TEMA
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
Nabilah Binti Syed Abdul Wahab
Universiti Malaysia Perlis
TAJUK :INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH DALAM BERDAKWAH
Pernah atau tidak kalian
merasa bahawa anda adalah manusia yang paling malang di dunia ini kerana selalu
ditimpa musibah? Anda merasakan bahawa Allah tidak lagi menyayangimu kerana
banyak musibah yang datang menimpa dalam pelbagai aspek, sehinggakan ada yang
menyalahkn Allah di atas segala apa yang telah berlaku. Subahanallah jika ada
di antara kita terdetik atau pernah befikiran seperti itu, saya sarankan anda
segera beristifar dan memohon taubat kerana Allah sentiasa membuka pintu taubat
utuk hambaNya.
Sebenarnya apa yang dugaan
saudara/saudari hadapi sekarang ini amatlah kecil dan tidak seberapa jika
dibandingkan dengan apa yang telah Baginda Rasulullah SAW telah hadapi dalam
usaha Nabi untuk menyebarkan Islam dan menegakkan Islam di muka bumi ini.
Bayangkan betapa sedihnya dan peritnya apa yang Nabi Muhammad SAW lalui, Baginda ditentang sendiri oleh kaum
kerabatnya.
Abu Lahab
beserta istrinya tidak menerima kebenaran Islam, lalu mereka memusuhi
Islam. Itu semua bermula ketika semua Nabi Muhammad SAW mengumpulkan penduduk
Mekkah di Bukit Safa dan mengatakan bahawa Baginda adalah sebagi pemberi
peringatan dan Allah memerintahkannya mengajak semuanya untuk memeluk Islam.
Khutbah tersebut, telah membuat ramai orang marah, termasuk Abu Lahab. Bahkan
dia mengatakan : “Celakalah engkau wahai Muhammad! Untuk inikah engkau
mengumpulkan kami?”. Maka sebagai balasannya Allah Menurunkan Surah Al- Lahab
ayat 1-5 yang artinya : “ Binasalah kedua
tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah harta
bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak ia akan masuk ke dalam api yang
bergejolak. Dan (begitu pula ) isterinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya
ada tali dari sabut.
Subahanallah sungguh kental
hati Nabi dalam menyampaikan dakwah Islam di Makkah. Walaupun dicaci oleh kaum
kerabatnya sendiri tapi, baginda langsung tidak goyah mahupun berdendam dengan
mereka dalam usaha menyebarkan dakwah Islam. Cuba bayangkan, jika kita sendiri
yang mengalaminya? Mampukah kita bertahan seperti Nabi Muhammad SAW? Tepuk dada
dan tanyalah iman.
0 ulasan:
Post a Comment