KARYA
ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA
TAJUK
: JIHAD DALAM ISLAM
Menurut
pemahaman manusia dalam mengenali erti jihad yang sebenar melihat usaha yang
dilakukan oleh seseorang yang mampu mencurahkan kemampuan yang dimiliki demi
kepentingan perjuangan di jalan Allah dengan meninggikan kalimat Allah S.W.T.
Menurut Prof Dr. Ahmda Tayyeb erti sebenar jihad ialah mengerahkan segala upaya
kemampuan, baik dari segi perkataan mahupun perbuatan. Hal ini dapat dilihat
dalam Surah Al Hujurat yang menerangkan
maksud jihad yang merupakan menggunakan kuasa , mengorbankan harta, dari segi
dakwah dan ungkapan melalui hati.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan
mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah
orang-orang yang benar." – (QS.49:15)
Hakikat pengertian jihad ini merupakan istilah Islam yang
diterangkan oleh Rasulullah S.A.W yang telah menjadi istilah dalam menegakkan
kalimat Allah di muka bumi dan menyebarkan dakwah Islamiyah. Penggunaan
perkataan harb yang bermaksud perang tidak digunakan dalam Islam
tetapi lebih kepada perkatan jihad yang
maksudnya yang sangat luas dalam semangat perjuangan dan usaha improvisasi dan
pembangunan. Sebagai hamba Allah S.W.T makna jihad Islam merupakan syarat
mutlak yang harus dijadikan pegangan oleh seluruh umat Islam. Peranan umat
islam dalam mencari redha Allah S.W.T bukan sekadar memperoleh keuntungan dunia
semata-mata. Diriwayatkan dari Abu
Hurairah, bahwa seseorang datang kepada Rasulullah saw dan bertanya, “Tunjukkan
kepadaku amalan yang setara dengan jihad!” Rasulullah menjawab, “Tidak ada.
Ketika seorang mujahid keluar (untuk berjuang), sanggupkah kamu terus menerus
shalat, terus menerus berpuasa? Siapa yang sanggup melakukan itu semua?”. Oleh
itu jelas dalam akhlak Rasullah S.A.W dalam memperoleh amalan dengan memahami
konsep jihad dengan sempurna.
0 ulasan:
Post a Comment