Sunday 13 November 2016

PENGENALAN BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM





        PENGENALAN BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

Bismillah, Assalamua'laikum w.b.t.h.

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas sehingga detik ini. Setiap detik nafas yang kita dapat bukan sesuatu peluang yang hanya kosong dan sia-sia. Namun mempunyai nilai harga yang sangat besar buat kita sebagai manusia. Nilai harga yang besar ini lah yang sering dilupakan oleh manusia dimuka bumi iaitu tanggungjawab kita menyampaikan kebaikan Islam kepada orang lain seperti mana kefahaman Islam yang telah kita amalkan kini. Erti kata lain tarbiyah yang kita dapat perlu disampaikan kepada orang lain iaitu dengan dakwah. Dakwah dan Tarbiyah bukan sesuatu yang mudah dan ringan tanpa kesungguhan dan keikhlasan hati disamping memiliki ikatan kekuatan ukhuwah sesama sahabat perjuangan yang kukuh. 

Era kehidupan manusia semakin berubah kearah kemajuan globalisasi dan cabaran serangan pemikiran musuh Islam yang semakin kuat. Setiap pendakwah muda perlu sentiasa memikirkan uslub (kaedah) dakwah yang paling proaktif dan kreatif dalam menyampaikan Islam dalam era kini. Oleh itu, Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM telah bersepakat bagi mewujudkan satu platform E-dakwah melalui blog. Dimana melalui blog PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM ini seluruh kepimpinan dan belia Sahabat YADIM khususnya dapat menyalurkan dan mendapatkan maklumat yang membentuk pemikiran yang bersih daripada ancaman pemikiran umat Islam. Disamping, memperolehi pelbagai input baru, buletin dan informasi daripada Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM berlandaskan 3 Visi dan Misi gerak kerja Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan, MPKSY 2016/2017 yang telah disepakati Barisan Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM 2016/2017 iaitu :

1. GERAK KERJA MELAHIRKAN  KETOKOHAN SAHABAT YADIM  DALAM MENDAULATKAN 
    ISLAM AGAMA DAN NEGARA

 2)  GERAK KERJA MELAHIRKAN  PIMPINAN  SAHABAT YADIM YANG  BERANI  BERSUARA 
     TENTANG  ISU SEMASA DAN PERMASALAHAN  UMAT 

3)  GERAK KERJA MEWUJUDKAN PIMPINAN  SAHABAT  YADIM YANG CAKNA KEPADA ISU SEMASA UMMAH                  

0 ulasan: