CATATAN NOTA KULIAH BULANAN USRAH MEDIA SIRI 1
SAHABAT YADIM 2016
“JOM BERSANGKA BAIK DALAM BERJEMAAH, MENGUNDANG
RAHMAT ALLAH”
Oleh : Pengerusi Majlis Tarbiyah Kebangsaan
Sahabat YADIM 2016/2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Alhamdulillahi
robbil Alamin, wassolatu wassalammu ala Asyrafil anbiyai wal mursalin wa ala
alihi wasohbihi ajmain, Amma bakd, Alhamdulillah,sama-samalah kita hadratkan setinggi syukur
kepada Allah swt kerana hari ini Allah masih lagi mengizinkan kita menikmati
nafas serba percuma lagi tiada bayaran . Alhamdulillah juga kerana hari ini
Allah masih memberi kita satu lagi nikmat dan peluang yang paling agung dalam
hidup ini yang mana tak dapat kalau kita sudah terkubur bujur nanti yakni
adalah nikmat menunaikan solat dan ibadah kepada pencipta kita, Allah swt.
Allahu.
Baru tau sekejap je hidup ini rupanya.
Hari ini saya terdetik untuk kongsikan beberapa nilai atau perkara yang
penting ketika kita hendak bermuamalah mahupun ketika berukhuwah dalam organisasi,
mahupun berada dalam jemaah sesama kita sekalipun. In shaa Allah,
antara topik yang ingin saya kongsikan adalah topik yang berkaitan dengan
kehidupan seharian kita iaitu "husnu-dzon”
atau bahasa melayunya adalah "berbaik sangka". Harini
masyarakat kita telah disentimenkan didalam dimensi yang begitu
mengerunkan iaitu dimensi "menilai atau melabel"
sesuatu perkara yang berlaku itu dengan tanggapan "berburuk sangka". Inshaa Allah. SubhanAllah. Suka untuk saya berkongsikan ayat dari
surah Al-hujurat ayat 12 di mana Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
ۖ وَ
Wahai
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka, sesungguhnya
sebahagian buruk sangka itu berdosa. (Al-Hujuraat: 12)
Allahu, berdosa rupanya bila diri ini diajar
dengan berburuk sangka. Jadi tuan-tuan, apakah perkara yang seharusnya
kita buat untuk mengelakkan diri dari berburuk sangka apabila
menerima sesuatu khabar atau berita yang belum tentu sahihnya.
Jom kita lihat apakah yang termaktub Firman Allah dalam surah Al-hujurat
ayat 6:
يَـأيُّهَاالّذِيْن آمنـُوْا ِاٍنْ جـآءَكمْ فَاسقٌ
بـِنَباٍ فتبيّنـُوْا أنْ تُصِبـوْا قوْمًـا بِجَهَالـةٍ فتُصْبِحُـوْا علَى مَا فعَلْتـُمْ
نـدميـن
“Wahai
orang-orang yang beriman, jika datang seorang yang fasik kepadamu membawa
berita(yang belum sahihnya lagi), maka tangguhkanlah,SIASATLAH (hingga kamu
mengetahui kebenarannya) agar tidak menyebabkan kaum berada dalam kebodohan
(kehancuran) sehingga kamu menyesal terhadap apa yang kamu lakukan”
Imam Ibnu katsir berpendapat dalam tafsirannya
bahawa ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt telah menggariskan untuk kita
berhati-hati dalam menerima informasi dari orang-orang fasik, kerana
mereka(fasik) hanya menginginkan terjadinya fitnah diantara kaum mukmin itu
sendiri. Maka "SIASATLAH",SELIDIKLAH. Allahu, itu rupanya yang
Allah perintahkan kepada kita apabila menerima sesuatu khabar atau berita.
Biasalah namanya juga manusia, kerana manusia ini kita tidak lepas dari
membuat kesilapan. Bahkan perkataan manusia itu juga berasal dari kalimah arab
iaitu "nisyan" yang
bermaksud "pelupa". Teringat juga apabila para salafus soleh juga
ada mengatakan:
لا يسلم العالم من الخطأ، فمن أخطأ قليلاً وأصاب كثيراً
فهو عالم، ومن أصاب قليلاً وأخطأ كثيراً فهو جاهل
"Tidak
ada seorang alim pun yang bebas dari kesalahan. Barangsiapa yang salahnya
sedikit dan benarnya lebih banyak maka dia seorang alim. Dan barangsiapa yang
benarnya sedikit dan salahnya lebih banyak maka dia seorang jahil". (Jami' Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlihi: 2/48)
Dalam hal ini kita diunjurkan supaya usahlah
bercakap apa yang kita tidak tahu atau yang tidak jelas, semata-mata
hanya suka berprasangka, atau pun ingin mencela seseorang dengan hanya
menurut hawa nafsu semata-mata tanpa ilmu dan penjelasan
SubhanAllah Maka apa yang
perlu kita buat adalah takutlah kita pada Allah swt dan keadilannya di
akhirat nanti. Sebagaimana Allah firman dalam Surah Al-isra ayat 36:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ
السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
“Dan
janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. (Al-Isra': 36)
Maka sebab itu kita disarankan untuk berilmu
kerana apabila ilmu menyentuh hati ianya akan menjernihkan lagi hati ketika
mana kita ingin membuat sesuatu sangkaaan. Sebagaimana Rasulullah SAW juga
telah bersabda:
العلم علمان : فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع
؛ وعلم على اللسان فذالك حجة الله على ابن آدم
"Ilmu
itu ada dua jenis: Ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang
bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka
itulah ilmu (yang menjadi) hujah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak
Adam". (Hadith
Riwayat Ibnu Syaibah dan Al-Khatib).
Bahkan
suka juga untuk saya memetik kata-kata Imam Al-Ghazali Rahimahullah: "Ilmu yang memberi manfaat itu ialah
ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; (ilmu) yang
menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan
ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNYA (ilmu)
yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar
kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap
kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu
daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaitan dan
tipu daya". (Dipetik dari Bidayatul Hidayah)
Ma shaa Allah, indahnya kalam tersebut. Maka, Khulasatul koul atau kesimpulannya, jika
kita mahu menyuluh diri dan perilaku, suluhlah dengan ilmu yang memberi
manfaat. Rapatkan diri kita dengan alquran dan para ulama.
Sirami hati dan akal kita dengan ilmu nescaya kita akan sentiasa
terpimpin insyaallah.. Saya doakan semua sahabat serta semua
pimpinan mampu menjadi khalifah ,hamba dan daie yang mampu
memberi manfaat kepada orang sekeliling dan masyarakat setempat .Wallahualam,
teruskan perjuangan berbakti menjadi hamba yang diredhai Allah swt .
Mudah-mudahan semua amal dan berkat usaha kita dalam berdakwah diterima oleh
Allah swt. Ucapan kalam mahabbah:
Oleh : Pengerusi Majlis Tarbiyah Kebangsaan
Sahabat YADIM
#UnitMajlisTarbiyahSY16/17 #DakwahUntukSemua
#SampaikanDarikuWalauSatuAyat #SahabatYADIM
0 ulasan:
Post a Comment