KARYA
ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
-Nur
Fatma Zahirah Binti Jasni-
-University
College Bestari-
TAJUK
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang”
Firman
Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 40 :
Ù…َا Ùƒَانَ Ù…ُØَÙ…َّدٌ Ø£َبَا Ø£َØَدٍ Ù…ِÙ†ْ رِجَالِÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ„َÙƒِÙ†ْ رَسُولَ اللَّÙ‡ِ ÙˆَØ®َاتَÙ…َ النَّبِÙŠِّينَ
ÙˆَÙƒَانَ اللَّÙ‡ُ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ عَÙ„ِيمًا (Ù¤Ù )
“Tidaklah Muhammad itu bapa bagi seseorang
dalam kalangan kamu akan tetapi dialah rasul Allah dan penutup para nabi…”
Sabda
Nabi Muhammad S.A.W, “Aku adalah nabi
yang terakhir dan tidak ada nabi selepasku.”
Nabi
Muhammad dilahirkan di kota Mekah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April
570 Masihi. Tahun tersebut dikenali sebagai tahun gajah kerana peristiwa
penyerangan yang dilakukan oleh Raja Abrahah. Sebelum baginda dilahirkan,
ibunya Siti Aminah telah mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah
tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan
seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri
di hadapannya seraya berkata, “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada
seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan
dia Ahmad.” Wajah Rasulullah S.A.W pula diriwayatkan bagaikan bulan di malam
bulan purnama dan ternyata baginda lebih indah dari bulan.
Jika
perihalkan tentang akhlak baginda, baginda sememangnya mempunyai akhlak yang
mulia sejak kecil lagi sehingga digelar “Al-Amin”
iaitu orang yang terpercaya, jujur, tidak berdusta, amanah, sebagai bentuk pengakuan
oleh penduduk kafir Quraisy pada masa itu. Sebagaimana diriwayatkan dari Aisyah
R.A mengenai akhlak baginda, Aisyah menjawab, “Bahawa akhlak Rasulullah S.A.W
adalah al-Quran.”
Bahwa
gambaran apa saja yang diperintahkan al-Quran pasti beliau lakukan. Dan apa
saja yang dilarang al-Quran beliau tinggalkan. Allah S.W.T telah menciptakan
baginda dengan sebaik-baik tabiat dan akhlak seperti rasa malu, dermawan,
berani, pemaaf, sabar dan segala sifat-sifat mahmudah.
Menurut riwayat At-Tirmizi, Abu Daud dan
Ahmad, “Rasulullah S.A.W bukan seorang yang keji, tidak berteriak di pasar dan
tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Baginda seorang yang pemaaf
dan berlapang dada.” Melalui sifat-sifat mulia Rasulullah inilah yang
membuatkan ramai penduduk Mekah yang mula memeluk agama Islam. Sifat tawadhuk
baginda juga terserlah tatkala beliau tidak suka dipuji dan baginda juga yang
akan menemui orang yang berhajat kepadanya, bukan yang berhajat menemui
baginda.
You were always
unselfish and sacrificed,
Everything you risked
to change life,
Even when there was
darkness,
You broke the shackles
and brought light,
You called everyone to
believe in Allah,
O Muhammad! You are my
hero.
Umatmu
yang dahagakan syafaatmu,
“Assalamualaika
Ya Rasulallah, Wayaa Habiballah, Wayaa Nur Arsyillah.”
0 ulasan:
Post a Comment