Wednesday 21 December 2016

Indahnya Akhlak Rasulullah S.AW Dalam Dakwah, Amirul Ariff, USAS

KARYA ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH


MUHAMMAD AMIRUL ARIF BIN AHMAD SABRI
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH,PERAK

TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH

Alhamdulillah kawan-kawan, hari ini kita telah dilahirkan dalam agama Islam, agama yang sangat murni, selamat dan sejahtera. Bersyukur kehadrat Allah s.wt yang memberi kita peluang dalam mengecapi nikmat Iman dan Islam.Tanpa adany adakwah nabi S.A.W pada 1400 tahun yang lalu, kita hari ini belum tentu menjadi seorang Muslim, mungkin sahaja kita penganut setia agama Yahudi, Nasrani, Kristian, Budha, Hindu atau lain-lain. Allahu Akhbar, betapa besarnya perjuangan nabi S.A.W demi menyebarkan agama Islam di seluruh alam.

Kawan-kawan, kita sayang Rasulullah kan? Sebagai tanda cinta kita kepada baginda nabi S.A.W, saya ingin berkongsi cerita kepada kawan-kawan tentang dakwah Nabi Muhammad S.A.W yang perlu diikuti oleh kita semua. Kawan-kawan nak tahu tak cara nabi berdakwah ?Antaranya ialah nabi sentiasa bersabar. Cuba kita lihat sifat sabar nabi Muhammad S.A.W.

Pada suatu hari di Thaif, baginda mengajak agar masyarakat di sana menyembah Allah s.w.t, tetapi tiada seorang pun yang menerimanya. Bahkan nabi S.A.W dihina, dherdik, dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu. Kawan-kawan, kepala nabi berdarah, kaki nabi luka dan dibasahi darah yang menyimbah.

Nabi S.A.W beredar kerana bimbang diperlakukan lebih teruk lagi. Malaikat datang untuk meminta izin menghancurkan Thaif. Nabi menjawab dalam keadaan menahan sakit “Jangan, Jangan, Jangan, mereka ummat ku. Sesungguhnya mereka tidak tahu”. Lalu nabi berdoa,
“Ya Allah, Engkau berilah hidayah kepada mereka dan anak cucu mereka agar mereka mentaati Mu dan mengikuti dakwahku”Amin.

MasyaAllah, berkat doa dan kesabaran nabi S.A.W, hari ini tiada seorang kafir pun di negeri Thaif bahkan negeri Thaif hari ini menjadi pusat kegiatan dakwah umat Islam yang masyhur di tanah Arab.

            Kawan-kawan nak tahu tak akhlak terpuji nabi kita yang seterusnya. Rasulullah S.A.W juga seorang yang sangat merendah diri dan baik sekali kepada orang lain, tidak kira samada Muslim mahupun orang-orang kafir. Salah satu kisah kegemaran saya tentang kebaikan nabi kita adalah ketika mana baginda menakluk Kota Mekkah.

            Penjaga pintu Ka’abah pada ketika itu adalah seorang lelaki Musyrik dan hanya dia sahaja yang  memiliki kunci pintu Ka’abah. Saat diminta kunci pintu Ka’abah itu, lelaki Musyrik itu telah pun menolak dengan angkuhnya.Dia enggan memberikan kunci itu pada Rasulullah dengan berkata “Jika aku yakin bahawa Muhammad adalah seorang Rasul, nescaya aku akan memberikan kunci ini. Tetapi aku tidak yakin terhadap kerasulan Muhammad dan aku takkan memberikan kunci Ka’abah ini”.
Lalu seorang sahabat telah tampil untuk merebut kunci daripada Musyrik itu. Setelah merebut kunci itu, sahabat itu kembali kepada Rasulullah untuk memberikan kunci itu kepada baginda agar dapat membuka pintu Ka’abah dan solat di dalamnya. Ketika itu jugalah, sebuah ayat diwahyukan kepada Rasulullah agar memberikan kembali kunci itu kepada si Musyrik dan meminta maaf kepadanya. Rasulullah menyuruh sahabat memulangkan kunci itu dengan cara yang baik. Dan pada ketika itu, si penjaga kunci yang Musyrik itu melihat perilaku dari orang Muslim, lantas terus beliau  memeluk Islam.

