|
PERUTUSAN SALAM TAHUN BARU 2017 |
Oleh :
Saudara Mohamad Ali ALhasani Bin Ab Rahman
Presiden, MPKSY 2016/2017
1 JANUARI 2017
Segala
puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kita nikmat iman dan islam serta
memilih kita untuk menjadi umat kepada Nabi Muhammad S.A.W penghulu dan penutup
segala nabi dan rasul. Kedudukan umat ini dimuliakan lagi dengan Allah S.W.T
menempatkan kita sebagai khaira ummah yang mana sifat utamanya ialah menyeru
kepada ma'ruf mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah S.WT.
Alhamdulillah
pada hari ini telah masuknya tanggal hari yang pertama bagi tahun 2017
menandakan berlalunya segala detik tahun 2016 yang menghidupkan hikayat kita
pada hari ni. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang kita takpernah jemu untuk
hadapi sepanjang 365 hari yang lalu. Semoga redha Allah mengiringi segala usaha
yang telah kita korban dan perjuangkan selama ini.
Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Tahun Baru 2017 kepada semua
khususnya bagi seluruh ahli Sahabat YADIM di setiap pelusuk negeri dan
institusi.
Dalam
usaha untuk mengenal kedudukan dan peranan kita sebaik-baik ummah, umat ini
dianjurkan untuk menghidupkan amalan sunnah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad S.AW.
Berpandukan
kepada sebuah hadis daripada baginda S.A.W yang menjadi tagline Sahabat YADIM
sehingga kini, iaitu 'sampaikan dariku walau satu ayat' , terbukti
bahawa kita diberi satu amanah untuk menyambung kalam dari lisan para anbiya'
bagi terus menyebarkan dakwah dan memberi inspirasi kepada seluruh ummah.
Pada
hari ini, Islam itu telah datang kepada kita dalam keadaan yang sempurna. Tugas
kita untuk perjuangkan dan melapangkan sebahagian masa untuk berkorban demi
agama serta memberi dorongan kepada orang lain sehingga mereka juga bersedia
untuk memberi khidmat kepada agama dan menyebarkan Islam.
Teruskanlah
menjadi qudwatul hasanah seperti angin yang datangnya lembut. Tapi dirasai oleh
seluruh tubuh. Perjuangan dan dakwah itu adalah perkaitan yang paling besar dan
merupakan satu taklifan secara tidak sedar, hadir dalam kehidupan
Di
awal tahun 2017 ini, semoga niat yang baik dan istiqomah terus mengiringi
perjuangan kita. Benarlah jika kita buat segala usaha ini kerana Allah semata,
hatta bila kita tiada lagi di dunia ini, 'perjuangan' itu terus dirasai oleh
hati-hati manusia pada hari ini.
Akhir
kalam, ingin saya memetik satu kata-kata hikmah yang dinukilkan oleh Saidina
Ali bin Abi Thalib ; "Beruntunglah siapa yang hari ini lebih baik
daripada semalam. Rugilah siapa yang hari ni sama sahaja seperti semalam. Dan celakalah siapa yang hari ni lebih teruk daripada semalam."
Wallahu'alam.
MOHAMAD ALI ALHASANI BIN AB RAHMAN
Presiden,
Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat YADIM sesi 2016/2017
0 ulasan:
Post a Comment