#SHARENOTE
UCAPAN
PERASMIAN YB SENATOR DATO' DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
SEMPENA
KONVENSYEN KEBANGSAAN SAHABAT YADIM 2016,
Oleh
: Lajnah Penyelidikan & Pembangunan, MPKSY 2016/2017
1.
Terima kasih kepada YADIM kerana masih
ingat saya untuk sudi menjemput
merasmikan Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2016. Program seperti ini sudah
pasti diberi keutamaan. Apatah lagi ini merupakan satu agenda yang besar
maknanya dan juga mempunyai hala tuju yang juga besar.
2. Pernah
saya sebut kepada Dr. Yusri Mohamad. Saya tidak minta apa-apa sebelum saya
meninggalkan Sahabat YADIM kecuali 2 perkara iaitu yang pertama projek atau
program Sahabat YADIM dan yang kedua ialah Felo Muda Dakwah. Ini saya tidak
menanggap satu legasi tapi suatu agenda besar kita nak membina generasi khairun
ummah ataupun generasi ulul albab yang akan mewarisi Negara kita dan yang lebih
penting mempunyai jiwa dan ruh Islam yang tulen demi kemaslahatan ummat Islam
secara keseluruhannya.
3. Dr.
Yusri Mohamad dibawa oleh saya dalam YADIM
salah satunya supaya untuk membantu saya dalam program yang disebutkan
sebagai program pembinaan generasi muda. Saya pernah menyebut kepada Perdana
Menteri Malaysia ingin melaksanakan program sebagai satu projek Negara kerana
ini merupakan program yang penting untuk masa depan Negara. Kita mahu melihat Negara
kita pada masa akan datang lebih cemerlang dan lebih seimbang yang bukan sahaja
hebat dari segi kekuatan material, kebendaan, prasarana, kemodenan dan
sebagainya tapi juga ada jiwa dan ruh Islam. Kita tidak boleh mengharapkan
dasar-dasar yang hari in mengfokuskan pembangunan modal insan yang berintegrasi
dan bersifat holistik.
4.
Kita melalui sistem pendidikan yang
berasaskan Falsafah Negara yang yang dibangunkan kerajaaan berasaskan untuk
melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek berpandukan
kepada rukun Negara dan perlembagaan kerana Negara kita yang unik. Keunikan Negara kita itu Islam
diletakkan dalam tahap yang tertinggi. Kita memberi tafsiran dan makna kepada Negara
kita dengan meletakkan Perkara 3 dalam perlembagaan yang menjadi asas kepada
apa jua agenda dalam memartabatkan dan membangunkan Negara. Tetapi dasar ini
hanya mampu diterjemahkan dalam bentuk yang berkesan jika kita mempunyai
pembuat-pembuat dasar dan pelaksana-pelaksana dasar yang benar-benar menjiwai
aspirasi .
5.
Masalah yang dihadapi Negara pada
masa ini ialah mungkin kita mempunyai dasar yang cantik tetapi apabila kita
mahu melaksanakan dasar-dasar ini ia tidak dijiwai sepenuhnya oleh kelompok
masyarakat. Dimana silapnya? Ini tiada silapnya. Cuma ini sebagai ujian yang
Allah beri kepada kita kerana bukan mudah untuk membangunkan sebuah tamadun,
tidak mudah untuk kita membina generasi dan tidak mudah juga untuk kita bina
sebuah Negara. Kalau kita meletakkan matlamat menegakkan kalimah Allah paling
tinggi ataupun mendaulatkan Islam dan memartabatkan Islam sebagai satu asas
yang penting ini bukan satu perkara yang mudah.Walaupun Nampak mudah. Mungkin
kita akan kata, “oh! kita sudah ada kuasa politik mengapa kita tidak
laksanakannya?”. Hakikatnya hanya dengan kuasa politik tidak cukup sekiranya
kita tidak mempunyai جيل قرأني فريد apa yang diistilahkan Syed
Qutd dalam bukunya maa’lim Fil Torib yang mengambarkan sebagai generasi yang
penting dalam membina tamadun ialah generasi Quran yang dinamik dan unik. Ini
lah antara cabaran besar Negara pada hari ini.
6.
