KARYA
ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
TAJUK : INDAHNYA AKHLAK RASULLULAH DALAM DAKWAH
Penulisan kali ini melihat satu sifat pemaaf dan pemberi kebebasan
kepada sesiapa pun yang pernah menyakitinya. Sifat ini yang telah diajarkan
kepada Muhammad S.A.W melalui wahyu dari
Surah al-Araaf ayat 199 “Jadikanlah
engkau pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang ma’ruf, serta
berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh”. Sifat Muhammad S.A.W yang
tidak cepat marah diriwayatkan pernah satu ketika Rasullah pulang dari masjid
beliau diludahi oleh seorang kafir sehinggalah suatu hari Rasullulah mengetahui
orang itu sakit ia bergegas untuk melawatnya kerana itulah ajaran agama Islam.
Selain itu, perjalanan dakwah baginda ke
Taif, Rasulullah S.A.W diuji dengan sifat pemimpin Tsaqif yang menolaknya,
kemudiannya dilempari dengan batu oleh kanak-kanak dan orang-orang sehingga
kakinya berlumuran darah. Ketika itu Malaikat Jibril menawarkan untuk
membinasakan mereka tetapi sifat pemaaf Rasulullah menolak tawaran tersebut dan
mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah S.W.T.
Kini manusia diuji dengan pelbagai cabaran membuatkan kian mudah
merasa marah hingga timbul sifat kebencian hingga berpecah belah tidak kira,
kaum agama dan bangsa. Kemanakah sifat kesabaran Rasulullah S.A.W yang menjadi
ikon umat Islam pada hari ini. Adakah kita sedar sifat ini bukanlah ajaran
kepada umatnya. “ ..Dan orang-orang yang
menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah menyukai
orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran: 134). Dalam Al-Quran juga
menyebut dalam kehidupan kita di dunia semaikan nilai kemaafan dalam diri
sebagaimana contoh nabi ikutan kita Muhammad S.A.W. Sesungguhnya Inilah
sifat-sifat beliau yang penuh dengan kesabaran, kerendahan hati, mengalah, dan
bersahabat.
0 ulasan:
Post a Comment