan yakin” kepada agama Langit iaitu agama Allah. Lalu bagaimana dengan Atheis (orang yang tidak percaya tuhan)?. Dalam Islam ada dua jenis kafir yaitu: orang yang menyukutukan Allah (menganggap ada kekuatan lain melebihi Allah) dan orang yang mendustakan (tidak percaya) Allah. Isu atheis ini haruslah ditanggani kerana perkembangan golongan ini bukan sahaja satu penghinaan terhadap agama Islam malah ia adalah salah satu ancaman terhadap kerosakan akhlak dan akidah umat Islam di Malaysia ini. Ini juga boleh dikatakan penjajahan terbaru yang menggugat keharmonian keagamaan di negara kita.

Exco Penyelidikan & Pembangunan,
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM 2017/18

#SahabatYADIM100%MenentangAtheis
#AtheisBukanAgama
#AtheisBertentanganRukunDanPerlembagaan


#AkidahKitaAkidahAhliSunnahWalJamaah

Friday, 26 May 2017

PERUTUSAN PRESIDEN MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017 SEMPENA RAMADHAN 2017/1438H


 [PERUTUSAN PRESIDEN MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017 SEMPENA RAMADHAN 2017/1438H]

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” (al baqarah: 183)

🔸 Segala pujian-Pujian yang Maha Besar Hanya kepada Allah. Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izinNya pada tahun ini sekali lagi kita dapat dalam umur kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan yang menawarkan pengampunan & rahmat bagi hambaNya yang benar- benar ikhlas melaksanakan ibadah & mengharapkan pahala daripada Allah. Persoalan kebimbangan adakah kita sempat untuk bertandang ke bulan Ramadhan telah terungkap. Alhamdulilah.

🔸Bulan Ramadhan ialah bulan perjuangan. Perjuangan kita melawan nafsu selama sebulan & akhirilah dengan kemenangan yang sebenar. Berjuanglah dengan ambillah peluang untuk mentarbiyah jiwa & rohani kita dengan penuh penghayatan. Penghayatan penyucian jiwa daripada dosa dosa lalu & seterusnya membentuk jiwa yang benar-benar mengharapkan Rahmat & Pengampunan Allah. InsyaaAllah

🔸Manfaatkan masa sepenuhnya untuk membuat lebih banyak peluang-peluang kebaikan & amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah kerana bulan ini menjanjikan Pahala yang limpah banyaknya. Maka ini lah peluang untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala-pahala kebaikan tersebut. Kesempatan Ramadhan ini juga berusahalah memperbaiki diri kita menjadikan insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Rugilah kita jika tidak manfaatkan Ramadhan ini untuk menjadi lebih baik kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadhan seterusnya.

عن أبي هريرة ؛ عن النبي صلى الله عليه وسلم : ((من صام رمضان إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من  ذنبه، ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من ذنبه))  متفق على صحته

Daripada Abu Hurairah ; daripada Nabi Muhammad S.A.W : bersabda :

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman dan mengharap balasan dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa yang solat pada malam Lailatul Qadr dengan iman dan mengharap balasan dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

🔸Bulan Ramadhan ini juga adalah bulan untuk para pendakwah membina semula kekuatan semangat meneruskan perjuangan yang tiada hentinya iaitu menyebarkan kebaikan & Islam. Oleh itu, wahai sahabat-sahabat pendakwah muda sekalian marilah kita menjadikan Bulan Ramadhan peluang untuk kita membina semula keikhlasan hati & kekuatan jiwa bagi meneruskan sunnah besar Nabi Muhammad s.a.w ini.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru menuju Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. [Fussilat : 33].


 "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DARIPADA KAMI MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017"

Tulus Ikhlas,
MOHAMAD ALI ALHASANI BIN AB. RAHMAN,
PRESIDEN,
MAJLIS PIMPINAN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016/2017