Dasar Negara sahaja tidak akan bermakna
yang jika akhirnya pekerja-pekerja didalam agensi-agensi kerajaan yang pelbagai
adakah mereka mempunyai ruh dan jiwa serta memahami apa itu Islam yang sebenar?
Apakah ada nilai takutkan Allah melebihi segala-galanya?, ataupun akan terbabas
dan terpesong daripada landasan Islam sehingga didominasi oleh gejala manusiawi
yang hanya mahukan suatu sifat yang material, kekayaan, pangkat dan harta serta
berkaitan aspek keduniaan semata-mata yang mudah mengelicirkan kita. Dan ini
yang berlaku dalam konteks Negara kita hari ini. Dasar sahaja belum tentu
cukup. Apatah lagi pembuat dasar itu pun belum tentu mempunyai jiwa dan ruh
Islam. Tidak kira kita bercakap tentang parti pemerintah atau parti-parti yang
ada pada hari ini sebab yang kita mahu ubah ialah sebuah Negara. Sebenarnya
saya pada awalnya dan para sahabat-sahabat yang berada dihadapan ini melalui
proses pentarbiyahan melalui usrah yang mengimbau buku-buku Ikhwanulul Muslimin
seperti buku apa erti saya menganut Islam?, tulisan Fathi Yakan, yang
mengambarkan sebuah falsafah untuk membina sebuah tamadun dan Negara Islam.
7. Disebutkan
oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, perlu dimulakan dengan individu-individu
Islam yang berjaya menjadikan individu-individu ini takut kepada Allah maka
dengan sendirinya mereka akan membentuk keluarga-keluarga Islam yang juga
takutkan Allah. Seterusnya jika keluarga-keluarga ini menjadi keluarga yang
Islamik ia akan membentuk komuniti yang Islamik dan masyarakat yang Islam serta
akan membentuk sebuah Negara yang Islamik. Seterusnya, jika Negara-Negara Islam
ini Islamik akhirnya akan membentuk Daulah Islamiyyah.
8. Daulah
Islamiyyah ini lah yang mula-mula menjadi gagasan pengerak Islam awal seperti Ikhwanul
Muslimin pada tahun 1928 setelah jatuh Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun
1923. Sebenarnya Daulah Islamiyyah ini wujud pada era abad 20-an ke atas.
Istilah Daulah Islamiyyah ini diperkenalkan sekitar tahun 1870-an oleh Sheikh
Jamaludin Al-Afghani dan selepasnya Sheikh Mohamad Abduh dan juga Sheikh Rasyid
Reda. Istilah ini wujud disebabkan era pada zaman itu berlaku penjajahan yang
bergitu dasyat sehingga beratus tahun. Walaupun ada Kerajaan Turki
Uthmaniyyah tapi bukanlah sebuah
kerajaan yang kuat dan mempunyai khalifah-khalifah serta penguasa-penguasa yang
lemah. Khalifah-khalifah yang terkemudian yang banyaknya adalah tidak amanah
dan juga didokong oleh ulama-ulama yang juga tidak amanah yang hanya
justifikasi apa yang khalifah mahukan. Akhirnya berlaku pertembungan dengan Negara-Negara
penjajah yang di bahagikan-bahagikan oleh British, Itali dan Perancis sebagai Negara
bangsa. Wujudnya Negara Yaman, Syria, Jordan dan sebagainya. Namun pada waktu
itu juga kerajaan-kerajaan ini merasakan Turki Uthmaniyyah tidak boleh
dijadikan Negara sandaran. Ada sentimen Arab
Vs Non Arab juga kerana kerajaan Uthmaniyyah ini juga kerajaan yang berbangsa
Turki bukannya berbangsa arab. Jadi waktu itu berlaku pertembungan nilai
nasionalisme arab yang kuat dan kelompok yang memperjuangan nasionalime arab
ini pula terpengaruh dengan kemajuan moden barat. Dianggap sebagai pembina
tamadun yang besar. Penjajah ini akhirnya merencanakan untuk merosakkan
identiti-identiti Negara Arab itu. Akhirnya diringkaskan kita memerlukan satu
bentuk sentimen Daulah Islamiyyah. Disitu bermulalah daripada Sheikh Rasyid
Reda memperkenalkan istilah Daulah Islamiyyah atau Negara Islam ketika itu.
