Atheism,
ancaman “jasad TANPA nyawa” !!!
Ateisme
adalah suatu fahaman dimana kepercayaan yang menolak adanya kewujudan Tuhan
(golongan yang tidak bertuhan). Ketiadaan kepercayaan ini umumnya berlaku sama
ada melalui pilihan yang sengaja, atau dari ketidakupayaan yang wujud untuk
mempercayai ajaran agama yang seolah-olah ianya diluar logik akal fikiran serta
mengamalkan gaya hidup yang sentiasa inginkan kebebasan.
“Atheism”
berasal daripada bahasa Yunani iaitu (atheos) bermaksud, "tanpa
Tuhan" yang digunakan oleh golongan yang menafikan kewujudan Tuhan yang
disembah oleh golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini
berpendapat adanya perkembangan teknologi dan sains menjadikan manusia tidak
perlu lagi bergantung kepada Tuhan.
“Islam
Liberal”. Siapakah mereka ini?
Mengapa golongan seperti ini lebih
bahaya? Golongan ini adalah golongan yang
berusaha untuk menyamataraf kedudukan semua agama (pluralisme agama) yang dapat
melenyapkan kedudukan agama islam. Golongan ini juga lebih mengikutkan ke
arah kebebasan yang tiada hadnya serta berfikir bahawa mereka tidak perlu
mengikut hukum-hukum agama sebagaimana bagi mereka merupakan satu ‘sangkar’
yang menyekat kebebasan individu untuk melakukan kehendak diri atau asasi
(perjuangan hak asasi yang ‘teraniaya’ dan ‘buta’).
Pada abad ke-19, fahaman atheis mula menular antara segelintir
masyarakat barat. Antara tokoh-tokoh atheisme yang dikenali ialah Friedrich
Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883). Ateisme mempuyai
bentuk yang bermacam-macam dan di kembangkan dalam aliran-aliran pemikiran
seperti Empirisme dengan tokohnya David Hume, Positivisme dengan
tokohnya Auguste Comte, Materialisme dengan tokohnya Ludwig Feuerbach
dan Karl Marx, Humanisme dan Eksistensialisme dengan tokohnya Nietzsche
dan J.P Sartre. Pada dasarnya mereka menolak dan menentang kewujudan Tuhan
dan agama. Ia adalah musuh kemanusian, musuh agama dan kepercayaan terhadap
Allah. Antara contoh penularan pemikiran ateis ialah apabila Armin Navabi
seorang anak muda kelahiran Iran-Amerika mempromosikan ‘Atheist Republic’.
Beliau memperolehi 1.7 juta pengikut dari pelbagai penuntut agama. Armin yang
Republik ciptaan beliau kini menjadi hub utama pergerakan Atheisme global juga
menulis buku mengenai Atheisme yang paling laris di Amazon berjudul ‘Why There
is no God: Simple Responses to 20 Common Arguments for the Existence of God’
iaitu ‘Mengapa Tiada Tuhan: Jawapan mudah bagi 20 hujah-hujah yang selalu
digunakan mengenai kewujudan Tuhan’.
Apabila dikaji satu-persatu bentuk dan kaedah pemikiran golongan
Islam Liberal, akan didapati bahawa mereka telah dibelenggu oleh roh atau
semangat berfikir Barat yang menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
semangat berfikir Barat ini berdiri di atas lima sifat yang saling
kait-mengait;
- Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan di dunia.
- Dualisme dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran. Contohnya; dualisme antara akal dan jasad, dan pemisahan antara kaedah rasionalisme dan empirisme.
- Penekanan kepada unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang menayangkan pandangan alam (worldview) yang sekular.
- Doktrin Humanisme iaitu jelmaan ideologi sekularisme yang memusatkan penilaian segala-galanya kepadafikiran manusia.
- Konsep tragedi yang menyusup dalam setiap arena kehidupan baik falsafah, agama atau kesenian. Konsep ini mencerminkan jiwa tidak beriman kerana kecewa dengan agama. Konsep tragedi ini mengakibatkan mereka asyik berpandu kepada keraguan, dan dalam proses ini falsafah telah diiktiraf sebagai alat utama menuntut kebenaran yang tiada tercapai.
Islam
memiliki rukun iman terdiri daripada 6 perkara iaitu percaya kepada Allah,
percaya kepada Malaikat, percaya kepada Rasul, percaya kepada Kitab Allah, percaya
kepada Hari Akhirat, dan Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Andai kata salah satu
bahagia perkara ini tidak dimiliki oleh seorang manusia, maka dia tidak disebut
beriman, Dan beriman dalam Islam ini bermaksud “percaya dan yakin” kepada agama
Langit iaitu agama Allah. Lalu bagaimana dengan Atheis (orang yang tidak
percaya tuhan)?. Dalam Islam ada dua jenis kafir yaitu: orang yang menyukutukan
Allah (menganggap ada kekuatan lain melebihi Allah) dan orang yang mendustakan
(tidak percaya) Allah. Isu atheis ini haruslah ditanggani kerana perkembangan
golongan ini bukan sahaja satu penghinaan terhadap agama Islam malah ia adalah
salah satu ancaman terhadap kerosakan akhlak dan akidah umat Islam di Malaysia
ini. Ini juga boleh dikatakan penjajahan terbaru yang menggugat keharmonian
keagamaan di negara kita.
Exco
Penyelidikan & Pembangunan,
Majlis
Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM 2017/18
#SahabatYADIM100%MenentangAtheis
#AtheisBukanAgama
#AtheisBertentanganRukunDanPerlembagaan
#AkidahKitaAkidahAhliSunnahWalJamaah
0 ulasan:
Post a Comment