ADAKAH
MENYAMBUT MAULIDURASUL ITU BID’AH ?
OLEH
: Ustaz Engku Ahmad Fadzil (Felo Kanan
IKSIM)
Editor
: Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan, MPKSY 2016/2017
Sudah menjadi kebiasaan bila tiba Maulidurasul
pada 12 Rabiulawal akan wujud suara golongan yang suka membid'ah sesatkan
amalan ummat Islam dengan alasan perbuatan tersebut tidak dilakukan oleh Rasullulah
S.A.W kerana sikap mereka mengharamkan perbuatan-perbuatan yang tidak dilakukan
oleh Rasullulah S.A.W. Hanya semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Rasullulah S.A.W. Sebenarnya
merupakan bid'ah yang sesat di dalam agama kerana mereka cipta sesuatu yang
tidak ada asas di dalam agama malah bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah itu
sendiri dan termasuk di dalam perbuatan keji mengharamkan sesuatu yang tidak
haram di dalam agama.
Oleh
kerana ada sahabat-sahabat yang bertanya berkaitan poster recycled ini dan "logik
kedai kopi" yang tidak bersandarkan kaedah fiqhiyyah sebenar ini
dicampur aduk dengan penyelewengan fakta yang dikitar semula saban tahun, maka
saya copy paste perbualan saya dengan
seorang pengikut Wahhabi di dalam sebuah Group
Telegram mungkin sekitar 2 tahun yang lalu ketika saya masih aktif melayan
perbincangan di dalam Group Telegram.
Semoga ada manfaatnya kepada mereka yang Allah SWT bukakan hati mereka untuk
mencari kebenaran.
1.
Siapa
yang mula-mula menyambut Maulid Nabi, adakah Abu Lahab ?
Kalau
Abu Lahab sambut Maulid Nabi Muhammad S.A.W pun apa masalahnya? Adakah kerana
sesuatu perbuatan yang baik dilakukan oleh orang-orang kafir, maka perbuatan
itu jadi buruk? Kalau ada orang-orang kafir yang hormat kepada ibubapa,
membantu orang-orang miskin, maka perbuatan itu jadi buruk. Wahhabi yang membid'ah dholalah kan sambutan maulid Nabi Muhammad S.A.W seakan terlupa puasa
10 Muharram asalnya amalan orang-orang Yahudi tetapi oleh kerana baik mengikut
kayu ukur syarak (menzahirkan kesyukuran atas keselamatan Nabi Allah Musa a.s.
daripada ancaman Firaun) maka diiktiraf,
dianjurkan dan diamalkan oleh Rasullulah S.A.W. Mereka juga lupa antara orang yang
paling awal menyambut Maulid adalah Rasullulah S.A.W sendiri yang menyambut
hari kelahiran Baginda. Mereka lupa dan menyambut Maulid insan bernama Muhammad
bin Abdul Wahhab pengasas gerakan Wahhabi, tetapi apabila yang disambut Maulid
itu namanya Muhammad bin Abdullah SallalLaahu 'alaihi wa sallam maka jadi
bid'ah dholaalah masuk neraka. Wahhabi bukan sahaja ada masalah dari segi ilmu,
hatta kalau ada ilmu sekalipun racun Wahhabi yang menyerap di dalam hati dan
fikiran mereka mematikan kebolehan mereka untuk berfikir secara adil dan
konsisten.
2.
Hujah
Rasulullah Menyambut Maulid Baginda pada setiap minggu.
Dari
Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang puasa Isnin?
Maka Baginda menjawab:
Maksudnya: “Padanya
aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.
(Riwayat Muslim, no. 1162) Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda S.A.W berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda S.A.W, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain. (Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-) bakri, Mufti Wilayah Persekutuan)
(Riwayat Muslim, no. 1162) Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda S.A.W berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda S.A.W, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain. (Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-) bakri, Mufti Wilayah Persekutuan)
Hujjah
bagi orang-orang yang Allah SWT masih tutupkan mata hatinya dengan ketaksuban
terhadap kecenderungan Wahhabi yang suka membid'ah dholalah kan amalan-amalan
ummat Islam yang mempunyai dalil dan sandaran seolah-olah sefahaman mereka
sahaja yang betul tidak boleh tersalah.
3. Sambutan
Maulid pada setahun sekali mana hujahnya ?
Tak
jumpa hujjah, bukan bermakna tiada hujjah, carilah, mengajilah, kembangkan lah
kefahaman, jangan disempitkan dan perluaskan ilmu. Ijmak ulama tidak wajib
berpuasa setiap Isnin . “Mengambil hukum
adalah daripada keumuman lafaz, bukan dengan kekhususan sebab”
Ini
ialah kaedah. Yang pasti daripada hadis, jelas boleh menzahirkan kesyukuran atas
kelahiran Rasulullah S.A.W. Adakah mesti setiap minggu? Adakah mesti dengan
cara berpuasa? Ijmak ulama bahawa kedua-dua itu tidak wajib. Maka ummat bebas
menzahirkan kesyukuran mereka dengan apa-apa cara yang mereka mampu selagi mana
tidak melanggar batas-batas syarak. Berselawat, menjemput Ustaz-ustaz memberi
tausiah dan tazkirah, menjamu makan semuanya masih termasuk di dalam
perkara-perkara yang dianjurkan oleh Islam. Wahhabi yang suka menyempitkan apa
yang Islam perluaskan.
4. Siapakah
orang yang pertama menyambut Maulid Nabi???
Sambutan
peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq
sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri.