9. Pada
tahun 1923 ketika jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah berlaku pertembungan antara
kelompok sekular seperti yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Al-Tartuk melihat
Turki Uthmaniyyah didokong oleh golongan-golongan Islamis atau golongan ulama’
yang tidak amanah ini adalah menjadi penghalang kemajuan maka Kamal Al-Tartuk
mengambil jalan yang lebih esktrim menjadi Turki sebagai sebuah Negara sekular. Pada masa yang sama di Negara-Negara arab
mereka lebih terpengaruh dengan elemen sekular berbanding Islamik maka pada
tahun 1928 terbangunlah sebuah gerakan yang lebih berstruktur yang dinamakan Jemaah
Ikhwanulul Muslimin yang digagaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau cuba
membawa idea Daulah Islamiyyah itu satu gagasan supaya dapat melihat keluarga
Islam yang lebih original.
10. Bagi
As-syahid Imam Hassan Al-Banna sebuah Negara Islam tidak boleh terbangun tanpa
membangunkan individu muslim kerana objektif sebuah Negara Islam ialah untuk
kita membina ummah Islam yang benar-benar beriman dan bertakwa. Disebabkan
itulah kita digariskan untuk membina individu-individu, keluarga, masyarakat
dan Negara kerana dengan sendirinya matlamat membina Daulah Islamiyyah itu akan
tercapai. Tetapi sepanjang jalan kita melihat sejarah Ikhwanulul Muslimin
ditekan dan ditindas sehingga Imam Hassan al-Banna dibunuh pada tahun 1949 maka
berlaku perpecahan Ikhwanulul Muslimin terbahagi kepada dua iaitu satu
dinamakan global Ikhwanul atau Ikhwanul A’lami dan satu lagu Ikhwanul Jihadi
yang mana kelompok-kelompok yang merasakan mereka ditindas. Ramai anggota Ikhwanul
Muslimin yang ditindas, dibunuh dan yang lari ke US, UK dan sebagainya.
Akhirnya yang tinggal adalah golongan yang tidak tahu buat apa-apa. Golongan
ditindas merasakan proses pentarbiyahan As-Syahid Imam Hassan al-Banna ini
lambat maka terjebaklah mereka dengan kelompok-kelompok jihadi. Bagi mereka
perlu angkat senjata dan lawan.
11. Saya
sebutkan hal ini kerana ianya masuk kedalam konteks Malaysia. Namun konsep yang
Ikhwanulul Muslimin Mesir yang dibawa ke Malaysia tidak mampu menukar dan
mengubah model di Malaysia kerana di Malaysia pemerintah daripada awal lagi
mengambil tangungjawab melaksanakan Islam kerana Islam itu dipaksikan dalam
perlembagaan. Perkara 3 Islam sebagai agama persekutuan. Maka daripada awal
kemerdekaan kerajaan menjadikan tangungjawab ini sebagai aulawiyat atau
keutamaan dalam membasmi buta huruf kerana tahap orang yang kurang pendidikan buta
huruf hampir 60% ketika itu.Kadar kemiskinan pun hampir 60%. Jadi fokus ketika
itu ialah membasmi kemiskinan dan membasmi buta huruf. Dasar ini juga adalah
dasar Islamik kerana dasar ini dekat dengan Islam. Kalau kita miskin kita akan
dekat dengan kekufuran. Begitu juga dengan buta huruf. Kita kena pastikan
rakyat kita mendapat pendidikan kerana dalam Quran pun Allah menyebut iqra’. Bahkan dalam prinsip asas awalundin makrifatullah. Permulaan agama
ialah mengenal Allah. Itu adalah asas agama kita. Maknanya kena ada ilmu dan
pendidikan. Oleh sebab itulah, kita melihat Negara kita berlaku proses
Islamilisasi sejak kita merdeka dan kita laksanakan secara bertahap.
12. Hari
ini kita dapat lihat perkembangan Islam di Malaysia makin berkembang.
