KARYA
ILMIAH VERSATILE SAHABAT YADIM SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H
TEMA
: INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH S.A.W DALAM DAKWAH
Oleh : Asyraf
Bin Ramlee
Universiti
Sains Malaysia
Tajuk
: Pengaruh Dakwah Rasulullah
Menceritakan
pengaruh dakwah mengenai dakwah Muhammad S.A.W amat luas dan mencakupi pelbagai jilid
untuk diterjemahkan dalam sesuatu artikel. Artikel ini hanya memperjelaskan pengaruh
dakwah melalui kehidupan baginda tersendiri. Pengaruh dakwah dari segi komuniti
yang mengambil masa beberapa tahun hinggalah akhirnya sampai ke penghujung
tanah Masyrik. Pengaruh dakwah melalui proses perubahan sesuatu umat hingga
mengikuti sesuatu benda yang baru. Hal ini jelas dalam pengaruh dakwah terhadap
bangsa Arab seketika dahulunya negeri yang tandus, menjadi penghinaan bangsa
maju dan bangsa yang paling keterbelakang dari sudut kemajuan. Hasil dari
pengaruh dakwah yang berterusan menyebabkan batu yang keras mula terhakis
dengan air, seperti jiwa manusia yang hatinya seakan batu tetapi masih wujud
rasa inginkan pendamaian, peraturan dan keadilan antara sesama makhluk.
Merujuk
dari khutbah Muhammad S.A.W dalam khutbah Wada,nya menyatakan bahawa setiap
manusia adalah sama dan semuanya ialah hak milik manusia. Manusia datangnya
dari keturunan Adam yang berasalnya dari tanah tiada kelebihan orang Arab atau
bukan Arab melainkan dengan ukuran amalan dan takwa mereka terhadap Allah
S.W.T. Ucapannya telah mewujudkan satu undang-undang yang asalnya dari proses
dakwah hingga tiada isu diskriminasi sesuatu kaum atau jenis bangsa. Pengaruh
dakwahnya bertujuan dalam melenyapkan persaingan bagi meletakkan kebenaran sebagai
asas penyebaran dakwah Islam dalam perkara kebaikan. Oleh itu, tersemailah
perasaan rasa cinta akan kedamaian, sedangkan sebelum itu ia penuh dengan sifat
kebencian dan persaingan. Demi dakwah tiada sesiapa pun yang mampu menghalang
walaupun jumlah musuh yang banyak atau hingga nyawa dihujung tanduk selagi
hayat dikandung badan, teruskan menyampaikan dakwah kerana ia adalah satu
ketetapan dari Allah dan kepada Allah ketetapan itu kembali.
0 ulasan:
Post a Comment