KARYA
ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
NUR
NAZIFA ELISA BINTI ABD HAMID
UiTM Tapah
TAJUK : INDAHNYA
AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM DAKWAH
You were so caring and
kind
Your soul was full of
light
You are the best of
mankind
Wajahnya
bagaikan bulan purnama. Pembaca sekalian, adakah anda dapat mengagak siapakah
jejaka yang paling kacak yang dimaksudkan oleh lagu di atas?? Mungkin ada yang
sudah tahu dan mungkin jugak ada yang masih keliru. Sambungan ayat untuk lagu
di atas mungkin dapat menjelaskannya:
“Muhammad, khairukhalqi
Allah”
Nah, dah tau kan siapakah gerangan yang saya
maksudkan tadi. Ya!!! Dialah Nabi Muhammad S.A.W yg terpuji.
AKHLAK
RASULULLAH SAW, “MENOLAK KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN”
Rasulullah
SAW selalu memberi contoh peribadi yang
mencerminkan akhlakulkarimah dalam kehidupan sehariannya. Seperti kisah Rasulullah dan
Pengemis Buta di mana akhlak Rasulullah membuatkan pengemis yang sangat
membencinya terus memeluk agama Islam apabila dia tersentuh dengan akhlak
terpuji rasulullah. Sebagai contoh, setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan
dan menghaluskan makanan terlebih dahulu sebelum menyuapi pengemis itu. Setelah Rasulullah
wafat, Abu Bakar bertanya kepada Aisyah apakah sunah yang belum dilakukan
olehnya? Lalu Aisyah menceritakan perihal Rasulullah terhadap pengemis buta
itu. Lalu keesokannya, Abu Bakar membawa makanan dan menyuapi pengemis itu. Tiba-tiba
pengemis itu marah sambil mengatakan bahawa dia bukanlah orang yang sama
menyuapinya dulu. Abu Bakar mengaku dan menceritakan perkara sebenar berkenaan
orang yang menyuapinya dulu, iaitu Rasulullah yang mana sebelum ini dibencinya.
Keindahan akhlak Rasulullah terhadapnya membuatkan pengemis itu terharu dan terus
memeluk Islam. Itulah salah satu bentuk keagungan seorang Rasul. Kebaikannya
dan ketinggian akhlaknya tidak terbendung oleh kebencian dan cercaan
bahkan Nabi Muhammad s.a.w membalasnya
dengan kebaikan.
Firman
Allah ta’ala yang bermaksud :
“Sesungguhnya engkau
(wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang luhur” [al-Qalam
: 4]
Contoh
baik sikap dan pendirian beliau dalam berdakwah ialah kesabaran dan ketabahan
menghadapi segala rintangan dan penentangan. Baginda Nabi s.a.w menyeru kepada
orang-orang terkemuka Kota Thaif agar mentauhidkan Allah. Mereka bukan saja
tidak menerima seruan itu tetapi juga mengerahkan pemuda-pemuda dan orang-orang
jahat untuk mencaci-maki, menghina dan melemparkan batu ke arah baginda sehingga
kepala beliau SAW berdarah. Pada peristiwa lain Rasulullah S.A.W. telah
mendakwahkan Islam kepada orang ramai yang mengerjakan haji di Mekkah tetapi
seruannya tidak diterima malah beliau disakiti.
Konklusinya,
sebagai umat Muhammad kita mestilah meletakkan cinta yang agung hanya kepada
Allah dan Rasulullah yang tercinta. Jadi, marilah kita berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad:
Mawlayasalli wa sallimda’imanabadan
Ala habibikakhayrilkhalqikullihimi
Ya Rabbeesalli ‘aleeh
SalawatuAllahi ‘aleeh
0 ulasan:
Post a Comment