Perkembangan yang cukup hebat. Cuma kita ada cabaran lain. Cabaran bagaimana
kita mahu pastikan jati Ummat Islam sentiasa kuat dan kental. Adakah kita
mempunayi generasi permimpin yang mempunyai ruh dan jiwa Islam sebab itulah
idea Sahabat YADIM ini dicetuskan. Kita mahu daripada sekolah lagi kita boleh
membangunkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jiwa dan ruh Islam. Mempunyai
tasawur Islam yang jelas mereka mesti menjadi ejen-ejen pencetus ummah, ejen
transformasi ummah, agent of changes,
ajen pembaharuan, ejen Islah, ejen perubahan dalam masyarakat.
13. Pada zaman saya hanya 11 dan 12 kampus yang
mempunyai pengerak Sahabat YADIM. Saya dimaklumkan sekarang sudah mencecah 30
kampus dan 27 buah politeknik semua ada cawangan-cawangan Sahabat YADIM. Saya
dimaklumkan Sahabat YADIM akan menandatangani MoU dengan pihak berasrama penuh
di Kementerian Pendidikan. Ini adalah agenda penting kerana kita mahu lahirkan
generasi yang mempunyai tasawur Islam, fikrah Islam, jiwa Islam dan ruh Islam
apabila mereka melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi dan Universiti Awam.
Akhirnya peranan kita adalah diluar sana dalam masyarakat. Tidak kira apa jua
peranan kita. Termasuklah dalam sektor politik, pentadbiran kerajaan, sektor
swasta atau apa jua penglibatan dalam bidang masing-masing tapi yang paling
penting kita mempunyai jiwa untuk menegakkan Islam.
14. Apa
yang saya lihat, tidak kiralah melibatkan dalam apa jua parti politik sekali
pun tapi jika mempunyai tasawur Islam yang jelas maka tidak akan mengamalkan
politik yang kotor. Politik yang kita tengok pada hari ini yang begitu
mengelisahkan kita. Apa yang saya lihat golongan ahli politik pada hari yang
mempunyai fikrah Islam mereka bukan politikus-politikus yang tidak matang
tetapi mereka mempunyai jiwa-jiwa yang besar, matang dan berlapang dada serta
setuju untuk tidak bersetuju. Ijtihad saya mungkin berbeza dengan mereka tetapi
kami masih boleh duduk berbincang.
15. Dalam
Sahabat YADIM ini lah objektif kita ialah kita nak melahirkan lebih ramai
pemimpin-pemimpin. Bukan sahaja pemimpin politik tetapi pemimpin dalam pelbagai
ruang, bidang dan lapangan sektor, agensi, swasta. Akhirnya kita mahu melihat
cahaya-cahaya pembaharuan pada masa akan datang inilah bakal-bakal pencetus
ajen-ejen perubahan.
16. Saya
ucapkan sekali lagi syabas dan tahniah kepada YADIM kerana meneruskan agenda
besar ini. Saya ucapkan tahniah kepada pimpinan baru Majlis Pimpinan Kebangsaan
Sahabat YADIM 2016/2017. Saya mengharapkan pimpinan baharu belajarlah daripada
pimpinan yang lama dan yang paling penting laksanakanlah program-program yang
ada manfaatnya dalam komuniti dalam kampus kita dan boleh membangunkan diri
kita sebab prinsip dalam Sahabat YADIM ini ada dua iaitu “Asleh nafsak, Wad’u Ghairak”. Kita memperbaiki diri kita dan pada
masa yang sama kita melatih diri untuk memperbaiki orang lain dengan
menyampaikan dakwah dan kebaikan kerana ini adalah proses pendidikan dan
menjadikan kita pemimpin yang bersifat lebih dinamik pada masa akan datang.
17. Sepanjang
berada di Universiti ambil peluang terlibat dalam program-program Sahabat YADIM
seperti ini kerana anda tidak akan dapat peluang kali kedua bila keluar
daripada universiti. When you left
University you miss every moment. Percayalah bahawa ia akan menjadikan kita
lebih berjiwa besar dan matang serta mampu menghadapi arus apabila kita keluar
daripada universiti. Menjadi manusia yang benar-benar seperti mana yang
disebutkan sebagai ejen perubahan kepada orang lain dan ejen pemberi manfaat
kepada orang lain seperi mana hadith Nabi Rasullulah S.A.W : “Sebaik-baik manusia ialah mampu memberikan
manfaat kepada manusia lain.”
Disediakan
Oleh : Lajnah Penyelidikan & Pembangunan, MPKSY 2016/2017
0 ulasan:
Post a Comment