Allahu Akhbar. Lihatlah kawan-kawan, pada saat kemenangan, Nabi masih menunjukkan akhlak mulianya dihadapan Musyrikin, orang-orang yang pernah menyiksa orang Muslim suatu masa dahulu. Nabi tidak membunuh mereka, atau menusuk, ataupun menyiksa musuh kembali bahkan hanya merebut kunci pintu Ka’abah sahaja Nabi tidak setuju dengan perbuatan itu. Kerana apa ? kerana Baginda tahu kunc iitu buka nmiliknya tetapi milik seorang lelaki Musyrik. Allah s.w.t juga tidak suka akan perbuatan itu sehinggakan turun sebuah ayat yang berfirman :

Ø¥ِÙ†َّ اللّÙ‡َ ÙŠَØ£ْÙ…ُرُÙƒُÙ…ْ Ø£َÙ† تُؤدُّواْ الأَÙ…َانَاتِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ø£َÙ‡ْÙ„ِÙ‡َا
“Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan kamu untuk mengembalikan hak kepada mereka yang berhak ke atasnya.” [Surah: An NisaAyat: 58 ]
Kawan-kawan, ini adalah sebuah kisah yang boleh kita jadikan teladan sepanjang hayat. Allahu Akhbar.
            Seterusnya kawan-kawan, saya ingin berkongsi sebuah lagi kisah yang menarik tentang akhlak baginda nabi yang sangat luar biasa yang mampu mengetuk hati seluruh orang kafir pada zaman nabi. Sifat apa itu kawan-kawan ? Sifat pemaaf yang luar biasa. Allahu Akhbar, ini adalah suatu perkara yang amat berat untuk kita insan biasa memaafkan kesalahan orang lain walaupun kesalahan sekecil cuma. Tetapi hebatnya nabi mampu memaafkan kesalahan orang-orang yang telah banyak membuat dosa kepada orang Muslimin sebelum pembukaan Kota Mekkah.
Saat Nabi mengalahkan mereka pada Futuh Mekkah, Nabi telah mengampuni seluruh orang musyrikin di Mekkah tanpa tertinggal sedikit pun hasad dan perasaan dendam kepada mereka. Antara orang yang baginda telah memaafkan juga  termasuklah penentang-penentang Islam yang tegar iaitu Abu Sofyan, bapa saudara nabi yang sangat kuat menentang baginda, seterusnya Wahsyi orang yang banyak membunuh sahabat Nabi bahkan bapa saudara baginda sendiri, Sayyidina Hamzah telah ditombak olehnya dan juga Hindun, Isteri kepada Abu Sofyan yang telah membelah dada dan mengunyah hati  As-Syahid Sayyidina Hamzah dengan kejamnya.
Berkat kemulian akhlak Nabi S.A.W dengan memaafkan seluruh penduduk musyrikin Mekkah pada ketika itu telah memberi kesan yang mendalam buat ramai pemimpin besar dan seluruh penduduk Musyikin Mekkah termasuklah Abu Sofiyan, Washi dan Hindun lantas mereka telah memeluk agama Islam dan mengabdikan diri, harta dan jiwa mereka seluruhnya untuk agama Allah s.w.t.
Jika kita belajar sejarah Nabi lagi dan lagi kawan-kawan, tentu kita akan faham bahawasanya dakwah Nabi itu dilakukan dengan sangat mulia dan terpuji. Semoga apa yang kita peroleh hari ini mampu dijadikan tauladan dan pengajaran. Penutup bagi perkongisan saya pada kawan-kawan hari ini, saya tinggalkan dengan sepotong ayat Al-Quran untuk sama-sama dihayati demi kelangsungan dakwah Islamiah. Firman Allah s.w.t :
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkan lah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu…”[ Surah: Ali ‘Imran Ayat: 159]

~SEKIAN~

0 ulasan: