IBRAH WAHYU : RAHSIA DI SEBALIK SURAH AL MULK
23 MAC 2017
AUDITORIUM MAHYUDIN, PPPPM UMT
Oleh Ust Syaari Bin Abdul Rahman
Penyampai Segmen "IBRAH"
di Radio IKIM.FM
1. Surah
ini terletak sebelum surah al Qalam dan selepas surah At Tahrim.
2. Surah
ini diturunkan ketika Rasulullah SAW sudah hampir untuk berhijrah.
3. Surah
ini diturunkan setelah lebih separuh al Quran diturunkan. Namun ketika itu
masih tidak ada seorang pun dari kaum Quraisy yg beriman.
4. Surah
ini adalah surah yang mendapat kedudukan yg isitmewa di sisi Rasulullah SAW
kerana surah ini adalah satu-satunya surah yg paling banyak hadis sahih.
5. Dari
Jabir bin Abdullah, "Rasulullah tidak akan tidur sehingga beliau membaca Surah As
Sajdah dan Surah Al Mulk".
6. Surah
ini akan memberi syafaat di mahsyar.
7. Surah
ini akan membela, berucap, membantu ketika hisab.
8. Surah
ini boleh membantu mencegah dari azab.
9. Dalam
surah ini, kita akan jumpa perkataan akal.
Surah Al-Mulk, ayat 10:
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ
مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang
mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli
neraka".
10. Akal
diberikan Allah kepada manusia sahaja tidak termasuk makhluk lain.
11. Perkataan
Ar Rahman diulang sebanyak 4 kali.
12. Cuba
kita tengok bintang-bintang di langit ketika malam hari. Kalau kita seorang
beriman, pasti kita akan cakap "indahnya cahaya bintang yg menerangi
kegelapan pada malam ini". Namun ada juga yang ingin ceroboh langit iaitu jin
dan syaitan.
Surah Al-Mulk, ayat 5:
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا
بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ
السَّعِيرِ
Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan
penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu
punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab
neraka yang menjulang-julang.
13. Dlm
surah ini, kita akan lihat bahawa Allah akan balas perbuatan org yg beriman.
Surah Al-Mulk, ayat 12:
إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ
لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ
Sesungguhnya
orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat
orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan
pahala yang besar.
14. Surah
ini mendefinisikan tentang kerajaan Allah.
15. Allah
memberitahu tentang segala sesuatu yg berada dlm genggaman.
Surah Al-Mulk, ayat 1:
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maha
Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan
(dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
16. Kita
dihidupkan utk diuji siapa yg amalannya paling bagus.
Surah Al-Mulk, ayat 2:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ
أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Dia
lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan
Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat);
17. Bukti
kekuasaan Allah di langit
Ayat 3-5
Ibnu Abbas RA mentafsirkan ayat 1 bahawa
pada kekuasaan Allah
-
Memberi atau menahan rezeki
-
Menyihatkan atau memberi sakit
-
memberi kekayaan atau kemiskinan
-
memberi kekuasaan atau menarik kekuasaan
18. Ayat
3 mengajar kita utk melihat langit mencari kekuasaan Allah.
19. Apabila
Allah sebut tujuk tingkat langit, jangan ckp ia tiada disebabkan kita tidak
nampak. Cuba kita renungkan analogi angin. Kita tak nampak angin. Tapi kita
rasa ada angin kan. Kalau takde angin, bagaimana orang boleh cipta kipas yang ada
kaitan dengan angin.
20. Para
sahabat akan menangis ketika membaca ayat-ayat dari surah ini yang berkaitan
dengan neraka berulang-ulang kali.
21. Ajarlah
anak-anak kita untuk hafal ayat 12 dan 13 dari surah ini supaya mereka takut untuk
melakukan dosa ketika ketiadaan ibubapa atau ketika duduk keseorangan di rumah.
22. Ayat
19 pasal burung. Ayat-ayat sebelumnya mengenai azab. Apa kaitan azab dengan
burung?
23. Kaitkan
dengan kisah tentera bergajah yg dipimpin Raja Abrahah yg ingin memusnahkan
Kaabah. Ketika itu Allah menghantar sekumpulan burung ababil yg membawa
batu-batu untuk menyerang tentera-tentera tersebut.
24. Analogi
lain adalah azab ini seperti burung. Burung terbang dengan mengipas sayapnya
tetapi yang mengapungkan burung adalah Allah. Burung ini bila-bila boleh jatuh ke
bawah. Begitu juga dengan azab. Bila-bila saja Allah boleh menurunkan azab.
25. Kita
ada dua pilihan, sama ada nak jalan yg benar atau sebaliknya. Kalau kita pilih
jalan yang benar, maka kita mesti akan sentiasa berhati-hati dalam setiap
perkara.
Surah Al-Mulk, ayat 22:
أَفَمَن يَمْشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِ
أَهْدَىٰ أَمَّن يَمْشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Maka
adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan
dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau
orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
26. Surah
ini berakhir dengan 6 perkataan 'kul'.
27. Apabila
kita meninggal satu hari nanti, pasti anak cucu cicik kita akan meneruskan
generasi kita. Dan semua orang di muka bumi akan dihimpunkan di padang Mahsyar
kelak.
Surah Al-Mulk, ayat 24:
قُلْ هُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ
وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Katakanlah
lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan
dihimpunkan".
28. Penghujung
surah ini ada menyebut mengenai air.
29. Apa
kaitan air dengan kerajaan yang disebut di awal surah? Contohnya air hujan yang
diturunkan adalah dari kerajaan Allah.