#Artikel Siri 2 Sempena Maulidur Rasul 1438 H
Tajuk : Indahnya Akhlak Rasulullah S.A.W Dalam Dakwah
Disediakan Oleh : Lajnah Penyelidikan Dan Pembangunan, MPKSY 2016/2017
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang, Segala pujian bagi Allah yang memelihara langit dan bumi berserta
segala isinya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Penghulu segala Nabi dan pembawa rahmat buat sekian alam.
Tempoh hari kita telah berbincangkan
dalam artikel bersiri ini secara tuntas tentang akhlak Sang Rasul Penghulu
segala Nabi, Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi contoh teladan ummat sepanjang tamadun ummat ini. Mengfokuskan tentang topik Nabi Muhammad S.A.W adalah insan yang sentiasa dipelihara dan
memelihara diri daripada lubang-lubang fitnah yang boleh menjerumuskan diri
kepada keburukan diri dan menjauhi diri daripada segala sikap tercela yang
boleh menjejaskan thiqah diri
(kepercayaan) masyarakat sekeliling.
Jauh sebelum mendapat wahyu kenabian,
Nabi Muhammad sudah dikenali sebagai seorang berperibadi yang memberi impak
besar kepada masyarakat Makkah. Salah satu buktinya adalah gelaran Al-Amin
(orang yang dipercayai) yang disematkan oleh masyarakat yang mengenali Baginda.
Ini lah salah satu nilai kualiti diri yang semestinya dijaga dengan rapi oleh
setiap penolong-penolong agama Allah.
“Maka
tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka mereka (Bani Israil) berkatalah dia :
“Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama)
Allah?” Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab; “Kamilah
penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri”
( al-Imran : 52)
Keindahan
kelembutan Rasulullah S.A.W dalam Dakwah sebagai kekuatan kecintaan Ummat
Keindahan kelembutan Rasulullah S.A.W
dalam Dakwah sebagai kekuatan kecintaan Ummat. Ini lah ‘point’ kedua
yang akan dibincangkan dalam artikel kali ini. Rasulullah s.a.w terkenal dengan sikap lemah lembutnya dalam
menyampaikan dan memberikan kefahaman tentang keindahan Islam kepada semua
golongan masyarakat sama ada dalam melayani sahabat-sahabat Baginda ataupun layanan yang diberikan kepada orang-orang yang membenci perjuangan Baginda. Bukan sahaja
sikap indah ini diaplikasikan dalam proses Baginda menyampaian dakwah malah
setiap pergaulan sosial Baginda dalam kehidupan juga disulami dengan perlakuan
dan tutur bicara yang lemah lembut belaka. Sikap ini lah menjadikan semua orang
disekeliling Baginda jatuh cinta kepada susuk tubuh yang mulia ini.
Firman Allah S.W.T ;
“Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (An-Nahl : 125)
Tutur bicara Rasulullah S.A.W kepada
semua orang sangat teliti dan berhati-hati. Baginda tidak pernah bertutur kata
yang boleh melukakan hati dan perasaan orang lain. Apabila ada orang yang bercakap kepada Baginda,
Baginda akan menoleh muka kepada orang yang bercakap dan fokus apa yang
dibicarakan kepada Baginda S.A.W. Bicara Rasulullah S.A.W yang lemah lembut
membuatkan semua orang menyukai bait-bait tutur kata Baginda. Setiap perkataan yang dilucurkan melalui mulut Baginda membuatkan semua orang
selesa mendengarnya. Malah kata-kata Baginda yang sarat dengan kalimah-kalimah
Sang pencipta membuatkan setiap pesanan dan ingatan Baginda difahami dengan
baik oleh semua orang. Kata-kata ketika Rasulullah s.a.w marah dalam
mempertahankan kesucian Islam juga disulami dengan kata-kata yang indah. Hebat
bukan akhlak Rasulullah S.A.W ? “Terlajak
perahu boleh diundur, telajak kata tak mungkin berpatah balik”, inilah
peribahasa signifikan mengapa Rasulullah amat menjaga setiap bait-bait kata
apabila berbicara.
Begitu juga dengan setiap perilaku dan
tindakan Baginda juga dihiasi dengan kelembutan yang tiada tolak bandingnya.
Sama ada dalam keadaan yang kritikal seperti ketika dalam peperangan ataupun
dalam kehidupan seharian. Kisah seorang Arab Badwi, yang datang daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Abu Hurairah berkata, “Seorang Arab badwi berdiri dan kencing di Masjid, lalu orang-orang
ingin mengusirnya. Maka Nabi S.A.W pun bersabda kepada mereka ; “Biarkanlah dia
dan siramlah bekas kencingnya dengan setimba air, sesungguhnya kalian diutus
untuk memberi kemudahan dan tidak diutus untuk membuat kesulitan” (Riwayat
Bukhari Dan Muslim)
Lihatlah kelembutan Baginda Nabi S.A.W
tetap membiarkan Arab Badwi tersebut menyelesaikan hajatnya, kemudian barulah
Baginda menyuruh para sahabat S.A.W untuk membersihkan bekas air kencingnya.
Kelembutan Nabi S.A.W bukan tanpa alasan jika Baginda membiarkan orang-orang
mengusirnya maka boleh jadi air kencing akan lebih banyak menyebar di lantai
Masjid dan Nabi memberikan keuzuran kepada Arab Badwi tadi kerana tidak tahu.
Selain itu, agama ini datang dengan berbagai kemudahan dan bukan kesulitan.
Tabiat manusawi tidak ada yang pernah
selesa dan menginginkan kekerasan. Bahkan orang yang berdakwah dengan cara yang
kasar juga tidak mahu diri sendiri
diperlakukan dengan dengan cara yang kasar
untuk dirinya. Maka hendaknya seseorang mendakwah saudara-saudaranya
dengan penuh kelembutan sebagaimana dirinya selesa diperlakukan dengan lemah
lembut. Rasulullah S.A.W bersabda : “
Hendaknya ia memberi kepada orang lain apa yang ia suka untuk diberikan
kepadanya” (Riwayat Muslim)
Praktikal daripada hadis ini, jika
seseorang ingin berdakwah maka sepatutnya ia membayangkan bahawa dirinya yang
akan menjadi objek dakwah. Tentunya ia akan senang jika mendapatkan nasihat
dengan cara yang santun dan penuh kelembutan. Maka berdakwah lah dengan
kelembutan. Syeikh Abdul Aziz bin Baz mengatakan : “ Zaman ini adalah zaman yang
perlukan kelembutan, kesabaran dan hikmah. Bukan masanya kekerasan sebab
kebanyakkan manusia berada dalam kebodohan, dalam kelalaian, lebih banyak pentingkan
kehidupan dunia. Maka diharuskan untuk banyak bersabar dan berlemah lembut
sehingga dakwah boleh tersebar dan sampai kepada manusia supaya mereka
mengerti. Mudah-mudahan Allah memberikan Hidayah kepada semua”
WaAllahua’alam.
0 ulasan:
Post a Comment