5. Sejak
bilakah sambutan Maulidurasul ini diadakan?
Ia
dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir
dalam kitab Tarikh berkata: “Sultan
Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau
merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani,
pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya”.
Dijelaskan
oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan
al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai
disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam
bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk
meraikannya. Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan Maulid Nabi, beliau
telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk
hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap
para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan
al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang
dibuat untuk pertama kalinya itu.
Ibn
Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh
Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika
melintasi Daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan
al-Muzhaffar, Raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan
Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku
tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir
an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.
Para
ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai
sekarang ini menganggap bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sesuatu yang baik. Para
ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara
mereka seperti ; al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H) al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H),
Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H), al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al-Hafizh
aL-Sakhawi (W. 902 H), SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H), al-Imam
al-Nawawi (W. 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H), mantan
mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan Mufti
Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H). Terdapat banyak lagi
para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus
tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu
perayaan Maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi
tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap
generasi ke generasi.
6. Adakah
haram menyambut Maulidurasul setiap tahun ?
Dalil
dan istidlaal pun tak tahu beza tapi mahu menghukum orang-orang lain sesat dan
bid'ah. Semoga Allah SWT lindungi kita dan zuriat kita daripada kebebalan dan
kedegilan menerima kebenaran. Mana pula dalil haram menzahirkan kesyukuran atas
kelahiran Rasullulah S.A.W setahun sekali? Kalau tak mampu bersyukur setiap
detik, sekurang-kurangnya setahun sekali, takkan jadi haram masuk neraka?
Dalil
ada yang qhatie dan ada yang zhonni, kedua-duanya diterima di dalam skop
masing-masing. Wahhabi suka pusing2 cakap. Kalau tak haram sambut maulid
tahunan selesai masalah, tak perlu lah ikut fatwa Ibn Uthaimin yang
mengharamkan sambutan Maulid Nabi tetapi menghalalkan Maulid Muhammad bin Abdul
Wahhab. Hujjah dalam beribadah tak perlu dalil qathie. Qathie dari segi thubut
dan dalaalah, begitu juga zhonni.
7.
Siapakah
wahhabi sebenarnya ?
Wahhabi
tu dalam bahasa Arab ditulis وهابي. Apa fungsi huruf ي dihujung perkataan
Wahhabi? Kalau yang itu pun tak faham, no
wonder selalu keluar ayat "Jangan
tuduh orang Wahhabi macam-macam". Sedangkan tak ada pengikut imam Syafie
atau Imam Ahmad yang melenting atau sensitif bila dipanggil Syafie atau
Hanbali. Kasihan yang ikut pola fikir dan pegangan Muhammad bin Abdul Wahhab
tetapi menuduh orang-orang lain tidak berakhlak semata-mata kerana memanggil
dia Wahhabi (pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab).
Surah Al-Furqan, Ayat
63:
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah)
orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik”
8.
Melarang
sesuatu perbuatan semata-mata kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasullulah
S.A.W adalah bid'ah yang buruk.
Panduan sebenar dari Al-Quran sebagaimana yang
dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Hashr, Ayat 7:
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh
Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua YANG
BAGINDA LARANG kamu melakukannya maka hendaklah kamu berhenti dari
melakukannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah
berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)”
Al-Quran
menetapkan agar kita berhenti dari melakukan apa yang DILARANG oleh Rasullulah
S.A.W. lalu ada golongan yang menyempitkan kebaikan-kebaikan yang luas dengan
menetapkan bahawa kita mesti berhenti melakukan apa yang TIDAK DILAKUKAN oleh
Rasullulah S.A.W. Apa yang Rasullulah S.A.W. tidak lakukan tidak semestinya Baginda
larang, bahkan ada perbuatan-perbuatan yang baginda tidak lakukan, namun baginda
memuji apabila dilakukan oleh para sahabat. Begitu juga hadith sahih daripada
Nabi S.A.W. riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Sayyidinaa Abi
Hurairah r.a.
Di
dalam riwayat Imam Bukhari:
“Maka apabila aku telah MELARANG kamu daripada
melakukan sesuatu maka hendaklah kamu jauhinya dan apabila aku menyuruh kamu
dengan suatu suruhan, maka hendaklah kamu lakukan semampu kamu”
Di
dalam riwayat Imam Muslim
“Apa yang aku telah LARANG kamu
daripadanya, maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku telah perintahkan
kamu melakukannya, maka hendaklah kamu lakukan semampu kamu”
Sekali
lagi, Rasullulah menyuruh kita berhenti daripada melakukan apa yang baginda
LARANG. Ahli bid'ah sayyiah menokok tambah di dalam agama sesuatu yang bukan
daripada agama iaitu memaksa ummat Islam berhenti melakukan sesuatu yang
baginda TIDAK LAKUKAN sedangkan baginda TIDAK LARANG!
Surah
Yunus, Ayat 58:
"Dengan
kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia
Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".
Kurniaan
Allah adalah Al-Quran dan rahmat Allah adalah Islam. Kedua-duanya datang
melalui Rasullulah S.A.W. Malah ada yang menafsirkan rahmat Allah sebagai
Rasullulah S.A.W. sendiri. Kita diperintahkan bergembira tetapi tidak ditetapkan
cara bergembira lalu kembali kepada kaedah asal boleh bergembira dengan apa
cara sekalipun SELAGI MANA bukan dengan cara yang melanggar syarak. Sekian.
WaAllahua’alam.
Editor : Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan, MPKSY 16/17
0 ulasan:
Post a Comment