ARTIKEL BULANAN SAHABAT YADIM 2017
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tajuk : Mahasiswa dan
Hedonisme: Nikmat atau Bencana?
Oleh : Nor Azilah dan Nur Farhana, UUM
Siri 1, April 2017-rndSYUUM-
Artikel
ini diterbitkan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua mahasiswa
khususnya tentang maksud hedonisme serta perkara-perkara yang berkaitan.
وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ:وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim
Apa Itu Hedonisme?
Hedonisme merupakan kebahagiaan dan
keseronokan sebagai suatu permainan yang menjadi kefahaman dalam kalangan
mahasiswa. Untuk berhibur adalah tidak salah, tetapi haruslah mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Dalam berhibur, kita tidak boleh
terlalu leka sehingga melambatkan kewajipan yang sepatutnya. Walaupun berhibur
serta keinginan untuk hidup senang dan mewah merupakan sebahagian daripada
naluri semula jadi manusia, namun berhibur dan bermewah-mewahan secara
berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan menjadi budaya
dalam masyarakat kita. Budaya hedonisme ini akan membawa kesan buruk khususnya
dalam kalangan mahasiswa.
Bagaimana Hedonisme
boleh menular dalam kalangan mahasiswa?
Pertama, hilangnya ‘connection’ hati kita dengan Allah. Zaman remaja adalah suatu masa
dimana seseorang remaja itu masih mencari identiti mereka yang sebenar. Remaja
biasanya akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya pada masa itu. Oleh itu,
pentingnya seorang remaja itu menjaga hubungan dan hati dengan Allah agar
ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan budaya sekeliling.
Kedua,
perbezaan antara generasi. Terdapat pelbagai generasi pada zaman moden
ini, iaitu generasi X, generasi Y, serta generasi Z. Generasi X adalah golongan
yang berumur 50 tahun dan ke atas. Golongan ini hidupnya terkongkong dimana
mereka terlalu mengikut adat melayu melalui percakapan orang tua zaman dahulu,
contohnya tidak boleh duduk di atas bantal kerana dikhuatiri akan bisul.
Generasi Y pula ialah generasi yang banyak bertanya. Golongan bagi generasi Y
ini kebiasaannya akan bertanya tentang soalan yang diluar jangkaan. Terdapat
banyak persoalan yang bermain di minda mereka. Generasi Z pula merupakan
generasi Alpha. Mereka adalah generasi yang pelik dan suka memberi alasan untuk
tidak melakukan sesuatu pekerjaan itu. Generasi Z ini tidak duduk di alam
realiti tetapi di alam fantasi dimana mereka mengekspresikan emosi mereka 4
bentuk emosi. Golongan bagi generasi Z
ini adalah bermula daripada anak-anak yang pada ketika ini berumur 2 atau 3
tahun. Ini bermakna, kita sedang menerima generasi yang baru, iaitu generasi Z.
Ketiga, media hiburan. Dari segi mana
media hiburan ini menular? Melalui 5S (song,
smoke, sport, sex, scene). Melalui song
adalah berbentuk konsert, hiburan dan nyanyian. Hiburan seperti ini tidak boleh
sehingga melalaikan. Lirikya juga harus membawa maksud yang baik, tidak
mengandungi lirik yang mensyirikkan. Melalui bersukan juga mempunyai unsur
maksiat dari segi peraturan bersukan. Contohnya, peraturan bagi bermain bola
sepak adalah perlu memakai seluar pendek sedangkan lutut adalah aurat bagi
lelaki.
Apakah peranan
mahasiswa bagi menangani hedonisme?
Pesanan
buat perempuan, berhati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut seseorang
lelaki. Lelaki adalah golongan yang suka bermanis mulut dengan perempuan dan
kelemahan perempuan adalah mudah termakan dengan kata-kata manis tersebut.
Aurat perempuan juga harus dipelihara. Allah telah memerintahkan perempuan
menutup aurat bagi menjaga mereka. Pandangan mata lelaki adalah tajam dan
berbahaya. Oleh sebab itu, telah disebutkan dalam Al-Quran.
Allah
Ta’ala berfirman,
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
”Katakanlah kepada
laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).
Pesanan bagi
lelaki pula, jika tiada niat untuk memiliki, jangan sentuh hati (perempuan)
itu. Dan walau berapa ramai pun wanita yang anda kenal, peminat atau teman
wanita, ibu tetap nombor satu. Letakkan ibu anda sebagai wanita yang paling
utama dalam hidup anda.
Nor Azilah binti Khairuddin
(EXCO MULTIMEDIA DAN DOKUMENTASI)
Nur Farhana binti Amin Azman
(EXCO PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN)
ISNIN - 24 April 2017
Penceramah: Daie Izhar dan PU Yeop
0 ulasan:
Post a Comment