KARYA
ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
NURUL SYAZWANIE
NORDIN
UITM MELAKA
TAJUK
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM DAKWAH.
“Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharap (keredhaan) Allah dan (balasan baik)
hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam
masa susah dan senang).” Surah Al Ahzab
: 21
Siapa nak cinta akan Nabi kena tahu sirah
Nabi, kena kenal akhlak Nabi. Akhlak yang persis apa Rasulullah tunjukkan dalam
dakwah?
Nabi Muhammad SAW ini orang yang
lembut bicaranya. Nabi nak sampaikan dakwah kepada penduduk Mekah dan Madinah
adalah dengan cara yang berhikmah. Cara yang paling sesuai dengan mad’u kita. Sama
seakan apa yang Allah SWT nyatakan dalam surah An Nahl : 125
Bagaimana Nabi memujuk hati tatkala sebilangan
penduduk Makkah, orang kafir Quraisy, penduduk Thaif menolak secara terang dakwah
Nabi? Biar pun baginda masih bersedih hati dengan kehilangan akar akar yang
menguatkan dahan dakwah baginda, Abu Talib dan isteri kesayangannya Sayyidina
Khadijah.Tahun itu dikenal “Aamul Huzni” (Tahun Dukacita). Baginda tetap memilih
untuk bersabar dan mendoakan. Allah SWT telah berfirman “Sesungguhnya Kami jadikan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar
dan penat.” Surah Al Balad : 4.Bahkan Allah SWT menenangkan hati yang dalam
perjuangan dengan firmanNya “Bersabarlah untuk
Tuhanmu.” QS Al Muddaththir : 7
Seringkali kita dengar “Aslihnafsak
wad’ughairak” (perbaik diri ajak orang lain). Dalam rancak kita mengejar soleh
solehah, jangan lupa pegang tangan saudara kita untuk kita pimpin bersama. Dan
hakikatnya kita memimpin dan dipimpin. Dalam meniti jalan juang ini, kita perlu
memulakan dahulu. Persis yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam gerak kerja
penggalian parit dalam perang Khandaq. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari melalui al-Barra’, beliau bercerita :
“Saya
melihat Rasulullah SAW dalam peristiwa Khandaq sedang mengangkut tanah sampai tanah
itu menutupi bulu dada Baginda.”
Rasulullah baik akhlaknya terhadap mad’u
walau telah diangkat oleh Allah sebagai KekasihNya. Baginda telah membebaskan penduduk
Makkah tanpa apa apa tindakan walaupun detik perit dulu menyaksikan kekasaran dan
kezaliman penduduk Makkah terhadap Baginda. MasyaAllah tabarakallah. Mulia benar
hati Nabi kita, Muhammad SAW.Sabda Nabi:
“Barangsiapa
yang memaafkan, Allah tambah kemuliaan.” (HR Muslim)
Sesungguhnya
kata Umar Al Khattab, Allah telah mulia kan kita dengan Islam. Andai kita memilih
selain Islam, maka hinalah kita. Semoga hati kita ini sentiasa cinta akan Allah
SWT dan Nabi Muhammad SAW hingga akhirnya. Semoge kita sentiasa mengenggam istiqomah.
Fastaqim!
0 ulasan:
Post a Comment